Jam tangan jenama ROLEX yang telah retak
cermin itu menunujukkan tepat jam 10.00AM, masih di renungnya, tidak jemu. Masih
merenung jam itu sejak dari sejam yang lalu. Dia sedang menahan dirinya, menahan
tangis dari tumpah dari tubir matanya. Kesesakkan di kawasan legar itu mula
menyesakkan, ramai yang sudah mula lalu lalang di situ. Peniaga di deretan
kedai berhadapan dengan pasar seni itu sudah mula di buka. Semua pun
menguruskan dan meneruskan perniagaan pada pagi itu seperti biasa.Hari itu hari
buruh, kebanyakkan keluarga pasti merancang membawa anak-anak mereka bercuti.
Ada juga beberapa kedai yang mengambil kesempatan itu untuk bercuti. Setiap
saat dan minit yang berlalu terasa sangat seksa untuk di lalui, terasa sangat
lambat masa berlalu. Matahari mula terasa kehangatannya. Masih disitu, tetap
menanti seseorang yang telah berjanji ingin membawanya pergi bersama atas nama
cinta. Banyak mata yang mula memerhatikan, malah ada juga yang sama-sama tiba
bersamanya tadi yang masih berada di situ mula merasa pelik melihatnya. Namun
sesiapa sahaja yang melihatnya mungkin sudah dapat mengagak kenapa dia berada
di situ.
Sejam berlalu. Dari jauh sekumpulan
penghibur jalanan mula menyusun peralatan mereka.Seawal pagi sudah mula mencari
rezeki yang halal menghiburkan pengunjung yang lalu di sekitar dataran pasar
seni itu. Kimi mengeluarkan gitarnya, menggilap gitar itu sambil memerhatikan
kawasan sekeliling. Dia bersama-sama Zarul dan Kamal mula memeriksa alatan
muzik masing-masing. Kesemua anak muda itu menarik perhatian orang ramai di
kawasan sekitar itu. Banyak mata mula memerhatikannya, terutama gadis muda.
Kekacakkan pemuda yang menjadi penghibur jalanan itu menarik perhatian mereka.
Mereka mendendangkan beberapa lagu, tidak tinggal lagu kegemaran Kimi, Hotel
California. Namun, hari yang terik dengan panas mentari beberapa ketika tadi
itu tiba-tiba didatangi hujan yang turun dengan agak lebat. Semua bertempiaran
lari mencari perlindungan dari hujan. Kimi berlari ke arah kaki lima kedai
untuk berlindung sambil mengesat bajunya dari tempias hujan yang terkena
bajunya itu
Banyak orang sudah mengosongkan ruang legar
dataran pasar seni itu. Kimi memandang sekelilingnya. Matanya singgah pada
seorang gadis yang sedang berdiri di dalam hujan, merenung sebuah jam tangan.
Baju gadis itu sudah basah kuyup, bersamanya ada sebuah beg baju yang beroda,
beg yang biasanya dibawa orang untuk pergi jauh. Bukan dia sahaja, Zarul, Kamal
malah kebanyakkan orang yang berlindung di kaki lima kedai turut memandang pada
gadis itu yang masih belum berganjak.
“Apa kena dia tu?” Zarul bersuara pada Kimi.
Kimi Cuma diam sahaja mendengar. Dia mengeluh kecil, dia faham dengan kerumitan
hidup. Pasti gadis itu mengalami satu situasi yang sukar dalam hidupnya, begitu
juga dengan dirinya sendiri yang sedang berhadapan dengan kerumitan dalam
kehidupannya sendiri.
“Cun… tapi macam problem je perempuan tu,
gaya macam budak sekolah lagi…” Zarul bersuara lagi. Kimi dalam hati mengiyakan
apa yang dikatakan oleh Zarul itu. Kamal Cuma diam sambil melayan sebatang
rokok. Dia lansung tidak menghiraukan apapun di sekelilingnya.
17 September 2002, Selasa
2.45PM
Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor
2.45PM
Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor
Manis dan kembarnya Suhana baru pulang dari
sekolah. Mereka berlegar-legar di atas jambatan jalan raya besar itu. Mereka
bukan berdua, tapi bersama dengan kawan-kawan mereka yang lain. Manis bersama
dengan teman lelakinya, Fareez yang juga merupakan sahabat karibnya sejak kecil
lagi. Mereka bermain cinta monyet, namun bagi Manis dia benar-benar suka dan
impikan mahu berkahwin dengan lelaki yang berdarah kacukkan Jepun dan Belanda
itu suatu hari nanti, walaupun lelaki itu tua 2 tahun darinya.Suhana tidak
mempunyai teman lelaki, dia lebih suka bersendiri dan menjadi peneman Manis
sahaja. Mereka semua tinggal di kawasan perumahan yang sama. Carol, Farah,
Haiqal, Azhar dan Badrul juga turut bersama-sama mereka pada tengahari
itu.Manis berjalan beriringan dengan lelaki yang amat bermakna dalam hidupnya
ketika itu, Fareez. Mereka semua memerhatikan kereta yang lalu di bawah
jejantas itu, masing-masing buat hal mereka sendiri. Carol dan Azhar adalah
sepasang pasangan lagi dalam kumpulan mereka itu. Mereka semua sudah berkawan
sudah agak lama, walaupun mereka semua ada yang berbeza umur.
“Kenapa Fareez? Termenung jauh…” Manis
menegur Fareez yang sedang merenung jauh. Fareez memberikan senyuman lembut
buat Manis, senyuman yang telah membuatkan hati Manis terpaut padanya.
Kelembutan senyuman itu membuatkan Fareez terkenal di kalangan pelajar-pelajar
perempuan di sekolah mereka. Selain itu, sifat happy go lucky itu juga
membuatkan dia di senangi oleh semua orang.
“Kadang-kadang orang tak tahu apa yang
seseorang tu kena tangggung, berdasarkan dari pemerhatian luaran sahaja” Fareez
menjawab lembut dan perlahan. Manis diam sahaja mendengar.
“Kita tersenyum, ketawa, orang akan
sentiasa ingat kita ni senang hati… tiada masalah…”
“Fareez ada masalah ke?”Tanya Manis pula.
“Manis… Manis sayang pada Fareez?” Manis
diam sahaja, dia tidak menjawab. Dia mengalihkan pandangannya perlahan pada
Fareez. Sepanjang mereka berkawan dan bercinta monyet itu, memang jarang sekali
dia dengar ungkapan soalan seperti itu.
“Manis takkan tinggalkan Fareez kan?”Tanya
Fareez lagi,
“Hmmm… tentulah…”
“Betul?”
“Kenapa Manis nak tinggalkan Fareez pula?”
“Tapi… macam mana Fareez nak percayakan
Manis?” Manis terkebil-kebil mendengar ayat Fareez itu. Dia sebenarnya agak
terkejut juga mendengar kata-kata Fareez itu. Fareez bersuara lagi,
“Kadang-kadang orang yang paling sayangkan
kita tu yang akan tinggalkan kita…”
“Fareez tak percayakan Manis ya?”
“Manis sanggup buat apa sahaja untuk
Fareez?” Fareez menjawab pantas, Manis diam sahaja. Fareez bersuara lagi,
“Manis takkan tinggalkan Fareez walau
apapun alasannya kan?”,
“Ya…” Manis menjawab pendek.
