17 June 2004, Khamis
12.00AM
Kediaman Manis
Hari ini
12.00AM
Kediaman Manis
Hari ini
Munzir berdiri lama di
pintu bilik Manis, memerhatikan adiknya yang sedang terbaring sambil
memerhatikan siling bilik yang berukir cantik itu. Sudah seharian dia begitu,
Munzir sendiri kerap berdiri di situ setiap hari selama beberapa jam untuk
melihat keadaan Manis yang begitu. Adiknya itu sudah seperti mayat bernyawa,
kesan dari kejadian yang berlaku bulan lalu. Manis tidak bercakap sepatah perkataan
pun sejak hari itu, air mata tidak pernah kering dari mata adiknya itu. Pedih
rasa hatinya melihat adiknya begitu, Manis tidak mahu makan dan minum sehingga
terpaksa di berikan drip oleh doktor. Berat badannya turun hampir 10kg dalam
tempoh itu. Mamanya, Datin Zaharah juga turut menerima tempias dari keadaan
Manis itu. Datin Zaharah merana melihat anaknya yang seperti mayat bernyawa
itu. Manis tidak mahu bergerak dari katilnya dan sepanjang hari akan berada di
situ, melainkan dia mahu mandi dan membuang air sahaja. Dia tidak pergi ke
sekolah, itu yang membuatkan semua ahli keluarganya bimbang kerana dia perlu
menduduki peperiksaan SPM pada penghujung tahun itu. Munzir kerap berulang dari
London ke Malaysia.Dia sedang menyambung pH.D dalam bidang kejuruteraan awam di
sana dan sedang berada pada tahun akhir pengajiannya yang di buat selama 2
tahun. Walaupun begitu, dia sudah di lamar banyak agensi syarikat di sana dan
juga dalam Malaysia kerana rekod pelajarannya yang cemerlang.
Munzir mengeluh berat, dia
menutup kembali pintu bilik Manis setelah hampir 2 jam dia berdiri di situ
memerhatikan Manis. Suhana di biliknya pula baru selesai mengulangkaji
pelajarannya. Suhana mengemas mejanya,telefon bimbitnya menderu-deru mesej
masuk mengucapkan selamat hari lahir kepadanya dan Manis. Buat masa ini,
telefon bimbit Manis sudah tidak aktif maka kawan-kawan dia dan Manis banyak
menghubungi Suhana sahaja. Telefon itu kemudian berdering, menandakan ada
panggilan masuk. Suhana mengambil telefon dan melihat satu nombor yang tak di
kenali. Seakan tahu siapa pemanggil itu, Suhana menjawab,
“Selamat Hari lahir…”
“Selamat Hari lahir… to
you too… Suhana, Sweet… 17…” Di hujung talian itu, satu suara lelaki menjawab,Suhana
mengeluh perlahan, dia kemudiannya duduk di birai katilnya.,
“Kau kat mana ni Fareez?”
Dia bersuara. Fareez ketawa kecil,
“Aku kat mana? Aku tunggu
kau… sayang… kat tempat yang kita janjikan… aku tunggu kau datang…” jawapan
sinis Fareez membuatkan Suhana melepaskan satu lagi keluhan, terasa pedih
mendengar sindiran Fareez itu,
“Jangan risau, aku takkan
mungkir janji… aku akan pergi pada kau…”Fareez diam agak lama mendengar jawapan
Suhana,
“Aku dah bagi terlalu banyak masa untuk kau…
Aku tak tahu samada aku boleh tahan lagi diri aku supaya tak datang ke rumah
kau…”
“Jangan datang sini!”
Suhana segera mencelah.
“Aku dah cukup tahan dah
ni… Jangan uji aku lagi… setakat ini je yang aku boleh buat untuk cinta aku,
jangan mungkir janji dengan aku… sebab aku tak pernah mungkir janji…”Suhana
mengetap bibirnya mendengar amarah Fareez, dia memandang ke siling dan tidak
menjawab. Beberapa ketika kemudian panggilan telefon itu di matikan. Dia
kemudiannya berjalan menuju ke bilik Manis, dia masuk ke dalam dan mengunci
pintu bilik itu. Manis tidak ada di katilnya, dia sedang berdiri di balkoni
rumahnya dan memerhatikan langit yang kebetulan di penuhi bintang pada malam
itu. Suhana memeluk erat Manis dari belakang, dia menekup mukanya di bahu Manis
yang sudah terasa semakin menulang itu.
“Selamat hari lahir Manis…
Suhana sayang sangat pada Manis…” Suhana bersuara pada Manis, Manis diam
sahaja, dia tidak menjawab.
“It’s really hurt to see
you like this…” Suhana bersuara lagi. Manis masih diam memerhatikan langit, di
tangannya tergenggam seutas jam tangan ROLEX.
“I’m sorry… I’m
really-really sorry…”Manis diam dan tidak bertanya kenapa Suhana berkata begitu
padanya.Suhana memeluknya lagi, masih belum melepaskan pelukkan itu. Dia memang
amat sayangkan Manis sehingga dia juga sanggup buat apa sahaja untuk kakak
kembarnya itu. Cuma Manis sahaja dalam dunia ini yang memahaminya, termasuk
juga Fareez. Dia tidak mahu kehilangan Manis, dia tidak mahu Manis hidup sengsara
dan susah. Dia mahu Manis berjaya dalam kehidupan dan untuk itu dia akan
lakukan banyak perkara yang boleh juga dia kategorikan sebagai pengorbanannya
untuk Manis.
