17 Disember 2009,
Khamis 10.30AM
Edinburgh
Daniel memandang ke langit, musim sejuk telah datang menyejukkan seluruh bandar itu. Namun cuaca sejuk seperti itu tidak menghalang masyarakat di situ dari meneruskan aktiviti mereka masing-masing.Daniel berjalan perlahan memerhatikan beberapa pasangan sedang duduk di bangku-bangku sekitar kawasan restoran itu. Angin musim sejuk bertiup lembut menyapa pipinya. Daniel cuti pada hari itu,dan sedang menanti seseorang. Hampir setengah jam dia menanti di situ namun orang yang di tunggunya belum tiba lagi, dia kemudiannya bangun dan berjalan perlahan menuju ke ruang legar di kawasan berhadapan dengan Starbuck di The Royal Mile, di hadapan sebuah bangunan yang tersergam indah itu. Rambut Daniel meliuk-lintuk di tiup angin yang nyaman itu. dia memejamkan matanya dan menyedut udara itu dalam-dalam. Dia kemudiannya membuka matanya perlahan,
"Selamat ulang tahun sayang… selamat ulang tahun kita yang ke-8 tahun…" Daniel rasa sebak, air mata terbit di tubir matanya, namun dia cuba menahan air mata itu dari menitis. Daniel menarik nafas dalam lagi dan bersuara perlahan pada dirinya,
"Fareez… rindu sangat-sangat dengan sayang…" sebutir air mata akhirnya mengalir, cepat-cepat Daniel menyeka air mata itu. Dia kemudian menenangkan dirinya kembali. Fareez kini lebih senang mendengar orang di sekelilingnya memanggilnya Daniel.
"Daniel!!" Seseorang memanggilnya, Daniel memandang dan tersenyum manis, dia kemudiannya melambaikan tangannya kepada seorang gadis di seberang jalan,
"Tasya!" Tasya tersenyum girang dan berlari ke arah Daniel, dan kemudiannya mereka berdua berjalan meninggalkan kawasan itu.
"Sorry Daniel.. Tasya lambat sangat hari ni… ada hal tadi kat rumah…" Daniel memerhatikan pakaian Tasya dan bersuara,
"Cantiknya Tasya hari ni…" Tasya tersenyum malu,
"Terima kasih… Tasya nak Nampak cantik depan Daniel selalu" Daniel ketawa kecil mendengar kata-kata Tasya,
"Tasya sentiasa cantik…" Mereka kemudian segera menuju ke stesyen keretapi.
"Nak pergi mana hari ni?" Tanya Daniel.
"Kalau kita pergi London Eye, okey tak?" Jawab Tasya riang, Mata Daniel berkedip-kedip mendengar permintaan Tasya itu,
"Serius?"Tanya Fareez. "Tasya… teringin sangat nak pergi sana dengan someone yang important dalam hidup Tasya…" Daniel diam sahaja, namun senyuman masih lagi di bibirnya. Daniel melihat jam di tangannya,
"Jauh tu… Kalau kita bertolak sekarang, mungkin kita sampai dalam pukul 5.30petang macam tu… kesian kat Tasya… penat nanti…" jawab Daniel. Tasya menggenggam tangan Daniel,
"Tak pe… asalkan dapat pergi sana dengan Daniel, Tasya tak kisah…" Daniel mengangkat keningnya sambil tersenyum manis.