“Sejauh mana dan sebanyak mana Fareez ni
bermakna dalam hidup Manis?” Fareez bertanya lagi. Manis memandang ke arah jam
tangan jenama Rolex yang sememangnya akan di bawa kemana sahaja. Mata Fareez
turut tertumpu pada jam tangan itu. Entah kenapa, satu perasaan marah dan benci,
meluap-luap dalam hatinya bila melihat jam itu, perasaan marah yang pernah reda
namun naik kembali. Dia mengambil jam tangan itu dan mahu membalingnya jauh.
Manis terkejut, dia terus menyambar jam tangan yang sudah melayang mengikut
graviti bumi ke jalan raya. Manis terasa dirinya melayang, dan beberapa ketika
kemudian dia terasa seakan bermimpi. Terdengar sayup-sayup suara Fareez dan
juga Suhana menjerit-jerit namanya. Kepalanya terasa berat, matanya rasa sukar
untuk di buka.
1 May 2004, Sabtu
12.30PM
Pasar Seni, Kuala Lumpur
Hari ini.
12.30PM
Pasar Seni, Kuala Lumpur
Hari ini.
Hujan akhirnya reda setelah hampir 1 jam
setengah turun lebat dan renyai berbalas-balas. Manis memandang ke arah jalan
raya, masih menanti kekasih hatinya tiba di situ.
“Fareez dah janji… dia pasti akan datang…” Dia
bersuara sendirian. Sudah hampir setengah jam menunggu, akhirnya Manis menarik
beg berodanya menuju ke arah stesen LRT pasar seni. Semua orang sudah mula
meneruskan perjalanan dan urusan masing-masing. Kimi dan kawan-kawannya juga
sudah mula untuk menyanyi lagi, sambil itu Kimi masih memerhatikan Manis yang
sedang berlalu pergi itu. Manis berjalan tidak lansung menoleh ke belakang,
“Tak apa, mungkin Fareez tunggu Manis kat
Central…”Manis menyedapkan hatinya. Gadis itu boleh di katakan punyai tahap kecantikkan
yang sederhana, tidak terlalu cantik namun masih lagi mampu menawan hati
sesiapa sahaja yang memandang. Mungkin juga sebab kelakuan gadis itu yang pelik
membuatkan Kimi tertarik untuk tahu tentang gadis itu.
“Dia tu gadis bermasalah…” Zarul bersuara.
“Memanglah… kalau tak, dia mesti tak macam
tu…”Zarul tersenyum ringkas mendengar jawapan Kimi, Kimi menyambung lagi,
“Mungkin antara seorang yang aku akan
ingat…”Zarul ketawa,
“Kau akan lupakan dia sehari dua nanti…”Celah
Zarul. Kimi mengalihkan pandangannya pada Zarul setelah kelibat Manis
benar-benar hilang dari pandangan matanya. Dia bersuara pada Zarul yang sudah
pun bersedia untuk mendendangkan lagu untuk pengunjung yang lalu lalang di
dataran pasar seni itu.
“Zarul… aku akan buktikan pada kau yang aku
takkan lupakan dia… aku sumpah…” Zarul mendengus perlahan,
“Tak perlulah kau nak bersumpah…” Kimi diam
sahaja mendengar. Dia melihat kembali arah Manis menghilang dalam celahan orang
ramai itu. Manis naik sebuah LRT yang baru tiba. Banyak mata memerhatikannya
dengan perasaan pelik dan tertanya-tanya. Manis basah kuyup, bersama dengan beg
berodanya, air menitik-nitik dari bawah beg itu membasahi lantai LRT. Sangat
pelik kerana, pada waktu sebegitu, LRT itu masih kosong. Selalunya cuti umum
seperti itu sudah sesak dengan ramai orang yang keluar untuk berjumpa kekasih
dan sebagainya. Kesejukkan penghawa dingin dalam LRT itu menyucuk sehingga ke
tulang, bibir Manis semakin memucat dan dia rasa kesejukkan. Namun kesejukkan
badan yang di rasakannya itu tidak dapat menandingi kesejukkan dalam hatinya
ketika itu. Terasa seakan kosong sunyi dan sejuk sekali dalam jiwanya. Satu
ketakutan yang tak tergambarkan olehnya, semangat terus menghilang, menyejukkan
seluruh tubuhnya dan hatinya. Ketakutan akan kenyataan dan hakikat yang dia
tidak akan berjumpa dengan kekasih hatinya itu lagi. Dia memandang ke cermin
tingkap LRT melihat hujan yang mula turun kembali. Seketika kemudian dia
mengalihkan pandangan matanya ke beberapa bangku kosong dalam LRT itu.
17 Ogos 2003, Sunday
12.45PM
LRT
12.45PM
LRT
Manis dan Fareez segera meluru masuk ke
dalam LRT itu, di luar hujan turun lebat. Mereka segera duduk di bangku yang
kosong. Masing-masing mengesatkan titis-titis air yang membasahi tubuh mereka.
Masih ada saki baki ketawa yang tersisa di bibir mereka masing-masing. Fareez
membuang sisa air di rambutnya. Hari itu, mereka rasa sangat seronok bersama,
Fareez balik bercuti hujung minggu dari Matrikulasi Negeri Sembilan yang baru
dia masuk sekitar bulan May lalu. Banyak mata memerhatikan mereka berdua.
Fareez tersenyum memandang beberapa gadis yang duduk bertentangan dengan
mereka. Gadis-gadis itu gembira bila Fareez membalas senyuman mereka,
kekacakkan Fareez menarik perhatian mereka, lihat sahaja sudah tahu Fareez
bukan orang tempatan. Manis terasa sejuk dengan penghawa dingin LRT itu. Fareez
bangun berdiri dan menanggalkan jaket yang dipakainya, dia menutupkan badan
Manis yang kesejukkan itu. Gadis-gadis tadi yang melihat semuanya tersenyum,
“Sweetnya…”bisik gadis-gadis itu sesame
sendiri. Fareez tersenyum lebar dan menganggukkan kepala kepada mereka,
“Adik… ni adik saya…”kata Fareez. Manis
merenung tajam pada Fareez, wajahnya masam mencuka. Dia kemudiannya mengalihkan
pandangannya ke arah lain. Dia berbisik dalam hati,
“Gatal betul…” Seakan mendengar, Fareez
ketawa sambil bersuara perlahan pada Manis di telinganya,
“Kalau tak gatal bukan lelaki…”Manis diam
sahaja, dia kemudiannya memandang pemandangan di luar tingkap LRT itu,
memerhatikan titis-titis hujan yang turun, sebelum LRT itu masuk ke laluan
bawah tanah sebentar lagi. Beberapa ketika kemudian, Fareez menyandarkan
kepalannya ke tingkap LRT itu, dia memaut perlahan bahu Manis yang sedang marah
itu, dia tahu kekasih hatinya itu sedang merajuk. Manis hanya membiarkan
sahaja, beberapa ketika kemudian dia menarik kepala Manis dan meletakkan ke
bahunya, dia memejamkan mata dan bersuara,
“Adik yang menjadi kesayangan saya separuh
mati… adik yang buat saya kenal erti cinta, adik yang buat saya mahu terus
hidup… Fareez sayang dan cintakan Manis…”Manis mencemik mendengar, namun dalam
hatinya dia rasa benar-benar terlalu gembira mendengar kata-kata dari Fareez
itu, bebunga-bunga perasaannya ketika itu, terasa melayang-layang. Sebelah lagi
tangan Fareez mengusap lembut dan membelai rambut Manis. Terdengar kuat
denyutan jantung di dada lelaki yang sangat di sayanginya itu. Tangan Fareez
kemudian tersentuh parut yang berada di kepala Manis itu, hatinya terasa sakit
kembali bila teringatkan peristiwa yang sudah hampir setahun berlalu itu. Dia
segera membuang jauh ingatan itu dari fikirannya. Manis masih diam dan
membiarkan sahaja. Kehangatan cintanya terhadap Fareez menghangatkan hatinya
dan kesejukkan tubuhnya juga sudah beransur hilang. Dia rasa senang, mahu
sahaja dia hentikan saat itu supaya tidak berlalu. Setiap saat ketika itu
sangat bermakna dalam hidupnya, dia sangat menghargainya.