Zarul baru sahaja selesai
mandi, dia berjalanan menuju ke biliknya yang di kongsi bersama-sama dengan
Kimi. Zarul memerhatikan lama sebuah potret yang separuh siap oleh Kimi. Dia
tersenyum dan ketawa kecil, terlakar gambar seorang gadis sedang berdiri sambil
menarik beg dan sebelah tangannya lagi memegang sesuatu. Walaupun seketika
namun Zarul dapat cam wajah itu. Zarul keluar dari bilik dan menuju ke luar
rumah, dia Nampak Kimi sedang merokok sambil termenung jauh.
“Kau tak nak balik rumah
kau ke?” Zarul bersuara,Kimi diam sahaja. Zarul menyambung,
“Kau masih muda Kimi,
macam sia-sia je nanti masa depan kau, kalau kau terus di sini…” Kimi ketawa
kecil dan memandang Zarul,
“Kau cakap macam umur kau
dah berpuluh benar… padahal kau pun sebaya dengan aku…”kata Kimi. Zarul
mengeluh,
“Kau lain… Family kau
sayang kau dan akan menerima kau bila-bila masa-masa je… lagipun kau boleh
belajar apa-apa yang kau suka pun… mereka mampu nak tanggung kau… tapi aku
lain… aku ni anak buangan, family aku tak mahu aku…”Kimi diam mendengar
kata-kata Zarul, dia tidak bermaksud untuk membuatkan Zarul terasa hati seperti
itu,
“Aku ni anak yang tak
patut di lahirkan…” kata Zarul lagi.
“Semua orang yang lahir
kat dunia ni, Allah dah pilih dan dah tentukan untuk lahir… Ada sebab… tak
wujud istilah ‘tak patut di lahirkan’” celah Kimi. Zarul ketawa kecil mendengar
Kimi menyejukkan hatinya. Sepanjang mereka berkawan, memang Zarul tak pernah
menceritakan tentang latar belakang keluarganya. Namun, entah kenapa hari itu,
dia rasa mahu meluahkan apa yang terbuku di hatinya itu.
“Aku tinggal dengan nenek
aku… aku tak pernah tengok muka mak aku…”Kimi diam mendengar. Zarul menyambung
lagi,
“Aku sayang sangat kat
nenek aku, nenek aku baik… dia penyabar… tapi satu hari tu… aku dah buat nenek
aku betul-betul marah pada aku… sampai dia tercakap, patutlah mak aku tak nak
aku…”Zarul mengeluh dan menyambung,
“Nenek tak sengaja
tercakap macam tu, dia kalau boleh memang tak mahu cakap benda macam tu…”Kimi
masih lagi diam mendengar. Zarul menyambung lagi,
“Bapa aku lelaki tak guna…
itu yang selalu nenek aku cakap kat aku…”
13 April 2003, Sabtu
12.00PM
Sunway Pyramid
12.00PM
Sunway Pyramid
Manis dan Fareez sedang
ketawa sambil meluncur bersama-sama di dalam gelanggang ice-skating. Ramai
pengunjung sebaya mereka di situ, Suhana hanya memerhatikan dari luar sahaja.
Selain itu, Carol, Azhar dan kawan-kawan yang lain turut bersama-sama mereka datang
bermain di situ. Fareez menggenggam erat tangan Manis sambil berbual-bual bersama,
ceria. Suhana tidak mengalihkan pandangannya dari kedua pasangan yang bahagia
itu. Dia akui memang dia turut tidak suka perhubungan mereka itu. Ada banyak
perkara yang membuatkan dia tidak suka hubungan mereka itu. Fareez tahu dirinya
sedang di perhatikan Suhana. Beberapa ketika kemudian Manis bersama Carol pula
meluncur bersama, Fareez meminta diri untuk berehat. Dia menuju kepada Suhana
yang sudah mengalihkan pandangan pada Manis yang sedang bergembira. Fareez
duduk di bangku di sebela Suhana,
“Kau pun nak juga ke?”
Suhana mendengus perlahan mendengar sapaan Fareez itu, namun dia tidak menoleh
kepada Fareez. Fareez ketawa kecil,
“Kau pun nak juga rasa
istimewa macam Manis rasa ke?”Suhana memandang kepada Fareez,
“Kenapa kau ni sarkastik
sangat?” Fareez ketawa sambil menjawab,
“Sarkastik? Siapa? Aku?
Kau ni buat kelakarlah Suhana… aku Tanya kau betul-betul kau cakap aku sarkastik…
Interesting…”
“Kau jangan berdrama dengan
aku… aku tahu diri kau yang sebenarnya… aku tahu…” Fareez ketawa sinis dan
menjawab,
“Kau dah cukup kenal aku
lah macam tu?”Suhana rasa marah mendengar sindiran-sindiran Fareez, semakin
lama layanan lelaki itu terhadapnya semakin menyakitkan,
“Aku tak mahu kau
kecewakan Manis… Aku tak suka kau tipu dan berpura-pura dengan dia…” Fareez
mengeluh perlahan,
“Bukan kau ke, orang yang
pertama sekali mengecewakan Manis? Kau yang tipu dia, kau yang
berpura-pura…”Suhana merenung tajam ke dalam anak mata Fareez.
“Aku buat demi kebahagian
dia… tapi kau pulak untuk kepentingan diri sendiri…” Jawab Suhana tegas, Fareez
ketawa,
“Kenapa kau kata aku tipu
Manis? Apa yang aku tipu dia? Apa benda yang aku buat untuk kepentingan diri
aku? Aku tak pernah tipu dia… Nampaknya kau dah salah menilai aku…”jawab
Fareez.