"Ok… kita pergi…" Mereka berdua berjalan menuju ke jalan Cockburn Street ke arah stesyen Edinburgh. Sepanjang perjalanan ke sana, Tasya memegang erat tangan Daniel, Daniel hanya membiarkan sahaja. Sampai di stesen Edinburgh mereka naik keretapi yang tiba di platform menuju ke London King Cross stesyen.Perjalanan mereka akan memakan masa selama hampir 4 jam setengah.Tidak ramai penumpang dalam gerabak itu, mereka berdua duduk di sebuah kerusi yang kosong berdekatan dengan pintu keluar ke gerabak lain. Beberapa minit kemudian keretapi berlepas. Mereka menikmati pemandangan indah sekitar Bandar Edinburgh itu. Tasya memerhatikan Daniel, sudah hampir 3 tahun dia mengenali Daniel, sejak kali pertama dia terpandang Daniel dia sudah pun terpaut hati pada lelaki yang penuh misteri itu. Dia sangat tertarik dengan wajah kacak dan juga senyuman Daniel. Daniel tidak banyak bercerita mengenai dirinya sendiri, cukup sekadar apa yang di beritahu kepadanya bahawa Daniel tidak punya sesiapa, anak yatim piatu. Tasya sangat berminat mahu tahu latar belakang hidup Daniel namun tidak banyak yang dia dapat tahu, Daniel memang jarang bercerita apa-apa, dia hanya suka tersenyum dan menjawab ringkas bila di Tanya apa-apa soalan. Tasya masih tidak jemu mahu menatap wajah lelaki itu, baginya Daniel benar-benar seseorang yang sangat istimewa. Walaupun dia tahu, di hati Daniel ada seorang perempuan yang tidak pernah hilang dari ingatannya.
"Tasya happy?"Tanya Daniel. Tasya tersenyum lebar dan memandang Daniel,
"Sangat Happy…" Tasya masih lagi memandang wajah Daniel walaupun Daniel tidak memandangnya. Daniel merenung jauh keluar tingkap, dia melayan perasaannya seketika. Hari itu memang membuatkan perasaannya sedikit terusik, tarikh yang telah memulakan detik-detik kebahagian dalam hidupnya satu masa dulu. Cintanya yang tak pernah mati untuk seorang gadis yang telah selamanya pergi dari dunia ini. Tasya hanya membiarkan Daniel seketika, memang dia dapat rasakan Daniel banyak termenung hari ini. Daniel kembali mengenangkan kenangan-kenangan manisnya bersama gadis yang sangat-sangat di cintainya itu, dia akui sehingga kini belum ada lagi mana-mana cintanya terhadap gadis lain yang mengatasi cinta itu. Hampir setengah jam keadaan sunyi, Tasya akhirnya bersuara pada Daniel,
"Hari ni… Daniel Nampak…" Daniel seakan tahu apa yang ingin di katakan Tasya, dia terus mencelah sambil memegang erat,
"Happy Birthday Tasya…"senyuman manis dan lembut dari Daniel itu membuatkan hasrat Tasya untuk bertanya Daniel terbantut. Tasya rasa melayang-layang di hadiahkan senyuman itu.
"Let's make this birthday unforgettable sweet memory for you…" Tasya ketawa kecil mendengar kata-kata Daniel. Daniel Nampak ceria kembali, dia mula berbual sedikit demi sedikit dengan Tasya tentang banyak perkara. Banyak perkara-perkara mengenai hal kolej mereka dan juga rakan-rakan sekelas mereka. Tasya mengenali Daniel kerana mereka sama-sama belajar dalam bidang Structural Engineering with Architecture di The University of Edinburgh. Mereka kini sama-sama di tahun ketiga pengajian, masih ada lagi 2 tahun untuk menghabiskan pengajian di situ dan sekarang adalah cuti musim sejuk, mereka sedang bercuti. Tasya dan keluarganya tinggal di Edinburgh sejak Tasya berumur 9 tahun kerana mengikut ayahnya yang merupakan seorang duta kerajaan Malaysia di situ, namun tahun itu adalah tahun terakhir keluarganya di situ kerana ayahnya akan bersara dan akan pulang semula ke Malaysia. Pada mulanya Tasya menyangkakan Daniel adalah seorang pelajar Negara itu, namun bila mendengar Daniel boleh bercakap bahasa melayu dengan sangat fasih barulah dia tahu Daniel adalah pelajar yang datang dari Malaysia. Daniel menyatakan bahawa dia adalah warga Negara Jepun sebelum ini, kerana dia lahir di sana, malah emaknya juga seorang muallaf Jepun.