1 May 2004, Sabtu
1.00PM
Stesen LRT KL Central, Kuala Lumpur
Hari ini.
1.00PM
Stesen LRT KL Central, Kuala Lumpur
Hari ini.
Manis melangkah keluar dari LRT itu, dia
melangkah mengikut arus orang ramai yang baru keluar dari LRT menuju masuk ke
dalam stesen Central itu. Di situ keadaan agak sesak, ramai orang lain yang
berpusu masuk ke dalam LRT yang bakal menuju ke KLCC itu. Manis berjalan
perlahan menuju ke ruang menunggu di tingkat satu stesen itu. Dia duduk di
bangku-bangku yang berada di situ berhampiran dengan sebuah kedai buku. Dia
melihat pada jam tangan ROLEX itu, menunjukkan jam 1.10PM. Masih ada 7 jam
lagi. Dia mengeluarkan sekeping tiket keretapi. Destinasi tiket itu ialah ke
Singapura, waktu berlepas 8.00PM, 1 May 2004, yang telah di belinya secara
online oleh Fareez beberapa hari lalu.
“Fareez… Manis dah sampai dah…”Manis
bersuara sendirian. Kelibat Fareez masih belum kelihatan. Mereka berjanji akan
bertemu di Pasar seni jam 8.00AM pada hari itu. Namun setelah lama menunggu,
Manis menuju sendiri ke Central. Manis kemudiannya merenung lama lagi jam
tangan ROLEX itu, dia yakinkan dirinya bahawa Fareez akan muncul dan mereka
akan sama-sama ke Singapura. Banyak pelajar-pelajar sebaya dengan Manis
berlegar-legar di situ bersama-sama dengan buku-buku. Ada yang membaca sambil
duduk di tempat menunggu itu, SPM hanya beberapa bulan sahaja lagi. Manis juga
telah mendaftar sebagai calon untuk peperiksaan SPM itu. Hujan masih turun lagi
di luar stesen. Hari yang bertukar mendung sejak pagi tadi, seperti perasaan
Manis yang sedang mendung itu. Di banglo milik keluarga Dato’Jamaluddin Dan
Datin Zaharah, semua orang sedang keresahan bila Manis tiada dalam biliknya.
Datin Zaharah cemas kerana anak kesayangannya yang manja dengannya itu tiada di
rumah, malah beg serta beberapa barangan peribadi Manis juga sudah tiada. Datin
Zaharah menjawab telefon yang berbunyi,
“Hello… Mama… macam mana? Dah tahu ke mana
Manisah pergi?” Datin Zaharah sekali lagi menitiskan air mata kesedihan setelah
mendapat panggilan telefon dari Munzir anak keduanya itu,
“Belum… Puas dah Tanya semua kawan-kawan
dia, semua pun tak tahu…”
“Mama… sabar ya… Munzir akan naik flight
pukul 2.00PM kejap lagi…”
“Mama takut Munzir… Manisah tinggalkan
rumah…”
“Mama… sabar, istighfar banyak-banyak,
InsyaAllah, tak kemana Manisah tu, kita akan jumpa dia nanti…”jawab Munzir
sebelum menamatkan panggilan. Adila adik mereka yang paling bongsu sekali berada
di sisi Datin Zaharah, cuba menenangkan perasaan mamanya yang galau ketika itu.
Suhana hanya memerhatikan dari tingkat atas rumah itu, dia sendiri tidak tahu
ke mana agaknya Manis pergi. Dia hanya mendiamkan diri, sungguh pun sebenarnya
dia tahu yang Manis dan Fareez merancang untuk melarikan diri bersama, beberapa
hari lalu. Dia tahu apa yang berlaku namun dia mengambil keputusan untuk
berdiam diri sahaja. Dia kemudiannya merenung telefon bimbit nokia butterfly
yang berada di atas katilnya itu, masih belum ada tanda-tanda panggilan masuk
atau ada SMS yang di hantar kepadanya.Suhana menuju ke meja soleknya dan
menarik laci meja itu, dia mengambil sebuah kotak dan membukanya, sebentuk
cincin cantik berada di dalamnya. Dia memandang lama cincin itu dan kemudian
menutup kembali kotak itu. Dia menyimpan semula cincin itu dan menuju ke
tingkap rumahnya, di luar, Munir abangnya yang sulung baru sahaja tiba bersama
keluarganya. Munir sudah mendirikan rumah tangga dan kini dia sudah mempunyai 2
orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka kini menetap di
Amsterdam dan abangnya menguruskan perniagaan ayah mereka di sana.Irfan dan
Qistina yang baru berusia 6 dan 8 tahun itu melambai-lambai pada mak lang
Suhana mereka.Suhana membalas lambaian mereka sambil tersenyum. Munir terus
bergegas meninggalkan isterinya yang masih memunggah barang untuk di bawa masuk
ke dalam rumah. Munir segera mendapatkan mamanya, yang dia tahu pasti kini
sedang sangat sedih atas kehilangan Manis. Sememangnya semua orang dalam rumah
itu tahu, Manis anak kesayangan dan manja sekali dengan mamanya malah sangat
manja juga dengan adik-beradik yang lain. Walaupun Manis dan Suhana adalah
kembar seiras, namun sifat dan perwatakkan mereka agak berbeza. Manis sangat
lincah dan peramah, namun Suhana lembut dan pendiam.Suhana tidak banyak cakap,
boleh di katakan dia Cuma banyak bercakap dan berkongsi apa-apa cerita dengan
Manis sahaja. Dia selalu membawa dirinya sendiri, jarang bercampur dengan ahli
keluarganya yang lain.
14 February 2001, Rabu
2.00PM
Perpustakaan
2.00PM
Perpustakaan
Suhana membelek satu persatu buku-buku yang
ada di dalam perpustakaan itu. Dia sedang menunggu Manis yang masih belum
muncul lagi. Mereka sudah berjanji mahu mengulangkaji pelajaran bersama-sama
untuk persedian peperiksaan PMR yang bakal mereka duduki pada tahun depan. Tiada
orang dalam perpustakaan itu, hari itu adalah hari kekasih yang biasanya di
sambut oleh remaja-remaja di sekolah mereka yang mempunyai kekasih. Di waktu
ini, kesedaran tentang haram sambutan hari kekasih bagi orang Islam di kalangan
rakyat Malaysia masih belum ada lagi. Semuanya tidak tahu, siapa sebenarnya St.