“Kau tak tunjuk diri kau
yang kau sebenar pada dia… mungkin juga perasaan sebenar kau pun, kau tak
tunjuk…”balas Suhana pula.
“Kau jangan nak
perasanlah… Jangan berangan sebab apa yang fikirkan tu tak mungkin berlaku
sampai aku mati pun…” Suhana rasa terhina mendengar kata-kata Fareez itu.
“Kau silap tentang itu
Suhana… kau salah… Aku akan pastikan kau tahu yang apa yang kau fikirkan
tentang perasaan aku tu, salah…” Fareez menyambung lagi. Senyuman Fareez
hilang, dia dan Suhana saling merenung tajam. Suhana memang rasa geram
mendengar kata-kata pedas Fareez itu. Manis meluncur kepada mereka dan menegur,
“Suhana, jomlah sekali…”
Suhana Cuma menggelengkan kepalanya sahaja sambil tersenyum ringkas. Fareez
tersenyum lebar sambil menghulurkan tangannya kepada Manis. Manis menyambut
tangan Fareez.
“Fareez dah letih ke?” Tanya
Manis.
“Belum lagi, saje nak
duduk sekejap… Manis dah letih ke?” Fareez menjawab lembut. Manis menggeleng dan
senyum. Suhana beralih sedikit, memberikan ruang untuk Manis. Manis duduk di
sisi fareez. Mereka memerhatikan kawan-kawan mereka yang lain, diam seketika,
tiada bualan antara mereka. Namun beberapa ketika kemudian, Fareez memegang
tangan Manis sambil memerhatikan corak sarung tangan Manis,
“Manis… Kalau satu masa
nanti kita dah kahwin… Manis suka rumah yang macam mana?” Dia bersuara pada
Manis lembut. Manis senyum malu, namun dia menjawab,
“Manis suka rumah yang
luas dan tinggi… Rumah yang ada banyak tingkap… rumah yang terang…”Fareez
mengangguk, kemudian dia bersuara lagi,
“Manis ada Claustrophobia
ke?” Manis menggeleng dan dia menjawab,
“Manis tak ada
Claustrophobia tapi Manis memang tak suka tempat sempit… dan gelap…” Fareez
tersenyum. Dia kemudian menggenggam tangan Manis dan bersuara,
“Fareez akan binakan
sebuah rumah untuk Manis, rumah yang luas, tinggi, banyak tingkap dan cermin
supaya rumah tu terang, lepas tu ada halaman depan rumah dan taman belakang
rumah… mungkin rumah tu tak lah besar sangat…”
“Rumah luas dan tinggi tak
semestinya besar…” Manis mencelah,Fareez terkebil-kebil mendengar kata-kata
Manis. Dia kemudiannya tersenyum. Itulah yang membuatkan hatinya terpaut pada
Manis, kadang-kala Manis mampu membuatkan dirinya kagum dengan kata-katanya. Ternyata
kewujudan Manis sendiri adalah istimewa untuk diri Fareez.
“Manis… kita mesti kahwin
satu hari nanti tau…” Fareez bersuara pada Manis, Manis rasa terharu mendengar,
dia tidak menjawab, Cuma membalas dengan senyuman sahaja. Suhana meninggalkan
kedua mereka berbual bersama sambil menuju kepada kawan-kawan mereka yang lain.
17 April 1994, Ahad
10.00AM
Kediaman Manis
10.00AM
Kediaman Manis
Manis keluar dari pagar
rumahnya, dia melihat sebelah rumahnya telah ada penghuni baru, setelah
berbualan-bulan rumah itu kosong. Manis berdiri di hadapan pagar rumah itu
sambil melihat-lihat penghuni baru itu. Beberapa ketika kemudian seorang budak
lelaki menghampiri pagar rumah itu dengan senyuman yang lembut,
“Awak tinggal sebelah ke?”
Budak lelaki itu menyapa, Manis terkebil-kebil seketika sambil kemudian
menjawab,
“Haah… Manisah tinggal kat
sebelah… Awak baru tinggal sini ea?”
“Semalam saya sampai sini…
Saya Fareez…”Fareez tersenyum mendengar Manis membahasakan dirinya dengan nama,
malah nama itu juga sangat klasik baginya.
“Awak darjah berapa? Saya
darjah 3…”sambung Fareez.
“Manisah darjah 1… nanti
awak sekolah kat sekolah Manisah ke?”
“Mungkin… saya pun tak
tahu… mama yang buat nanti…”
“Papa awak orang putih ke?
Mama awak orang cina ea?”Fareez ketawa kecil,
“Papa saya orang belanda,
Mama saya orang Jepun…” jawab Fareez.
“Manisah pun rasa awak
bukan orang melayu, muka awak macam orang putih juga sikit-sikit… Macam cina
sikit-sikit…”
“Saya orang
melayu…”Manisah mengerutkan dahinya. Fareez bersuara lagi,
“Manisah suka arnab?”Manis
menjawab,
“Suka…” Manis sendiri
tidak pernah melihat yang sebenar, namun dia tahu arnab itu seperti apa. Fareez
membuka pintu pagar kecil, Manis melangkah masuk setelah di pelawa oleh Fareez.