Akhirnya 4 jam setengah berlalu dan mereka tiba di Stesyen London King Cross, mereka kemudiannya berjalan kaki ke Stesyen King's Cross Street.Pancras Entrance 3. Mereka menunggu di platform untuk menunggu keretapi dan destinasi mereka pula ke Stesyen Green Park di Brixton. Jam menunjukkan pukul 4.00pm, mereka tiba di Green Park dan kemudian mereka berjalan kaki lagi menuju ke stesyen Jubilee menuju ke Stratford. Lebih kurang setengah jam kemudian mereka pun sampai, mereka keluar dari stesyen itu dan berjalan kaki menuju ke London Eye. Hari memang sudah petang, ketika itu cuaca juga sudah agak gelap memandangkan sekarang musim sejuk di daerah itu. Walaupun begitu Sungai Thames yang berada berdekatan dengan London Eye itu tidak beku. Tasya rasa sangat gembira kerana dapat berada di situ bersama-sama dengan Daniel, terasa seakan mimpi. Angin sejuk meniup rerambut Daniel yang agak panjang itu, Kemudian mereka berdua menaiki London Eye dan menyaksikan Bandar London dengan mata mereka sendiri.
"Thanks Daniel… Tasya takkan lupakan hari ni…" Tasya bersuara pada Daniel.
"Daniel pun takkan lupa… naik London Eye ni dengan Tasya…" jawab Daniel. Mereka menghabiskan petang itu di situ dengan melayan perasan masing-masing dan berbual. Setelah puas menaiki London Eye itu, mereka kemudian berjalan kaki menuju ke sebuah restoran makanan Itali, Cotto. Tasya menggenggam erat tangan Daniel sepanjang perjalanan ke sana, Daniel turut mengenggam erat tangan Tasya, dia cuba untuk membuatkan hari lahir Tasya kali itu gembira.Mereka tiba di sana dan memesan makanan. Daniel makan spaghetti biasa, begitu juga dengan Tasya, mereka turut memesan pizza seafood. Selesai makan,
"Tasya tak pe ke balik lewat malam ni?" Daniel bersuara pada Tasya,Tasya tersenyum sahaja.
"Jom kita ke Trafalgar square… jalan-jalan…" Tanya Daniel lagi. Tasya mengangguk gembira, mereka kemudiannya keluar dari restoran itu dan menaiki teksi menuju ke sana. Setelah lebih kurang 15 minit kemudian mereka tiba di situ. Ramai pelancong sedang berada di situ mengambil gambar dan bersantai. Tasya dan Daniel berjalan berpegangan tangan menuju ke sebuah bangku dan duduk di situ. Mereka memerhatikan orang-orang yang sedang lalu-lalang di sekitar kawasan itu.
"Tasya minta maaf…" Tasya bersuara. Daniel memandang Tasya tanpa sebarang pertanyaan, Tasya menyambung lagi,
"Tasya dah pernah janji dengan Daniel yang Tasya takkan cemburu pada gadis yang ada dalam hati Daniel tu... tapi.. Tasya tetap cemburukan dia…" Daniel hanya tersenyum. Tasya menyambung lagi,
"Bertuahnya dia… Tasya cemburu sangat-sangat dengan dia… dia adalah gadis yang paling bertuah sekali sebab di cintai Daniel…" Daniel diam sahaja mendengar.