Valentine dan perjuangannya serta cerita di sebalik hari kekasih itu. Banyak
orang telah pulang untuk keluar bertemu janji. Suhana memang tidak ambil pusing
hal itu, walaupun dia turut menerima banyak hadiah dan banyak juga yang mahu
menjadikan dia adik angkat dan tak kurang juga yang mahu menjadikan dia
kekasih. Namun dia tolak dengan baik. Bunyi pintu perpustakaan itu di buka,
seseorang telah masuk. Suhana meletakkan kembali buku di tangannya ke rak buku
dan berjalan menuju ke pintu. Dia terhenti seketika, bila melihat Fareez yang
tiba. Fareez tersenyum padanya, namun dia tidak membalas senyuman lelaki itu.
dia mengalihkan pandangannya dan berjalan semula ke rak-rak buku. Fareez
meletakkan begnya di kerusi dan berjalan perlahan mengekori Suhana yang sedang
berjalan melewati satu persatu rak buku. Suhana mengambil sebuah buku dan
menyelaknya, membuka sehelai demi sehelai muka surat itu dan meneliti setiap
bait perkataan dalam buku itu. Dia tahu dia sedang di perhati, Fareez berdiri
tegak di hadapannya. Suhana mengeluh, dia rasa rimas dengan Fareez. Suhana
kemudiannya memandang tepat ke anak mata Fareez. Mereka masing-masing saling
merenung antara satu sama lain, tiada bual bicara yang tercetus antara mereka
berdua. Suhana akhirnya memulakan bicara,
“Nak apa?”
“Kenapa?” Fareez menjawab laju.
“Kenapa apa?”
“Kenapa kau tak buka hati kau untuk orang
lain?”
“Sebab aku tak suka…”Fareez mendengus
perlahan jawapan dari Suhana.
“Kau dah kecewakan banyak hati dan perasaan
orang…”kata Fareez.
“Apa kurangnya kau…”tempelak dari suhana
membuatkan Fareez diam sejenak. Dia mengeluh dan menjawab,
“Sekurang-kurangnya aku tak akan lukakan
orang yang aku sayang”Jawab Fareez pula,
“Aku lukakan orang yang aku sayang ke?
Siapa? Kau?”Fareez diam mendengar kata-kata sindiran Suhana itu, dia tidak
menjawab. Suhana bersuara lagi,
“Sekurang-kurangnya aku tak menipu dan
hipokrit… berpura-pura…”Fareez masih diam mendengar kata-kata Suhana,
perwatakkan dingin Suhana memang sudah lama dia fahami. Dari sejak mereka
mula-mula kenal dulu memang Suhana bersikap dingin seperti itu. Memang sukar
untuk berbual dengannya dan tahu apa yang di fikirkannya. Fareez akhirnya
bersuara,
“Wajah serupa, tapi hati lain-lain…”Suhana
diam. Lama mereka diam sambil merenung antara satu sama lain. Kedengaran pintu
perpustakaan itu di buka, Carol, Haiqal dan juga Manis baru sahaja tiba di
situ, mereka baru habis perjumpaan kelab Matematik. Fareez segera menoleh
kepada Manis dan memberikannya senyuman lebar. Manis menyambut senyuman itu
dengan senyuman yang menyenangkan. Manis menyapa Suhana yang masih lagi berdiam
di depan Fareez yang mula melangkah menuju kepada Manis,
“Suhana dah start study ke?”Suhana berjalan
juga menuju kepada Manis dan bersuara,
“Belum, tunggu Manis… lamanya perjumpaan
tu, bincang apa?”jawab Suhana.
“Bincang pasal pertandingan kuiz
matematik…”
“Kuiz Matematik? Korang buat soalan ke nanti?”
Fareez mencelah,
“Manis yang nak kitaorang buat semua soalan
tu nanti…” Haiqal menjawab pula.
“Wow… terernya Manis… bolehlah Fareez
belajar Matematik dengan Manis nanti untuk ulangkaji subjek SPM tahun depan…” Fareez
duduk berhadapan Manis sambil bersuara padanya. Manis ketawa,
“Boleh ke? Chapter Matematik PMR ada masuk
untuk SPM ke?”pertanyaan Manis di sambut dengan ketawa kecil Fareez,
“Kalau tak ada pun, apa salahnya…” Carol
mencebik mendengar kata-kata Fareez itu, Farah yang baru sahaja tiba bersama
dengan Azhar dan Badrul menyampuk mendengar kata-kata Fareez itu,
“Manis kau terima je lah cinta Fareez tu, aku
pening dan nak muntah dengar ayat-ayat mengorat dia tu…”
“Dia bukan mengoratlah…”Jawab Manis.
“Kan… Farah ni tak tahu nak bezakan…”
Fareez menyampuk, Farah mengeluh sambil duduk di sebelah Azhar,
“Percayalah cakap aku, satu masa nanti
korang akan bercinta setengah mati…”Fareez ketawa mendengar kata-kata Farah
itu.
“Bercinta setengah mati… ayat keramat kau
tu aku akan ingat sampai bila-bila…”jawab Fareez dengan senyuman manis. Manis
terkedu mendengar Fareez berkata begitu, entah kenapa dalam banyak usikkan, itu
antara yang menarik perhatiannya. Farah menjawab,
“Ya… silalah ingat… sebab apa yang aku kata
ni, mesti jadi nanti”Fareez ketawa, Azhar menyampuk,
“Farah, kau cakaplah ayat keramat untuk aku
dan Carol…” Farah memandang Carol. Carol mengetap bibirnya sambil memandang
Azhar. Semua pandangan tertumpu kepada Carol, Carol akhirnya, menekup mukanya
malu. Manis terkejut dan bersuara pada Carol,
“Bila ni? Kau dan Azhar?!”Badrul menepuk
belakang Azhar. Dia sudah tamat tingkatan 5 dan kini sedang menunggu keputusan
SPM keluar.
“Amboi kau dah pandai rahsia-rahsia ni ye…”
Badrul bersuara,Fareez berdiri sambil sebelah tangan bercekak pinggang dan
sebelah lagi di tunjuk pada Azhar dan Carol,
“Not good… not good…” kata Fareez. Azhar
akhirnya menjawab setelah keadaan kawan-kawannya kecoh,
“Cinta tu datang tak di sedari… tiba-tiba
je…” Haiqal mengeluh dan bersuara pula,
“Kan ke bagus kakak pun cakap ayat tu kat
Haiqal…” Semua diam, suasana agak sedikit janggal, semua pun tahu Haiqal baru
sahaja di tolak cintanya oleh Suhana. Suhana masih mendiamkan diri tidak
menghiraukan semua. Farah mencelah mahu mengubah topic dan menghidupkan suasana
semula,
“Coklat dan bunga ros hari ni yang aku
ternampak bawah meja kelas kau tadi tu, Azhar bagilah ya?” Tanya Farah, namun Carol
diam sahaja. Fareez mengerutkan dahinya. Dia mengeluarkan sekuntum bunga ros
bersama coklat,
“La… aku baru nak jadi orang pertama dalam
kumpulan kita ni bagi ros dan coklat seperti tahun-tahun sebelum ni, rupanya
kau lebih pantas…” Fareez mengeluarkan coklat dan memberikannya kepada semua
kawan-kawannya yang lain termasuk Suhana. Dia kemudiannya menghulurkan bunga
ros yang di ikat bersama coklat kepada Manis,
“For you my dear Manis…”Manis tersenyum
gembira. Haiqal bersuara,
“Kenapa Manis je selalu dapat bunga ros,
kitaorang dapat coklat je?”