Fareez membawanya ke sangkar arnab di tepi rumahnya, Manis gembira dan teruja
dapat melihat arnab itu, Fareez mengeluarkan seekor arnab dan di berikan pada
Manis,
“Tak mau… Manisah takut…”
“Tak pe… arnab ni baik…
cubalah pegang…”
“Manisah takut…” Fareez
tersenyum. Manis menyentuh bulu arnab itu perlahan-lahan. Dia kemudiannya
ketawa bila sudah mula berani menyentuh arnab itu. lama Manis bermain-main dengan
arnab itu sehinggakan dia sudah berani memegang dan mengangkatnya. Manis
sendiri tidak sangka yang arnab itu sangat jinak. Beberapa ketika kemudian,
mama Fareez, Puan Dalilah memanggil Fareez dan Manis untuk minum. Manis kagum
dengan kecantikkan Puan Dalilah,
“Cantiknya auntie…”Puan
Dalilah menjawab,
“Manisah pun comel sangat,
mesti dah besar nanti Manisah jadi sangat cantik…” sedang Manis sibuk minum air
yang di hidangkan Puan Dalilah, dia terdengar suara mamanya memanggil. Manis
segera menghabiskan airnya dan bersuara,
“Terima kasih auntie, mama
Manisah dah panggil…”Fareez menghantar Manis sehingga ke pintu pagar
“Awak nak datang main
arnab lagi nanti?” Tanya Fareez. Manis tersenyum,
“Manisah nak datang lagi
esok, dan esok-esok… Manisah suka arnab, Manisah nak main-main dengan arnab…”
“Manisah… boleh kita jadi
kawan?” Fareez bertanya lagi sambil menghulurkan tangannya pada Manis, Manis
kemudian menyambut dan bersuara,
“Kita kawan!” Manis
tersenyum dan segera beredar balik ke rumahnya. Datin Zaharah sangat risau
kerana Manis tiba-tiba hilang dari rumah. Bila sahaja Manis sampai di rumah,
Datin Zaharah rasa lega, dia bimbang kalau-kalau anaknya di culik kerana sejak
akhir-akhir itu ada banyak kes penculikkan kanak-kanak di laporkan di dalam
Negara.
17 February 1999, Rabu
3.30PM
Kediaman Manis
3.30PM
Kediaman Manis
Tangisan Manis menyentuh
hati Fareez, dia tahu betapa sedihnya Manis ketika itu. Dia cuba memujuk Manis,
“Tak pe lah Manisah,
Manisah tak fikir ke ada eloknya dia pergi, tak lagi dia menderita…”Manis rasa
sedih,
“Tapi Manisah sayang
sangat dekat Fifi…”Jawab Manis. Fareez memujuk lagi,
“Tak apa, Fifi tahu
Manisah sayang dia…”
“Lagipun… Fifi hadiah dari
Fareez…”
“Manisah… tak pe nanti
Fareez hadiahkan lagi yang lain untuk Manisah…”
“Manisah tak nak yang lain,
Manisah nak Fifi” Manis sangat sedih sebab kehilangan arnab yang dihadiahkan
oleh Fareez dua tahun yang lalu. Manis masih lagi menangis.
“Tawarlah hari Fareez hari
ni…” Manis terkebil-kebil mendengar kata-kata Fareez itu, Fareez menyambung
lagi,
“Sepanjang hari ni mesti
tawar… tanpa senyuman Manisah yang manis sangat tu…” Manisah tersenyum
mendengar kata-kata Fareez.
“Manisah… jangan menangis
lagi tau, nanti Fareez pun rasa sedih tengok Manis menangis…” Manis mengesat
air matanya. Manis dan Fareez akhirnya berkemas-kemas untuk keluar dari kebun
di belakang sekolah menengah Fareez itu. Fareez sudah berada di tingkatan dua
tahun itu, dan hari itu sekolah di tutup kerana perayaan tahun baru cina yang
kedua. Manis dan Fareez keluar dari kawasan sekolah itu, mereka berjalan ke
tempat menunggu bas, Manis masih lagi sedih atas kehilangan arnab
kesayangannya, Fifi. Fareez menggenggam erat tangan Manis dan menariknya
melintas jalan raya. Entah kenapa Manis tiba-tiba rasa segan pula dengan Fareez
yang sudah sekian lama di anggap seperti abangnya sendiri. Mereka selamat
sampai di tempat menunggu bas di seberang jalan. Fareez masih lagi menggenggam
tangan Manis, beberapa ketika kemudian hujan turun lebat. Mereka berdua
menunggu bas datang, sambil berpegang tangan.
“Manisah… boleh Fareez
panggil Manisah, Manis?” Manis memandang Fareez mendengar permintaan lelaki itu,
“Kenapa nak panggil
Manis?” Tanya Manis. Fareez memandang kepada Manisah,
“Sebab Manisah special
bagi Fareez…”Manis terkedu mendengar kata-kata Fareez itu. sedang asyik mereka
berpandangan antara satu sama lain, mereka di kejutkan oleh beberapa suara,
“Wow… romantiknya Fareez?
Ada apa-apa ke ni?”Azhar dan Badrul baru tiba di situ, beberapa ketika kemudian
Suhana, Carol, Haiqal dan Farah pula tiba. Fareez dan Manisah segera meleraikan
pegangan tangan mereka masing-masing. Azhar bersuara lagi,
“Kau ingat aku tak Nampak
apa yang kau buat tadi ke?” Fareez ketawa sahaja, Manis menjawab,
“Fareez mana ada buat
apa-apa la!”Azhar ketawa mendengar, Carol menyampuk,
“Fareez kau buat apa
dengan dia sebenarnya ni?”Fareez ketawa dan menjawab,
“Kau kan dah dengar, aku
mana ada buat apa-apa…”Suhana diam sahaja, dia hanya mencuri pandang
sikit-sikit sahaja.