"Kalaulah Tasya yang jumpa Daniel dulu, mungkinkah Daniel akan cintakan Tasya macam Daniel cintakan dia?" Daniel tersenyum tawar mendengar,
"Daniel minta maaf…" Jawab Daniel. Tasya ketawa kecil, dia rasa sedikit hampa mendengar jawapan Daniel itu. Daniel menyambung lagi,
"Daniel tak dapat pastikan itu…" Tasya tersenyum dan ketawa kecil. "Tak pe lah… Tasya saje je tanya…" Sewaktu dia mula-mula mahu Daniel bersamanya dulu, Daniel pernah beritahu dia bahawa ada seorang gadis dalam hati Daniel yang tak akan mungkin lelaki itu lupakan sampai bila-bila, dan gadis itu sudah tiada lagi di dunia ini, Tasya juga berjanji tidak akan meminta lebih dari apa yang mampu Daniel berikan padanya. Tasya kemudiannya menukar topik perbualan lain. Beberapa ketika kemudian mereka mula melupakan soal tadi dengan cerita mengenai hobi mereka. Jam menunjukkan pukul 9.00malam, mereka akhirnya membuat keputusan untuk bermalam di hotel Trafalgar London yang Cuma berada berdekatan dengan kawasan itu. Mereka kemudiannya menuju ke sebuah kiosk Piccadilly Whip membeli coffee dan waffle. Sejurus kemudian, Daniel mengeluarkan dompet berjenama Crocodile yang dia dapat 5 tahun lalu pada tarikh yang sama dengan hari itu, hadiah ulang tahun keduanya bersama bekas kekasih hatinya. Matanya berkeliaran memerhatikan sekitar, kawasan itu masih sibuk dengan orang ramai. Daniel memberikan wang setelah pesanan mereka siap, namun semasa menunggu jurujual memberikan pulangan baki, mata Daniel terlihat kelibat seseorang, dia terkedu seketika, Tasya mengambil wang baki itu setelah Daniel mengalihkan pandangannya dari jurujual itu,
"Manis…" satu perkataan keluar dari mulut Daniel sebelum lelaki itu tiba-tiba berlari menuju ke seberang jalan dan seperti mengejar seseorang, Tasya terkejut dan segera mengejar Daniel dari belakang. Daniel berlari di kaki lima kedai di sekitar itu, mencari kelibat gadis yang seperti Manis itu. Jantungnya berdegup kencang, dia seperti tidak percaya yang dengan apa yang di lihatnya, walaupun hanya seimbas, namun dia kenal benar raut wajah kesayangannya itu.Hampir satu jam Daniel berlegar-legar di sekitar situ, dia masih juga belum jumpa dengan kelibat Manis tadi. Dia kepenatan dan tercungap-cungap, Tasya memegang bahunya,
"Daniel…" Daniel bersuara dalam tercungap-cungap itu,
"Daniel Nampak dia… Manis… Manis Daniel ada lagi… dia ada tadi…" Tasya rasa sebak, dia hampir menitiskan air mata, dia tidak berkata apa Cuma memandang sahaja ke dalam mata Daniel,
"Daniel Nampak dia… dia memang Manis… Manisah… Daniel Nampak jelas, Manis…" Tasya mengusap belakang Daniel dan menenangkannya, "Daniel… Sabar…" itu sahaja yang mampu Tasya katakan, dia sendiri turut rasa berdebar-debar dan perasaannya juga turut berkecamuk ketika itu, seperti Daniel. Daniel menghela nafasnya,
"Betul… percayalah Tasya, tadi memang betul-betul Manis…" Daniel masih lagi menyebut-nyebut nama Manis, orang ramai di sekeliling memerhatikan mereka berdua.
X X X
Sofia keluar dari kereta audi bewarna hitam itu dan seketika kemudian dia memandang lelaki yang tidak pernah berhenti berusaha mendekatinya dan mengambil hatinya selalu. Walaupun satu ketika dulu dia tidak menghargai lelaki itu namun lelaki itu masih lagi tetap menunggunya.
"Terima kasih Kimi, sebab ajak Sofia keluar hari ni… its fun…" Sofia bersuara sambil tersenyum, Kimi membalas senyuman manis dari gadis yang sememangnya amat di cintai. Kimi kemudiannya bersuara,
"Kimi gembira sebab akhirnya Sofia nak keluar dengan Kimi berdua jalan-jalan…" Sofia tersenyum.