“Kau nak juga ke? Datang rumah aku, nanti
aku petik kat taman mama aku…”jawab Fareez. Semua yang mendengar ketawa kecuali
Suhana yang sememangnya dari tadi dia tidak ketawa dan tidak masuk campur
perbualan kawan-kawannya itu, Fareez menyambung lagi,
“Manis lain… dia special…” Manis gembira
mendengar kata-kata Fareez itu. Haiqal bersuara pada Fareez pula,
“Korang couple je lah… lama sangat dah aku
tengok macam ni…” Fareez ketawa kecil dan dia menjawab tenang,
“Aku memang lama dah nak… masalahnya… Manis
nak ke kat aku?” semua terkejut mendengar kenyataan Fareez. Itu pertama kali
dia menjawab persoalan itu, selalunya dia akan ketawa sahaja mendengar soalan
seperti itu.Semua diam dan memandang Fareez, memang amat mengejutkan bagi
mereka semua mendengar kata-kata dari Fareez kerana setakat yang mereka tahu,
memang Fareez baik dengan kebanyakkan perempuan, namun dia tidak berniat
bercinta, begitu juga dengan Manis, semua tahu Fareez memang memberikan layanan
baik kepada Manis namun sangka mereka Fareez menganggap Manis seperti adik,
memang Fareez terkenal dengan banyak adik angkat di sekolah itu yang
sememangnya semua mereka perempuan dan tak kurang juga kakak angkat. Manis
sendiri terkejut mendengar kata-kata Fareez itu. Suhana hanya membelek bukunya,
dia tidak menghiraukan apa yang sedang berlaku itu. Fareez bersandar pada
kerusi dan bersuara lagi,
“Memang lama sangat dah…”
1 May 2004, Sabtu
3.00PM
Stesen LRT KL Central, Kuala Lumpur
Hari ini.
3.00PM
Stesen LRT KL Central, Kuala Lumpur
Hari ini.
Baju Manis yang basah tadi sudah pun kering,
namun dia masih lagi tidak berganjak dari tempat dia duduk. Manis tidak
menghiraukan keadaan sekelilingnya ketika itu. Dia betul-betul rasa tertekan
dan hilang arah kerana Fareez tak muncul-muncul lagi. Namun dia yakin, Fareez
pasti akan datang hari ini seperti yang dia janjikan. Fareez tak pernah lagi
mungkir janji dengannya selama ini. Setiap yang Fareez katakan padanya pasti
Fareez akan kotakan janji itu. Dia yakin dengan Fareez. Muka Manis mula
kelihatan sedikit pucat kerana kesejukkan, namun dia masih diam duduk di bangku
yang dia mula-mula sampai tadi. Manis tenggelam dalam keriuhan dan kesibukkan
pengunjung di situ. Cuti umum seperti itu membuatkan tempat itu sangat sibuk
dengan kunjungan dari merata penduduk sekitar lembah klang untuk mengisi hari
mereka masing-masing untuk hari ini. Manis menyeluk poket skirt labuh yang di pakainya,
dia mengeluarkan kembali jam tangan ROLEX yang telah retak cermin itu. Dia
membelek lagi jam itu, melihat setiap keretakkan yang yang merekah di atas
cerminnya itu. Jam yang pernah jatuh dari jejantas itu masih dalam keadaan baik
lagi, Cuma retak cermin sahaja. Manis menahan sebak yang mula mahu terbit
semula, kesedihan yang mula bersarang sejak dari pagi tadi lagi. Jam itu sudah
menjadi peneman setianya sejak 4 tahun lalu, dia akan membawanya ke mana
sahaja. Dia amat sayangkan jam itu. Dia menarik nafas dalam-dalam, mengawal
emosinya. Kali akhir dia berjumpa Fareez adalah 17 January lalu, Fareez
kerumahnya untuk cuti hujung minggu. Mereka berdua keluar makan bersama dan
berjalan-jalan bersama di sekitar pasar seni dan juga KLCC. Selepas itu, Fareez
mula sibuk dengan aktiviti di kolejnya dan juga sibuk membuat persiapan untuk
peperiksaan final semester di kolej itu. Dia rasa sangat rindu dengan Fareez
walaupun mereka selalu berbual di telefon, perasaan itu tidak sama. Dia rindu
mahu melihat ketawa dan senyuman lembut Fareez. Sepasang kekasih duduk di
bangku bersebelahan Manis, ketawa dan bualan mesra pasangan itu lagi
menambahkan kerinduannya pada Fareez. Dia dan Fareez selalu makan ABC yang
berada di tingkat paling atas bangunan kompleks pasar seni itu. walaupun gerai
kecil dan biasa, namun ABC itu di rasakan paling sedap setakat ini, mereka
berdua sukakannya.
16 June 2001, Sabtu
11.00PM
Kediaman Fareez
11.00PM
Kediaman Fareez
Manis duduk di sebelah Fareez, mereka
sama-sama memerhatikan langit yang penuh bintang itu. Mereka duduk di halaman
balkoni bilik Fareez. Rumah Fareez telah di ubah suai dan mempunyai halaman
balkoni yang luas. Cuaca rasa sejuk kerana petang tadi hujan lebat. Fareez bersuara
pada Manis,
“Manis tahu tak? Apa benda yang berada
sangat jauh dari kita?”
“Hmmmm… kematian?” jawab Manis, Fareez
tersenyum dan menjawab pula,
“Kematian adalah perkara yang paling dekat
sekali dengan kita…”Manis menjawab lagi,
“Langit?” jawab Manis.
“Salah…”
“Dalam laut?” Fareez tersenyum lebar mendengar
dan menjawab,
“Salah juga…”
“Tempat yang jauh…” Manis mencuba lagi,
“Hmmm… masih salah…”
“Entahlah… tak tahu…” jawab Manis sambil
mencemik. Fareez tersenyum dan bersuara,
“Tekalah lagi…” Manis diam seketika
memikirkan apa yang jauh. Kemudian dia menjawab,
“Bintang?”Fareez menggeleng dengan senyuman
yang masih belum lekang dari bibirnya. Manis menjawab lagi,
“Orang yang dah mati?”
“Boleh kata jauh tapi ada lagi yang paling
jauh dari tu…”
“Hmmm…
Perkataan A nak sampai pada perkataan Z?” teka Manis, Fareez ketawa mendengar
jawapan Manis itu.
“Malaslah… tak tahu…” kata Manis sambil mukanya
masam mencuka melihat Fareez ketawakannya.
“Janganlah macam tu Manis… tekalah lagi…”
“Tak nak lah… Manis tak tahu…” Manis diam
sahaja, dia sudah malas untuk meneka apa-apa. Fareez diam dan memberi ruang
untuk Manis melanjutkan merajuknya itu. keadaan di situ senyap seketika, mereka
masing-masing melayan perasaan mereka masing. Sejuk malam itu sungguh
menenangkan, Manis memerhatikan bintang-bintang yang sedang bertaburan di
langit. Dia rasa sangat gembira, dengan adanya Fareez di situ sambil mereka
memerhatikan bintang di langit. Dia sudah lama menyimpan perasaan terhadap Fareez.