“Kau tanam dah ke Fifi?” Tanya
Azhar. Fareez menagngguk,
“Kat belakang sekolah…”Jawab
fareez pendek. Fareez sebaya dengan mereka semua kecuali Manis, Suhana dan juga
Haiqal yang sebaya. Haiqal juga merupakan adik kepada Farah. Badrul tua dua
tahun dari Fareez dan jarak 4 tahun tua dari Manis. Haiqal mencuri pandang
Suhana, di matanya Suhana sangat istimewa, berbeza dari Manis.
“Walaupun korang kembar,
tapi Manis dan Suhana banyak beza…” Haiqal bersuara.
“Kau baru perasan diorang
tak sama ke?” Fareez mencelah pantas.
“Ye lah.. orang kata
kembar seiraskan, sama…” jawab Haiqal kembali.
“Kat mana yang bezanya
kami?” Suhana mencelah pula sambil berdiri sebelah Manis. Muka mereka memang
seiras, Cuma gaya rambut dan baju yang di pakai sahaja yang lain. Saiz badan,
dan juga bentuk badan sama sahaja keduanya. Fareez ketawa,
“Manisah berbeza sebab dia
Manis…”
“Amboi… Fareez, kau pula
ke nak buat skandal kat sini…” kata Carol, Fareez ketawa lagi,
“Aku bosan asyik kena
skandal dengan orang yang aku tak kenal je…” Carol ketawa mendengar, memang
Fareez sangat popular di sekolah, ramai gadis cuba mendekatinya namun dia
sering menolak mereka dengan cara yang baik. Dia baik dan peramah dengan banyak
orang di sekolah, namun sungguh pun begitu dia tidak begitu rapat dengan mereka
semua. Bila di rumah, dia memang ada banyak terima panggilan telefon dari
perempuan namun dia hanya memilih beberapa panggilan sahaja, yang lainnya dia
akan menyuruh mamanya mengatakan dia tiada. Ada ketikanya sampai Puan Dalilah
turut rasa tidak senang dengan panggilan telefon dari mereka semua.,
“Aku sakit gigi kalau duduk
dekat dengan Manis…” Fareez bersuara pada Carol membuatkan semua tersenyum dan
ketawa mendengar nama Manis itu, dan dari situlah Manis mendapat nama yang amat
dia sukai itu.
17 December 2001, Isnin
4.00PM
Kediaman Fareez
4.00PM
Kediaman Fareez
Manis duduk berdua dengan
Fareez di belakang halaman rumah Fareez yang mempunyai sebuah pondok yang di
litupi dengan pokok-pokok yang memang di buat oleh papanya. Ada sebuah kolam
ikan juga di situ, di penuhi dengan berbagai jenis ikan perhiasan di dalamnya.
Hari itu hari pertama hari raya aidil fitri, mereka masing-masing tidak balik
ke kampung halaman. Manis sengaja datang ke rumah Fareez kerana dia malas mahu
duduk di rumahnya yang kini sedang penuh dengan tetamu mama dan papanya, mereka
buat rumah terbuka pada petang itu. Fareez juga turut tidak ke mana-mana petang
itu hanya menghabiskan masa di rumah sahaja kerana dia juga tidak mempunyai
saudara lain kerana ibu bapanya mualaf dan juga perantau. Fareez merenung ke
dalam kolam ikan sambil memerhatikan sepasang ikan koi sedang berenang
bersama-sama.
“Ikan tu pasangan…” Fareez
bersuara pada Manis, Manis memandangnya,
“Mana Fareez tahu?” Fareez
tidak menjawab. Dia hanya tersenyum sahaja memandang wajah Manis. Beberapa
ketika kemudian dia memegang tangan Manis lembut dan merenung mata Manis. Manis
terkebil-kebil dan berdebar-debar dengan tindakan Fareez itu,
“Manis… jom kite couple…”
Fareez bersuara lembut. Manis terkedu mendengar kata-kata Fareez. Memang dia
sudah ada hati dengan Fareez, namun dia tidak berapa pasti perasaan Fareez
terhadapnya. Tapi sekarang dia sendiri tidak tahu Fareez bergurau atau
benar-benar jujur dengannya. Manis bersuara perlahan,
“Fareez bergurau ke…
atau…”
“I’m serious…” Manis diam
seketika, dia sendiri tidak tahu samada ianya benar atau tidak. Manis menarik
nafas panjang, Fareez menggenggam erat tangan Manis,
“Fareez, betul-betul ni…”
Manis melihat ke dalam anak mata Fareez, Nampak kesungguhan dalam renungan itu,
“Fareez… memang dah tahu
kan perasaan Manis?” Fareez tersenyum mendengar jawapan Manis itu,
“Fareez tahu… tapi Fareez
tak pasti apa jawapan Manis pada Fareez…”Manis diam dan menundukkan mukanya,
entah kenapa dia rasa sangat gembira sehingga malu untuk menatap wajah Fareez.
“Fareez sukakan Manis… dah
lama sangat dah… Fareez rasa dah tak boleh nak pendam lagi perasaan Fareez ni…”
sambung Fareez.
“Fareez rasa, kalau Fareez
tak cakap dengan Manis, Fareez rasa jauh dari Manis… Fareez tahu, Manis keliru
dengan tindakan Fareez tapi… ni benar-benar dari hati Fareez yang sememangnya
sukakan Manis…”Manis akhirnya memandang ke dalam anak mata Fareez.
“Manis, terus-terang
dengan Fareez… kita, ada perbezaan ketara dari rupa par…” belum sempat Manis
menghabiskan ayatnya, Fareez mencelah pantas,
“That is not the logic
issue to me…” Manis mengetap bibirnya.