"Oklah… jumpa lagilah nanti… lain kali… selamat malam…" kata Sofia sejurus berjalan perlahan menuju ke pintu pagar rumahnya yang sedang terbuka perlahan, Sofia terhenti seketika, Kimi masih lagi menanti di situ. Sofia menoleh sedikit pada Kimi,
"Sofia minta maaf… sebab…"
"Kimi akan tunggu Sofia… Kimi yakin satu masa nanti Sofia pasti akan cintakan Kimi sepenuhnya… Sofia terima kehadiran Kimi dalam hidup Sofia pun dah cukup beri makna yang sangat besar dalam hidup Kimi…" Sofia tersenyum mendengar kata-kata Kimi dan kemudian terus berjalan masuk, seseorang sedang tunggu di muka pintu, menunggu kepulangannya dan memastikan dia selamat. Kimi mengangkat tangan pada abang Sofia, yang sentiasa menjaga Sofia dengan teliti sekali. Setelah sofia masuk ke dalam rumah barulah Kimi berlalu pergi. Sofia masuk ke dalam rumah dan berjalan perlahan menuju ke biliknya,
"Ke mana tadi?" Tanya abangnya,
"Trafalgar…" jawab Sofia. Tiada jawapan balas dari abangnya,
"Abang Munzir, dah makan?" Tanya Sofia pula.
"Belum… Sofia nak makan dengan abang?" Munzir menjawab pantas.
"Maaf… Sofia letih sikit hari ni…" Munzir diam sahaja. Dia mengekor Sofia sehingga ke biliknya, beberapa ketika kemudian dia berdiri di depan pintu bilik Sofia,
"Selamat Malam adik abang, sayang…" Sofia Cuma tersenyum sahaja mendengar ucapan Munzir, Munzir mencium dahi Sofia. Sofia menutup pintu dan kemudian dia membersihkan dirinya dan setelah selesai, dia duduk di katilnya. Dia memeriksa telefon bimbitnya, ada banyak mesej pesanan ringkas dari Kimi. Dia hanya tersenyum sahaja membaca mesej-mesej itu, baru sahaja bertemu sudah 5 mesej di berikan Kimi kepadanya. Sofia akhirnya membalas mesej itu. Dia tidak mahu menyakitkan hati lelaki itu kerana dia tahu sepanjang hampir setahun mereka berkenalan memang Kimi banyak menjaga hatinya. Kimi banyak kali meluahkan isi hati padanya namun dia selalu menolak Kimi dengan baik. Dia masih lagi belum boleh menerima mana-mana cinta lagi buat masa ini. Kimi sabar dan masih lagi mahu berusaha menunggunya. Kini dia dan kimi sudah pun masuk tahun kedua dalam bidang pengajian masing-masing. Sofia dalam bidang music-piano, di Royal academic of Music manakala Kimi pula dalam bidang painting di Courtauld Institute of Arts, dan keduanya di bawah naungan University of London Kimi yang baru sahaja tiba di rumahnya itu segera menghubungi Sofia,
"Kimi… mandilah dulu…" kata Sofia setelah menjawab panggilan telefon dari Kimi. Sofia melirik kepada jam di mejanya, jam sudah menunjukkan pukul 11.00malam.
"Dah lewat ni…" kata Sofia lagi.
"Kimi ganggu Sofia ke?" Tanya Kimi. "Tak… tapi Sofia kesian kat Kimi… penat…"
"Tak pe, Kimi tak penat pun…" Sofia tersenyum mendengar. Mereka berbual-bual seketika. Sofia kemudiannya memasang earphone di telinganya sambil mendengar Kimi bercerita. Sofia baring di katilnya sambil memerhatikan siling di biliknya itu. sungguh bertenaga dan ceria Kimi bercerita. Setengah jam kemudian, perbualan itu di tamatkan, Sofia menyuruh Kimi berehat. Kimi tersenyum sendirian, dia mendengar ketukkan di pintu biliknya berkali-kali. Dia kemudian bangun dan membuka pintu, terjengul Datin Umairah di muka pintu.