Namun perasaan itu di pendam sahaja dalam-dalam. Sejak kejadian di perpustakaan
lalu, hubungannya dengan Fareez agak janggal sedikit. Namun beberapa minggu
selepas kejadian itu, Fareez melayannya seperti biasa semula. Manis dapat
rasakan Fareez melayannya seperti melayan seorang adik. Lama mereka berdua
begitu, Manis kemudiannya bersuara pada Fareez,
“Apa yang jauh dari kita?” Fareez tersenyum
dan memandang kepada Manis, Manis juga sedang memandangnya. Mata mereka
bertentangan, Fareez tersenyum lembut dan menjawab,
“Satu saat…” Manis terkebil-kebil sahaja
mendengarnya. Seakan tahu Manis menagih jawapan atas soalan itu,
“Setiap saat yang baru berlalu itu sangat
jauh dari kita… iainya dah berlalu, dan takkan kembali lagi…” jelas Fareez. Entah
kenapa, sangat dalam kata-kata Fareez itu kepadanya. Fareez mengeluarkan seutas
jam tangan Rolex, dia kemudiannya meletakkan jam itu dalam genggaman tangan
Manis,
“Selamat hari lahir yang ke-14 tahun...”ucap
Fareez. Manis melihat kepada jam tangan itu, ianya jam tangan yang sangat di
sukai Fareez, jam yang sangat bermakna dalam hidup lelaki itu. Manis
terkebil-kebil kerana Fareez berikan jam tangan yang sangat dia hargai dan
sayangi. Jam tangan yang seakan menjadi tangkal kekuatan kepada Fareez sendiri.
1 May 2004, Sabtu
6.00PM
Stesen KL Central, Kuala Lumpur
Hari ini.
6.00PM
Stesen KL Central, Kuala Lumpur
Hari ini.
Masih di situ, termenung sendirian dan
bermacam-macam yang sedang bermain di pemikirannya ketika itu. Dia takut untuk
menerima kemungkinan Fareez takkan muncul pada hari itu. Dia memotivasikan
dirinya yang Fareez pasti akan muncul juga nanti. Entah kenapa sebak mula
menyerang perasaannya ketika itu, namun dia cuba untuk menyimpan dalam-dalam
perasaan itu. Dia sudah bertekad untuk mengikut Fareez, jadi dia mesti yakin
pada lelaki itu. Dia tahu, keluarganya pasti akan mencarinya namun dia sangat
menyintai Fareez sehingga dia sudah tidak dapat berfikir dengan baik lagi. Dia
sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang menyebabkan semua itu terjadi, kenapa
Fareez tiba-tiba mengajaknya pergi meninggalkan tempat itu. Memang dia tahu
sejak akhir-akhir ini keluarga Fareez memang banyak berhadapan dengan masalah
dalaman dan kewangan. Mereka mengalami masalah kewangan dan telah pun berpindah
ke tempat lain. Fareez jarang bercerita mengenai keluarganya, walaupun selalu
juga mereka berhubung. Fareez juga baru sahaja tamat belajar di Matrikulasi
Negeri Sembilan. Semasa di sana, Fareez akan menelefon dan sms Manis pada
setiap hari. Mereka saling berhubung, Fareez juga selalu bercerita berkenaan
kehidupan dan kawan-kawannya di sana. Baru beberapa hari sahaja dia keluar dari
Matrikulasi itu. Fareez akui, dia gembira dengan persekitaran dan kawan-kawan
di sana baik dengannya. Di pasar seni, Kimi dan rakan-rakannya pula sedang
sibuk menghiburkan pengunjung yang berada di situ, ada juga yang berhenti
sambil mendengar mereka menyanyi. Seorang lelaki menghulurkan sekeping kad
setelah mereka semua selesai menyanyi. Zarul mengambilnya,
“Pengurus artis ke?” Tanya Zarul. Lelaki
itu yang tertera di kad namanya sebagai ‘Mansur’ mengangguk sambil menghulurkan
tangan untuk bersalaman dengan mereka semua.
“Saya dah lama memerhatikan anda semua
menyanyi di sini. Saya berminat untuk mengajak korang semua menyanyi dalam
studio saya. Kamu semua ada rupa dan suara pun sedap juga…” Mereka semua diam
sahaja mendengar kata-kata dari lelaki bernama Mansur itu.
“Terima kasih, tapi boleh tak kami semua
bincang dulu dan kemudian nanti kami akan hubungi encik Mansur semula?” Kamal menyampuk.
“Baiklah… jangan lupa, fikirkan betul-betul
tau hal ini.. kesempatan yang baik untuk anda…” kata Mansur sebelum berlalu pergi.
Mereka semua diam dan mereka semua tahu yang sememangnya perkara itu merupakan
kesempatan yang baik buat mereka. Namun mereka harus berfikir panjang dan
menyiasat latar belakang lelaki itu, takut lelaki itu hanya mempergunakan dan
menipu mereka sahaja pula.Cuaca petang itu agak baik, mereka kemudiannya
meneruskan bermain muzik. Di kediaman keluarga Manis, usaha mencari Manis masih
lagi di teruskan. Semua orang sedaya upaya menghubungi sesiapa yang mereka tahu
ada kaitan dengan Manis termasuk Fareez sendiri. Namun mereka gagal menghubungi
Fareez dan juga ibunya. Dato’ Jamaluddin dan semua keluarganya tahu, Manis ada
hubungan istimewa dengan Fareez, mereka seakan boleh mengagak yang kehilangan
Manis ada kaitan dengan Fareez. Munir baru sahaja sampai semula di rumah, dia
ke balai polis untuk melaporkan kehilangan Manis di mana dalam laporanya itu
Fareez menjadi suspek utama mereka atas tuduhan melarikan, menculik
Manis.Memang Dato’Jamaluddin dari awal lagi tidak suka dengan Fareez dan
keluarganya, namun kerana menjaga hati anaknya Manis, dia tidak melarang.
14 February 2004, Sabtu
9.00PM
Kediaman Manis
9.00PM
Kediaman Manis
Manis tersenyum lebar, satu panggilan masuk
ke telefon bimbitnya, sememangnya panggilan yang di tunggunya.
“Fareez…” Manis menjawab gembira.
“Manis… rindunya nak dengar suara Manis…”
Manis tersenyum sahaja mendengar suara Fareez yang amat dirinduinya juga itu.
“Hari ni hari kekasih… tapi kan… hari tu
Fareez pergi dengar ceramah kat surau, ustaz kata hari kekasih ni tak elok
untuk di sambut oleh orang Islam…” kata Fareez.
“Ya ke… kenapa?”
“Sebab yang mati pada hari kekasih tu
seorang paderi…”
“Ooo… oklah macam tu, kita tak perlulah
sambut lagi hari kekasih ni…”Fareez tersenyum mendengar kata-kata Manis itu.