“but… its just…” ayat
Manis tergantung.
“Come on Manis… you know
it… You know how I feel inside my heart… you can feel that, I like you all
along… it’s impossible that my strong affection towards you, didn’t reach you…”
Manis rasa malu mendengar kata-kata Fareez. Dia akui, dia memang dapat rasakan
perasaan Fareez terhadapnya. Sangkaannya selama ini memang tidak salah tentang
perasaan Fareez itu, namun dia kembali sedar kembali tahap dirinya jika nak
dibandingkan dengan Fareez.
“Manis ada satu impian…
sejak Manis lihat Fareez kali pertama…” Fareez diam mendengar kata-kata Manis,
“You’re just like a prince
charming to me… semua yang tengok Fareez, suka pada Fareez, banyak perempuan
sukakn Fareez and dreamed to be your girl… somehow, inside… I do also dream to
be yours…”
“I also, dream… to be
yours…”Manis rasa terharu mendengar kata-kata Fareez. Dia lansung tidak
menyangka hari itu, dia dan Fareez, akhirnya akan meluahkan isi hati mereka
itu.
“Manis rasa nak kahwin
dengan Fareez… tapi… tentulah perkahwinan tu terlalu besar untuk kita sekarang…”
Fareez ketawa mendengar kata-kata Manis itu,
“Fareez pun ada impian
sejak jumpa Manis…”Manis diam seketika,
“Fareez nak bina kehidupan
dengan Manis…” Manis ketawa kecil,
“Fareez betul-betul ke ni?
Macam mana satu masa nanti kita berubah hati?” Fareez diam lama, kemudian dia
memegang pipi Manis,
“Fareez bukan orang yang
macam tu… Fareez akan buktikan pada Manis… Fareez pun takkan biarkan Manis
berubah hati terhadap Fareez…”
“Harap kita ni memang
takdir yang Allah dah tetapkan…” kata Manis.
“Jodoh takkan
berubah…”Manis mengangguk mendengar kata-kata Fareez,
“Kita tak tahu siapa jodoh
kita…”
“Tapi… Fareez dapat
rasakan Manis jodoh Fareez dan kita akan bersama sampai tua…” celah Fareez
pantas. Manis rasa gembira mendengar,
“Kenapa Fareez sukakan
Manis?”,
“Manis istimewa… bila
bersama dengan Manis Fareez rasa tenang, Fareez rasa gembira…” Manis tersenyum
mendengar jawapan Fareez.
20 January 2002, Sabtu
Puncak Perdana
Puncak Perdana
Fareez, Carol, dan Azhar
baru sahaja tiba di rumah Farah, mereka akan mula belajar dan mengulangkaji
bersama-sama sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan SPM hujung tahun
nanti. Bad pula sudah 2 tahun meninggalkan zaman persekolahan dan kini berada
di salah satu intitut pengajian tinggi dan mengambil pengkhususan perubatan
kerana keputusannya yang cemerlang semasa di program Matrikulasi. Itu kali
pertama mereka semua ke rumah Farah setelah sekian lama berkawan. Kedatangan
mereka di sambut oleh pembantu rumah, mereka semua kemudiannya berada di bilik
menunggu. Seketika kemudian, muncul seorang wanita pertengahan umur, sangat
cantik dan bergaya walaupun sudah agak berusia. Wanita itu bersuara dan
menyapa,
“Kamu semua ni kawan-kawan
Farhiyah ye?” semua terkebil-kebil.
“Maaf… aunty ni mak
Farhiyah…” Wanita itu bersuara lagi, semua tersenyum. Farah muncul dan
mencelah,
“Mama… diorang semua
panggil Farhiyah, Farah…”Datin Sarah mengangguk,
“Oh ya ke…. maaflah aunty tak
tahu…” Datin Sarah memandang kepada Fareez,
“Ni anak Mr.James Anderson
ke?”Fareez tersenyum dan mengangguk mendengar pertanyaan Datin sarah itu. Datin
Sarah bersuara lagi,
“Handsomenya kamu, mesti
bapa kamu pun handsome… mesti mak kamu cantik…”
“Terima kasih… kami
biasa-biasa je…” Fareez menjawab perlahan. Seketika kemudian, mereka semua mula
belajar. Sepanjang masa itu, Datin Sarah kerap memerhatikan mereka semua, dia
paling suka memerhatikan Fareez. Setelah hampir 2 jam mereka berbincang
mengenai pelajaran, mereka berhenti rehat. Datin Sarah memanggil Farah
bersendirian,
“Farah… kawan kamu yang
Fareez tu, dah ada girlfriend ke?”Farah ketawa,
“Kenapa mak Tanya?”
“Kamu… tak suka dia?”
Farah ketawa besar,
“Ma… itu kawan baik
Farahlah… Farah tak de perasaaan kat dia…” Datin sarah bertanya lagi,
“Takkanlah kamu lansung
tak suka dia? Handsome, pastu putih melepak lagi… datang dari keluarga yang
berada juga”
“Ma… please, Farah rasa gelilah…”
“Takkanlah kamu tak pernah
suka dia… tipulah…” Farah diam agak lama, seketika kemudian dia menjawab,
“Fareez tu… ada someone
dah… and he seems to be crazily in love dengan girlfriend dia tu, head over
heel…”Datin Sarah mengangguk-angguk perlahan,
“Jadi, sebab tu Farah tak
dekati dia?” Tanya datin Sarah.
“Mama…”Farah terkebil-kebil
memandang Datin Sarah.