"Macam mana tadi?" Kimi tersenyum malu mendengar soalan dari mamanya,
"Hmmmm… oklah juga…"
"Oklah juga?" "Dia… tak banyak senyum … it's just like her…"
"Oklah juga?" "Dia… tak banyak senyum … it's just like her…"
"Bila mama boleh tengok dia? Takkan gambar dia pun tak de?" Kimi tersenyum mendengar.
"Nantilah… Kimi akan pastikan mama akan kagum bila jumpa dia…"
"Cantik sangat ke dia ni, yang kamu suka sangat ni?"
"Dia… entahlah… biasa je kot… tapi… bagi Kimi… kali pertama Kimi Nampak dia, Kimi dah jatuh hati…"
"Ni yang buat mama rasa tak sabar nak jumpa dia ni…"
"Mama jangan soal dia yang bukan-bukan nanti kalau jumpa dia… sebab macam yang Kimi selalu cakap dengan mama, cinta Kimi ni sebelah je…" Datin Umairah rasa kesian dengan Kimi.
"Apa istimewanya dia? Kimi tak nak cari orang yang betul-betul sukakan Kimi ke?"
"Mama… Kimi tahu, mama bimbang kalau Kimi patah hati if satu masa nanti dia patahkan hati Kimi. Kimi mahu cuba…"
"Mama mungkin akan bencikan dia kalau dia patahkan hati Kimi…" Datin Umairah mencelah tegas.
"Mama… tolong jangan bencikan dia… sebab dia memang dah beritahu Kimi yang dia masih belum boleh terima cinta, malah dia sendiri tak tahu bila masa itu akan tiba…" Datin Umairah mengeluh.
"Anak Datin Sarah yang kamu pernah jumpa dulu tu, kamu ingat dia? Tanya Datin Umairah.
"Yang tengah ambil course doctor tu ke?"
"Haah… Farhiyah nama dia…"
"Kenapa dengan dia?"
"Mama suka dia… berkenan dengan dia, dia sebaya dengan kamu…"Kimi seakan dapat merasakan mamanya sedang menentukan jodohnya ketika itu.
"Kimi… Cuma seorang pelukis…" kata Kimi.
"Pelukis lulusan London University, of course you can make money dear… You can own a gallery, and whatever you want, just name it… money is not the matter…" Kimi mengeluh mendengar kata-kata Mamanya itu.
"Mama… sometimes, ‘standard' don't lie on money… and another thing is, cinta is the matter…" Datin Umairah menggelengkan kepalanya, dia tidak mahu anaknya itu patah hati dan pergi jauh lagi dari mereka. Satu masa dulu dia pernah kehilangan Kimi, dan itu membuatkan hatinya sangat sakit, dia ikut segala kemahuan Kimi untuk mendapatkan kembali anaknya itu. Baru sahaja perbincangan itu mahu di teruskan lagi oleh Datin Umairah, Zarul muncul di muka pintu bilik Kimi.
"Hei… kau nak tengok kan benda tu?" Zarul mengangkat keningnya seakan memahami yang situasi tegang antara Datin Umairah dan Kimi tercetus lagi. Datin Umairah mengeluh lagi dan keluar dari bilik Kimi. Zarul masuk ke dalam bilik Kimi, dia tersenyum lebar,
"Kau macam mana? Ok tadi?"
"Awesome!" jawab Kimi gembira.
"Haha… Alhamdulillah… at least she gave you a chance!"