“Manis… bagi Fareez… hari-hari pun hari
kekasih… dengan adanya Manis dalam hidup Fareez, semuanya memang indah dan
manis je…” Manis ketawa, namun dalam hatinya memang berbunga-bunga mendengar
kata-kata Fareez itu. Manis bertanya pula pada Fareez,
“Fareez tak dapat hadiah ke dari mana-mana
peminat Fareez…”soalan yang berbau cemburu itu di jawab pantas oleh Fareez,
“Ada… banyak…” Manis mencemik di hujung
talian. Fareez ketawa kecil dan menyambung,
“Tapi… Fareez lagi suka hadiah dari Manis…”
Fareez membelek sebatang pen yang berjenama Conway Stewart itu. Sangat cantik
dan ekslusif. Manis diam sahaja mendengar, dia memang ada mengirim pen itu
kepada Fareez.Selalunya Fareez akan balik ke rumahnya bila cuti hujung minggu
begitu namun pada minggu itu dia tidak dapat pulang kerana ada aktiviti di
kolej matrikulasi itu
“Malam ni banyak sangat bintang…”Fareez
memulakan topik baru, Manis berjalan menuju ke balkoni biliknya, dia melihat
keluar, bintang memang banyak bertaburan menghias angkasa malam itu. Fareez dan
Manis sama-sama diam sambil memerhatikan bintang di langit.
“Fareez cintakan Manis… sangat-sangat…” Fareez
bersuara pada lagi.
“Manis pun cintakan Fareez… sangat-sangat…”
Manis menjawab perlahan,Fareez tersenyum senang mendengarnya. Kemudian Fareez
bertanya lagi,
“Kalau satu hari nanti, Fareez ajak Manis
ke satu tempat lain bersama dengan Fareez, Manis nak ikut tak?”
“Fareez nak pergi mana?”
“Mana-mana…” jawab Fareez pendek, Manis
diam. Dia berfikir sekejap. Kemudian dia menjawab balik,
“Fareez nak pergi mana?” Tanya Manis pula.
“Fareez nak pergi satu tempat dan bina
kehidupan dengan Manis… hanya dengan Manis je… tak perlu ada sesiapapun…” Manis
diam mendengar. Dia tahu, pastinya Fareez juga sudah tahu yang ayahnya
menghalang perhubungan mereka itu walaupun tidak di lafazkan dengan kata-kata.
“Manis nak ikut Fareez?” Tanya Fareez lagi,
Manis diam agak lama sebelum menjawab,
“Manis yakin satu masa nanti papa akan
faham kita…”Fareez tersenyum sahaja mendengar. Memang bukan itu jawapan yang
dia mahu dengar dari Manis.
“Manis… kalau Fareez ajak Manis pergi
nanti… Manis mesti ikut tau…” Fareez bersuara.
“Kenapa?”
“Sebab… Fareez tak boleh hidup tanpa
Manis…”
1May 2004, Sabtu
6.30PM
Kediaman Manis
6.30PM
Kediaman Manis
Suhana mengangkat satu panggilan telefon
yang masuk ke dalam telefonnya, satu suara bergema di hujung talian,
“KL Central… tiketnya ke Singapura, 8.00
malam ini…”Suhana menghela nafas lega. Dia menutup matanya rasa lega kerana
mendapat panggilan itu. Fareez menyambung lagi,
“Aku dah pulangkan dia…”Suhana tidak
menjawab apa-apa, dia sudah tahu apa yang Fareez maksudkan padanya,
“Jadi… tunaikan janji kau… aku akan tunggu
kau di sana…”kata Fareez lagi. Suhana menarik nafas dalam-dalam.
“Aku pergi ambil Manis…”Suhana mencelah. Tiada
jawapan dari Fareez, namun Fareez terus sahaja mematikan panggilan itu
meninggalkan Suhana sendiri di talian telefon itu. Dia tahu Fareez bengang
mendengar jawapannya itu.Suhana kemudiannya berjalan perlahan ke tingkat bawah
rumahnya di mana semua masih lagi bersedih dan mengharap mendapat berita
tentang Manis.
“Manis ada dekat KL Central, ada kawan Suhana Nampak dia kat sana…” Suhana bersuara, Datin Zaharah segera bangun,
“Kalau macam tu, jomlah cepat kita pergi
sana sebelum dia pergi tempat lain…” kata Datin Zaharah. Mereka semua bersiap
dan semua menuju ke stesen KL Central. Sepanjang berada di dalam kereta, Suhana
Cuma mendiamkan diri dan memerhatikan Mamanya yang sedang gelisah. Suhana
melemparkan pandangannya keluar kereta Mercedez Benz yang di naikinya, milik
ayahnya itu. Suhana melihat kembali ke telefon bimbitnya, menanti kalau-kalau
ada panggilan kedua dari Fareez untuknya. Jalan raya sangat sibuk pada waktu-waktu
itu, banyak kenderaan sedang menuju ke ibu kota lebih-lebih lagi malam itu
malam minggu, ramai yang keluar bersiar-siar pada waktu seperti itu. Beberapa
ketika kemudian mesej dari Carol masuk bertanyakan Manis dan Fareez, Suhana
membalas mesej itu dengan sedikit penipuan. Namun dia beritahu Carol bahawa
mereka telah dapat maklumat bahawa Manis sedang berada di KL Central. Carol
berasa lega mendapat berita itu. Di pasar seni pula, Kimi dan rakan-rakannya
menjamu selera di kedai makan berhampiran dengan rumah sewa mereka. Rina, gadis
yang baru sahaja di kenali Zarul turut bersama-sama mereka makan di situ. Rina
selalu mendengar nyayian mereka sebelum dia mula bercakap-cakap dengan Zarul.
Namun, semua orang tahu Rina seakan berminat pada Kimi. Walaupun Zarul juga
mempunyai wajah yang agak tampan namun Kimi lebih tampan darinya. Selesai
makan, mereka semua menuju pulang ke rumah sewa, gadis itu turut pulang ke
rumahnya sendiri. Sampai sahaja di rumah sewanya Kimi terus masuk ke dalam
biliknya. Dia baring di katil yang sudah hampir setahun dia baring itu.
Ingatannya terhadap gadis pelik yang di lihatnya di pasar seni hari ini tadi
kembali semula di ingatannya. Walaupun jauh, namun wajah Manis tetap segar
dalam ingatannya. Gadis itu menarik perhatiannya dan meransang otaknya untuk
menyimpan ingatan terhadapnya. Kimi duduk dan kemudian menyelak kanvas putih
yang menjadi tempat dia melakarkan karya yang berada dalam ingatannya.
Perlahan, tangannya melakar sebuah potret.
Di KL central, Manis masih lagi duduk di bangku
tempat menunggu. Kawasan itu semakin lama semakin padat dengan pengunjung
tempat itu. Dia masih lagi memegang erat jam tangan ROLEX itu yang kini sudah
menunjukkan jam 7.30PM. Manis kemudiannya berdiri sambil menarik beg rodanya.
Dia menuju ke pintu pelepasan, namun kakinya menggeletar. Dia gagahkan juga,
ketakutan dan sebak mula menyerangnya. Sehingga ke saat akhir pun dia seakan
masih percaya dan menunggu Fareez tiba di situ seperti yang telah di janjikan.