“Alah… belum tentu dia
akan kahwin dengan girlfriend dia tu lagi…”
“Mama… dia memang suka
sangat kat girlfriend dia tu… lama dah dia suka… tapi baru-baru ni je dia berjaya
couple… which is… expected” Datin sarah mengangguk perlahan lagi.
“Lelaki ni… kalau kita
selalu baik dengan dia dan layan dia dengan baik, dia akan berubah hati…”
“Mama…!”
“Farah… dia tu lelaki yang
ok…”
“Mama… girlfriend dia tu
anak Dato’ Jamaluddin…”Datin Sarah terkebil-kebil,
“Mana ada anak Dato’
Jamaluddin yang cantik-cantik?”
“Mama ni kan… sampai hati
cakap kawan Farah macam tu…”
“Betullah ni, Mama
tahulah… bukan mama tak pernah tengok anak-anak Dato’ tu… bukannya cantik pun…
kamu lagi cantik dari mereka…”
“Mama ni kan… Manis tu
comel je…”
“Manisah ke?”
“Haah… Manisah lah
girlfriend dia…”
“Dia tak waras kot masa
dia pilih Manisah tu… itu lagi lah… macam lelaki… berjemur je…”
“Mana ada la mama… dia
aktif bersukan…”Datin sarah menggelengkan kepalanya.
“Macam mana kamu boleh
kalah dengan Manisah tu… Yang Fareez dan Manisah tu pun, pelik macam mana boleh
couple…”
“Ya Allah mama ni… Farah
tak de perasaanlah kat Fareez tu… lagipun memang dari kecil lagi kami semua ni
dah berkawan… tak terfikir pun untuk semua tu… lainlah Fareez tu… dia memang
lagi lama kenal dengan Manis, dan memang sejak dulu lagi Fareez tu suka kat
Manis… semua orang tahu hal tu… semua orang tak pelik pun masa Fareez beritahu kami
semua yang dia dah couple dengan Manis…”Datin Sarah diam seketika.
17 December 2003, Rabu
11.30AM
Pasar Seni, Kuala Lumpur
11.30AM
Pasar Seni, Kuala Lumpur
Manis dan Fareez duduk di
tembok kecil yang di bina mengelilingi pokok yang di bina di sekitar dataran
pasar seni itu. Mereka memerhatikan orang yang lalu-lalang di situ. Sekarang
musim cuti sekolah, banyak juga pelajar yang berada di sekitar kawasan itu,
Fareez mengambil cuti kecemasan dari matrikulasinya semata-mata ingin bersama
dengan Manis hari itu. Mereka duduk setelah hampir setengah jam sampai di situ.
Seketika kemudian Manis dan Fareez berpimpinan tangan menuju ke dalam bangunan
pasar seni itu. Ramai orang di situ sedang melihat-lihat barang-barang, namun
mereka berdua naik ke tingkat paling atas bangunan itu, terdapat sebuah food
court di situ. Walaupun agak panas namun Fareez memang cukup suka makan ABC di
salah sebuah gerai menjual air di situ, milik seorang lelaki melayu Nampak
seperti kacukkan. Banyak juga pengunjung lain di situ, ramai yang memerhatikan
Fareez, namun Fareez tidak menghiraukan mereka. Selesai makan ABC di situ
mereka berdua bergerak keluar dari bangunan itu dan masuk ke dalam Restoran
Segera di hujung deretan bangunan berhadapan dengan pasar seni itu. Agak ramai
juga orang di situ, mereka masing-masing menempah hidangan istimewa, Manis
memang suka hidangan itu walaupun Cuma di berikan daging cheese burger sahaja, namun
dia suka mengumpul hadiah yang boleh di dapati dengan membeli set itu. Mereka
kemudian membawa hidangan ke tingkat dua dan memilih tempat duduk di hujung
sudut restoran itu yang menghadap ke pasar seni. Manis memerhatikan Fareez yang
sedang mengunyah burgernya, Fareez mengangkat keningnya dan memberikan senyuman
pada Manis.
“Rambut Fareez dah panjang
kat depan…” Tanya Manis.
“Manis nak Fareez potong
ke? Fareez memang saje biarkan panjang kat depan…”
“tak de lah… ok je rambut
kat depan tu panjang…”
“Manis dah Nampak putih…”
Manis mencebik mendengar,
“Tak la putih macam
Fareez, makin lama makin putih…”Fareez ketawa kecil, memang kulit Fareez Nampak
lebih halus dari kulit Manis, dan Nampak lebih cantik dari kulit Manis. Fareez
tersenyum,
“Rambut Manis pun dah
panjang… ada fringe kat depan…” Manis senyum sahaja mendengarnya. Fareez
meletakkan sebuah kotak di depan Manis,
“Happy Second year
Anniversary!”Manis tersenyum, hari itu mereka menyambut ulang tahun couple
mereka yang kedua. Manis mengambil kotak itu dan meneliti seutas rantai silver.
Manis tersenyum, kemudian dia pula meletakkan sebuah kotak di hadapan Fareez,
“Hadiah Manis tak semahal
hadiah Fareez…” Fareez kemudian mengambil rantai itu dari tangan Manis dan
memakaikan rantai itu di leher Manis, kemudian dia pula membuka kotak hadiah
dari Manis, dia tersenyum dan bersuara,
“Fareez suka sangat…
terima kasih, sayang”sebuah wallet berjenama crocodile di dalamnya. Manis
tersenyum malu mendengar Fareez memanggilnya sayang.