"Tu la… apa yang aku perlu buat sekarang Cuma tunggu…" Zarul tersenyum melihat kegembiraan di wajah Kimi. Dia kemudiannya mendengar cerita Kimi yang penuh ceria itu. Dia sudah menganggap Kimi seperti ahli keluarganya kerana keluarga Kimi sendiri membuatnya seperti anak mereka sendiri. 4 tahun lalu, setelah Kimi berlembut hati mahu kembali ke pangkuan keluarganya, dia turut membawa Zarul bersama-sama dengannya. Banyak sungguh jasa keluarga itu padanya, hingga menampungnya untuk sambung belajar dalam bidang muzik. Zarul kemudiannya keluar dari bilik Kimi, dia membiarkan Kimi untuk mandi dan berehat. Zarul menuju ke dapur, Hana adik bongsu Kimi sedang minum. Hana tersenyum simpul memandang Zarul, Zarul hanya mengangguk sahaja dan membalas senyuman Hana itu. Hana kini sedang menuntut dalam bidang Drama & Theatre Studies di Royal Holloway University of London. Antara kesemua, Hana adalah antara adik Kimi yang paling cantik sekali. Wajahnya seakan-akan Julia Ziegler, seorang pelakon di Malaysia. Tidak dapat di sangkal kerana adik-beradik Kimi yang perempuan semuanya memang cantik. Zarul hanya menyapa pendek, "Belum tidur lagi?" Hana tersenyum malu,
"Belum lagi… kejap lagi baru nak tidur… Abang Kimi dah balik ke?"
"Dah… ada kat bilik…" Hana Cuma mengangguk, dia tahu abangnya keluar bertemu dengan Sofia, seorang gadis yang sebaya dengannya yang pernah dia temui di kampus muzik ketika dia mencari Zarul. Dia selalu terjumpa Zarul dan Sofia bersama kerana kedua-dua mereka berada di fakulti dan kampus yang sama. Hana memang sudah lama memendam perasaan terhadap Zarul, sehingga dia pernah tersalah anggap tentang Sofia kerana sangkanya Sofia adalah teman wanita Zarul kerana sering di lihat bersama. Hana tidak pernah meluahkan isi hatinya itu pada Zarul kerana dia bimbang jikalau Zarul tiada perasaan terhadapnya. Zarul tersenyum-senyum seketika dan meminta diri untuk masuk semula ke bilik. Zarul berjalan terus masuk ke biliknya, dia membelek telefonnya dan seperti tersenyum sendiri. Dia ketawa kecil bila mesejnya di balas oleh seseorang yang sememangnya dia ada juga menaruh perasaan. Mungkin juga kerana factor selalu bersama dengan orang itu membuatkan dia rasa rapat dan mesra dengan gadis genit yang Nampak naïf itu. Di rumah Munzir, Sofia sedang berada di balkoni biliknya, dia memandang ke langit dan kemudian memandang ke arah jam di mejanya yang sudah pun menunjukkan jam 12.00am.
"Dah berakhir hari ini…" desis Sofia sendiri. Sofia kemudiannya berjalan keluar dari biliknya, dia menuju ke dapur, sudah gelap. Dia menuju ke kabinet dan membukanya, seketika kemudian lampu di petik. Sofia menoleh ke arah Munzir yang baru tiba itu, Sofia mencapai mug yang berada di bahagian atas kabinet, namun Munzir mencapainya terlebih dahulu.
"Nak air apa? Abang buatkan…" Tanya Munzir,
"Hot Chocolate…" jawab Sofia perlahan. Munzir membancuh coklat panas untuk Sofia. Sofia duduk di kerusi di kaunter. Dia menunggu sehingga Munzir siap membancuh air untuknya, dia Cuma bermain-main dengan semut-semut yang sedang bermain di atas meja. Munzir tersenyum dan meletakkan mug berisi coklat panas di hadapan Sofia,
"Coklat panas istimewa untuk Sofia…" Sofia diam sahaja, Munzir duduk di sisi Sofia dan mengusap rambut Sofia.
"Esok Sofia ada plan apa-apa lagi ke?" Sofia hanya menggeleng tanda menjawab soalan itu.