Keretapi ke Singapura sudah di umumkan akan tiba sebentar lagi, Manis sudah
berdiri di platform menunggu keretapi tiba. Entah kenapa di saat itu, dia sudah
tidak mampu menahan sebaknya lagi. Air mata mengalir laju tanpa dapat di
tahannya lagi. Dia tidak rela menerima hakikat bahawa Fareez masih tiada di
situ hingga ke saat itu.Badan Manis yang lesu itu masih berdiri di platform
itu, Manis sendiri tidak tahu apa yang dia harus lakukan sekarang. Di mana dia
mahu mencari Fareez. Kepala Manis rasa melayang-layang, badannya mula rasa
tidak sihat. Keretapi yang menuju ke Singapura sudah hampir tiba dan semua
penumpang sudah pun berada di atas platform menunggu. Pegawai KTM yang bertugas
sedang memantau penumpang supaya tidak berdiri melebihi garisan kuning di atas
platform untuk tujuan keselamatan mereka. Keretapi sudah tiba dan hanya ada
beberapa meter sahaja jaraknya dari Manis, lampu dari keretapi itu terang
menyinar membuatkan Manis menoleh ke arah lampu keretapi itu . Manis tiba-tiba
rasa dunianya seakan sunyi dan dia rasa terawang-awang.Segala di sekitarnya
rasa seakan perlahan dan kabur. Dia terdengar sayup-sayup suara orang memanggil
namanya, matanya sudah kabur dan terasa berat sekali. Dia menutup matanya yang
penuh dengan air mata itu, telinganya mendengar panggilan hiba,
“Manisah!!!”
18 September 2002, Rabu
3.00PM
Subang Jaya Medical Centre
3.00PM
Subang Jaya Medical Centre
“Manis… Manis… bukalah mata… tengok
sini…”Manis membuka matanya dan menoleh perlahan,
“Fareez…”Fareez menghela nafas lega melihat
Manis sudah mula sedar dan memanggil namanya. Dia memegang erat tangan Manis,
setelah seharian Manis tidak sedarkan diri hampir 24 jam. Datin Zaharah yang
berada di sisi Manis juga turut rasa lega melihat anak gadis kesayangannya itu
sudah sedar. Manis melihat tangannya yang berbalut dan bersimen itu. Dia
mengeluh dan ketawa, seketika kemudian dia memegang kepalanya yang berbalut.
Pipinya rasa panas, Fareez kelihatan sangat cemas, itu pertama kali dia melihat
wajah Fareez sebegitu. Lelaki yang penuh dengan senyuman dan tenang itu
kelihatan sangat cemas dan takut hari itu. Fareez seakan tidak menghiraukan semua
yang ada di situ, dia memeluk Manis.
“Manis… please… jangan buat macam ni lagi…”
bisik Fareez di telinga Manis. Manis diam sahaja, dia sendiri sudah tidak ingat
apa yang telah terjadi sebenarnya. Kemudian Fareez meleraikan pelukkannya, dia
merenung dalam-dalam mata Manis,
“Manis baru je buat Fareez takut
sangat-sangat… persaan takut yang Fareez tak pernah rasa selama ini…”Manis
masih diam. Fareez menyambung lagi,
“Manis kan dah janji takkan tinggalkan
Fareez… tapi kenapa Manis buat macam tu?”Sedikit demi sedikit ingatan Manis
kembali semula, namun kepalanya rasa berdenyut-denyut. Datin Zaharah menepis
tangan Fareez dari memegang anak kesayangannya itu,
“Sudahlah… Manis kena banyak rehat…” Datin
Zaharah sudah tidak boleh menahan sabar lagi. Remaja lelaki itu menjadi
penyebab segala kejadian itu berlaku pada hari semalam. Kejadiaan yang
menyebabkan anak kesayangannya terjatuh dari jejantas pejalan kaki berhadapan
dengan Sunway Pyramid.Mujurlah dalam kejadian itu keadaan jalan raya agak sesak
dan semua kenderaan tersangkut dalam kesesakkan lalu lintas, Manis jatuh di
atas bumbung sebuah van sebelum jatuh ke atas jalan raya. Fareez akur dan ke
tepi, memberi laluan kepada Datin Zaharah. Manis baring namun matanya memandang
Fareez. Suasana di situ agak tegang, Fareez masih lagi berdiri di sisi katil
Manis. Datin Zaharah bersuara pada Fareez,
“Sudahlah Fareez, cukuplah tu, dari semalam
lagi kamu tunggu kat sini tak balik-balik… kamu baliklah, nanti parents kamu
bimbang pula.”Fareez tidak menjawab, dia tahu Datin Zaharah menghalau dia
pulang. Sekali lagi Datin Zaharah bersuara padanya,
“Manis kena banyak rehat, kita tak boleh
ganggu dia… kamu baliklah… esok Manis dah sihat sikit kamu datanglah
melawat…”Fareez diam. Wajahnya Nampak tegang, dia dan Manis masih lagi berbalas-balas
renungan.
“Mama… janganlah buat macam ni… Manis tak
apa-apa…” Manis bersuara pada Datin Zaharah. Datin Zaharah rasa tidak puas hati
mendengar jawapan dari Manis itu. Fareez kemudiannya memberanikan diri
bersuara,
“Maafkan saya Datin, boleh tak bagi saya 5
minit je untuk saya minta maaf dengan Manis… lepas ni saya janji saya akan
balik…”Datin Zaharah merenung tepat ke dalam anak mata Fareez, dia sangat marah
mendengar permintaan Fareez itu.
“Mama… Please… Can you leave us for a moment?”Manis
mencelah. Datin Zaharah menghela nafas dan terpaksa akur dengan kemahuan Manis
itu. Dia kemudiannya keluar dari bilik wad Manis dan membiarkan Manis bersama
Fareez. Fareez rasa lega kerana dapat peluang untuk berbual dengan Manis, dia duduk
di sisi Manis setelah Manis memintanya duduk di situ. Manis mengambil tangan
Fareez dan memegangnya,
“Maafkan Manis… Manis takkan buat Fareez
rasa takut lagi…”
“Fareez yang patut minta maaf dari Manis…
Disebabkan Fareez semua ni terjadi pada Manis… Fareez sendiri yang telah
membuatkan Manis hampir tinggalkan Fareez…” Manis tersenyum,
“Kalau Manis pergi pun, Manis yakin yang
Manis sentiasa tinggal dalam hati Fareez…” Fareez terkedu mendengar jawapan dari
Manis, dia bersuara sedikit kuat,
“No! Fareez takkan benarkan Manis
tinggalkan Fareez dalam keadaan macam tu! Never!”Manis terkedu seketika, muka
Fareez kelihatan serius. Fareez bersuara lagi,
“Manis… Manis tak kesian kat Fareez ke?
Kenapa nak tinggalkan Fareez?”Manis diam. Fareez meletakkan tangannya ke tangan
Manis,
“Apa akan jadi pada Fareez kalau terjadi
apa-apa pada Manis… Macam-mana dengan Fareez? Manis pentingkan diri…”Manis rasa
bersalah mendengar,
“Manis janji… Manis takkan tinggalkan Fareez
sampai bila-bila…”Fareez memandang ke wajah Manis dan pandangannya beransur
lembut. Fareez rasa lega mendengar kata-kata Manis itu,
“Fareez minta maaf Manis, lepas ni Fareez
takkan benarkan Manis tinggalkan Fareez lagi…”
~Elliot berry~
Terima Kasih kepada pembaca. Jika ada sebarang komen sila emailkan di elliothana69@gmail.com
No copy and paste.
Unnecessary comment will be deleted.