“Terima kasih juga kat
Fareez, cantik sangat-sangat rantai ni…” Mereka berdua kemudiannya menghabiskan
makanan yang masih lagi bersisa. Lebih kurang setengah jam kemudian, mereka
keluar dari restoran itu dan berjalan ke dataran pasar seni. Pengunjung tempat
itu sudah memenuhi kesemua ruang di situ, terdapat beberapa penyanyi jalanan
baru tiba di situ mahu mula membuat persembahan. Manis bersuara pada Fareez,
“Fareez tunggu kat sini
sekejap, Manis nak ke toiletlah… tiba-tiba sakit perut…”
“Jomlah kita pergi
sama-sama…” kata Fareez pula,
“Tak apa, Manis boleh
pergi sendiri, Fareez tunggu kat sini…”
“Fareez risau Manis pergi
seorang diri…”
“Tak pe… Fareez jangan
risau…”
Manis kemudiannya pergi menuju
ke restoran makanan segera itu semula untuk ke tandas. Fareez duduk berhampiran
dengan beberapa orang pemuzik jalanan yang sedang memeriksa nada gitar mereka
masing-masing. Fareez rasa kagum melihatnya.
“You love music?” salah
seorang dari mereka menegur Fareez.
“Minat dengar…”terkejut
lelaki itu mendengar Fareez bertutur dalam bahasa melayu. lelaki itu kelihatan
seperti umur dalam lingkungan dengannya.
“Melayu ke?”Fareez Cuma
mengangguk mendengar lelaki itu, dia tidak mahu bercerita berkenaan asal-usul
keturunannya dengan lelaki yang baru dikenalinya itu. Fareez kemudiannya
bersuara pula,
“Lama dah menyanyi di
sini?”
“Saya baru je lagi join diaorang…
dalam 4-5 bulan macam tu…” Fareez mengangguk sahaja mendengar.
“Belajar lagi?” Tanya
lelaki itu lagi.
“Matrikulasi Negeri
Sembilan…” jawab Fareez ringkas.
“Baguslah macam tu…
terjamin masa depan…”
“Saya pun minat juga main
muzik, Cuma tak ada kesempatan nak belajar…”kata Fareez. Lelaki itu tersenyum,
“Asalkan ada minat, pasti
senang belajar… mana tahu, esok-esok ada masa…” Fareez ketawa kecil.
“Sebelum ni buat
apa?”Lelaki itu tersenyum mendengar pertanyaan Fareez,
“Ambil SPM…” Fareez
mengangguk, kemungkinan lelaki itu sebaya dengannya amat tinggi. Namun belum
sempat dia bertanya apa-apa, salah seorang kawan lelaki itu bersuara,
“Kimi… jomlah mula…”sebelum
Kimi meminta diri dia sempat bersuara kepada Fareez,
“Jumpa lagi…” Fareez
mengangguk dan tersenyum. Dia pun kemudiannya bangun dan masuk semula ke dalam
restoran makanan segera itu semula untuk mencari Manis.
17 June 2004, Khamis
10.00AM
Kediaman Manis
Hari ini
10.00AM
Kediaman Manis
Hari ini
Manis berdiri di balkoni
biliknya sambil memandang ke langit yang agak mendung. Munzir masuk ke dalam
bilik Manis dan berdiri di di hadapannya,
“Manisah… cukuplah tu…
kesiankan lah kat Mama yang terseksa tengok Manisah macam ni…” Manis tidak
menjawab apa-apa.
“Please stop Manisah…
abang dah tak tahan tengok Manisah macam ni…” Munzir bersuara lagi, Manis masih
lagi diam, dia masih lagi memandang ke langit dan memerhatikan awan. Hujan
rintik-rintik mula turun membasahi halaman rumahnya. Semakin lama hujan semakin
lebat. Munzir memegang kedua-dua lengan Manis,
“Tengok sini Manisah…
lupakan dia!” Manis memandang Munzir yang sudah hilang sabar. Munzir bersuara
lagi,
“Cukuplah Manisah, abang
dah bosan tengok Manisah macam ni… sampai bila Manisah nak jadi macam ni!
Lupakan lelaki bedebah tu! Lelaki tak guna tu!”Manis diam sahaja, semua ahli
keluarga Manis datang ke bilik Manis bila mendengar kekecohan itu kecuali
Suhana yang masih duduk diam di dalam biliknya. Dia sedang mengemas beberapa
barangan peribadinya sambil memasukkannya ke dalam beg. Datin Zaharah menangis
lagi melihatkan keadaan itu. Munzir bertambah amarah bila melihat ibunya
kembali menangis sedih, Munzir kemudiannya merampas jam tangan ROLEX yang
berada dalam genggaman Manis itu dan mencampakkannya ke luar rumah,
“Hentikan semua kegilaan
ni, Manisah! Lupakan lelaki tu!”Manisah terkedu melihat tindakan Munzir, dia
menjerit kuat sambil mengejar jam tangan di baling Munzir, ke halaman rumah
mereka dari balkoni itu,
“Jangan!!!” Seluruh isi
rumah itu terkejut dengan tindakan Manis itu. Datin Zaharah pengsan melihat
anaknya terjun dari tingkat satu rumah itu. Keadaan jadi sangat serabut pagi
itu, Suhana terkejut mendengar suara Manis dan segera berlari keluar dari
biliknya, dia menuju ke halaman rumah dan sebaik sahaja dia membuka pintu rumah
itu, dia terkedu melihat Manis terbaring di atas rumput di halaman rumah.
~Terima
Kasih kerana sudi membaca. Mengharapkan komen membina untuk perbaiki kesilapan.
~Elliot Berry