"Jom kita keluar makan…" Sofia diam agak lama,
"Ok…" Munzir tersenyum dan bersuara,
"Kita makan makanan kegemaran Sofia…" Sofia mengangkat keningnya dan tersenyum. Dia menghirup coklat panas yang di buat Munzir. Munzir hanya memerhatikan sahaja. Dia sangat menyayangi adiknya itu dan mahu yang terbaik untuk adiknya.
"Dah lewat… Sofia tak boleh tidur ke?" Sofia hanya mengangguk tanpa memberi sebarang jawapan lisan.
"Macam mana tadi di Trafalgar? Ramai orang? Makan apa dengan Kimi tadi?"
"Beef grills…" jawab Sofia ringkas. Munzir mengangguk.
"Nanti next time kita pergi sana pula ye, sama-sama…" Munzir menjawab. Sofia hanya diam sahaja.
"Ada mana-mana tempat yang Sofia nak pergi ke?" Tanya munzir. Sofia diam namun air mata tiba-tiba mengalir di pipinya, seakan tahu, Munzir menarik nafas dalam-dalam dan mengeluh kecil. Tempat yang ingin di tuju Sofia itu takkan mungkin dia mahu pergi. Tempat di mana dia kehilangan segalanya, tempat di mana dia kehilangan dirinya sendiri. Sudah hampir 4 tahun dia tidak pulang ke Malaysia. Dia sudah tidak tahu ambil tahu sangat apa-apa yang berlaku di sana, setelah tragedy yang berlaku dalam keluarganya 4 tahun lalu, dia telah membawa diri ke kota London dan mahu memadamkan semua yang telah berlaku itu dari ingatannya, namun dia tidak mampu lakukan itu semua. Selagi dia menatap wajah Sofia, memori itu takkan lenyap.
"Kita pergi bercuti ke Holland nak? Tengok bunga-bunga?" Tanya Munzir, Sofia bangun dari bangku dan mencapai mug,
"Sofia mengantuk…" Munzir mencapai kembali mug dari tangan Sofia dan bersama-sama berjalan dengan Sofia ke biliknya. Dia tahu Sofia terasa hati bila dia tidak menjawab dan mengendahkan permintaan Sofia itu. Sampai di depan pintu, Sofia mengambil mug itu dan sekali lagi Munzir mencium dahi adik kesayangannya itu. Sofia Cuma tersenyum dan menutup pintu biliknya. Dia meletakkan mug di meja sisi katilnya, melihat kembali ke telefon bimbitnya, ada lagi beberapa mesej dari Kimi. Munzir berjalan menuju ke bilik tidurnya, dia rasa kesal kerana membuatkan Sofia rasa begitu namun dia buat semuanya untuk Sofia. Sofia masih lagi membaca mesej itu dan tersenyum dengan mesej-mesej dari Kimi yang menunjukkan dia begitu gembira. Sofia membalas beberapa mesej Kimi itu dengan satu mesej sahaja. Dia menghirup coklat panas sambil duduk di birai katilnya. Seketika kemudian satu mesej masuk, Sofia berbisik perlahan sambil tersenyum,
"Zarul lagi…" Sofia membalas mesej Zarul, dia memang agak rapat dengan Zarul, mungkin juga di sebabkan mereka sama-sama di kampus muzik dan ada kalanya mereka bersama-sama di bilik latihan muzik. Dia selesa dengan Zarul kerana Zarul tidak terlalu banyak soalan, seorang yang agak pendiam tapi pemurah dengan senyuman. Walaupun pendiam namun Zarul tidak sombong, dia Cuma segan bila bergaul dengan pelajar perempuan lain. Dia selesa dengan Zarul malah ada banyak persamaan antara mereka dari segi hobi dan warna kegemaran, namun dia memang menganggap Zarul seperti kawan baik, tidak lebih dari itu. Sofia kemudiannya meletakkan telefon bimbitnya di meja. Dia termenung seketika, kemudian perlahan dia bersuara dengan linangan air mata,
"Today… I miss you so much… Fareez…"