Wednesday, 16 December 2015

Kenangan Manis Cinta Fareez (Bab 2)

17 June 2004, Khamis
12.00AM
Kediaman Manis
Hari ini

Munzir berdiri lama di pintu bilik Manis, memerhatikan adiknya yang sedang terbaring sambil memerhatikan siling bilik yang berukir cantik itu. Sudah seharian dia begitu, Munzir sendiri kerap berdiri di situ setiap hari selama beberapa jam untuk melihat keadaan Manis yang begitu. Adiknya itu sudah seperti mayat bernyawa, kesan dari kejadian yang berlaku bulan lalu. Manis tidak bercakap sepatah perkataan pun sejak hari itu, air mata tidak pernah kering dari mata adiknya itu. Pedih rasa hatinya melihat adiknya begitu, Manis tidak mahu makan dan minum sehingga terpaksa di berikan drip oleh doktor. Berat badannya turun hampir 10kg dalam tempoh itu. Mamanya, Datin Zaharah juga turut menerima tempias dari keadaan Manis itu. Datin Zaharah merana melihat anaknya yang seperti mayat bernyawa itu. Manis tidak mahu bergerak dari katilnya dan sepanjang hari akan berada di situ, melainkan dia mahu mandi dan membuang air sahaja. Dia tidak pergi ke sekolah, itu yang membuatkan semua ahli keluarganya bimbang kerana dia perlu menduduki peperiksaan SPM pada penghujung tahun itu. Munzir kerap berulang dari London ke Malaysia.Dia sedang menyambung pH.D dalam bidang kejuruteraan awam di sana dan sedang berada pada tahun akhir pengajiannya yang di buat selama 2 tahun. Walaupun begitu, dia sudah di lamar banyak agensi syarikat di sana dan juga dalam Malaysia kerana rekod pelajarannya yang cemerlang.

Munzir mengeluh berat, dia menutup kembali pintu bilik Manis setelah hampir 2 jam dia berdiri di situ memerhatikan Manis. Suhana di biliknya pula baru selesai mengulangkaji pelajarannya. Suhana mengemas mejanya,telefon bimbitnya menderu-deru mesej masuk mengucapkan selamat hari lahir kepadanya dan Manis. Buat masa ini, telefon bimbit Manis sudah tidak aktif maka kawan-kawan dia dan Manis banyak menghubungi Suhana sahaja. Telefon itu kemudian berdering, menandakan ada panggilan masuk. Suhana mengambil telefon dan melihat satu nombor yang tak di kenali. Seakan tahu siapa pemanggil itu, Suhana menjawab,

“Selamat Hari lahir…”

“Selamat Hari lahir… to you too… Suhana, Sweet… 17…” Di hujung talian itu, satu suara lelaki menjawab,Suhana mengeluh perlahan, dia kemudiannya duduk di birai katilnya.,

“Kau kat mana ni Fareez?” Dia bersuara. Fareez ketawa kecil,

“Aku kat mana? Aku tunggu kau… sayang… kat tempat yang kita janjikan… aku tunggu kau datang…” jawapan sinis Fareez membuatkan Suhana melepaskan satu lagi keluhan, terasa pedih mendengar sindiran Fareez itu,

“Jangan risau, aku takkan mungkir janji… aku akan pergi pada kau…”Fareez diam agak lama mendengar jawapan Suhana,

 “Aku dah bagi terlalu banyak masa untuk kau… Aku tak tahu samada aku boleh tahan lagi diri aku supaya tak datang ke rumah kau…”

“Jangan datang sini!” Suhana segera mencelah.

“Aku dah cukup tahan dah ni… Jangan uji aku lagi… setakat ini je yang aku boleh buat untuk cinta aku, jangan mungkir janji dengan aku… sebab aku tak pernah mungkir janji…”Suhana mengetap bibirnya mendengar amarah Fareez, dia memandang ke siling dan tidak menjawab. Beberapa ketika kemudian panggilan telefon itu di matikan. Dia kemudiannya berjalan menuju ke bilik Manis, dia masuk ke dalam dan mengunci pintu bilik itu. Manis tidak ada di katilnya, dia sedang berdiri di balkoni rumahnya dan memerhatikan langit yang kebetulan di penuhi bintang pada malam itu. Suhana memeluk erat Manis dari belakang, dia menekup mukanya di bahu Manis yang sudah terasa semakin menulang itu.

“Selamat hari lahir Manis… Suhana sayang sangat pada Manis…” Suhana bersuara pada Manis, Manis diam sahaja, dia tidak menjawab.

“It’s really hurt to see you like this…” Suhana bersuara lagi. Manis masih diam memerhatikan langit, di tangannya tergenggam seutas jam tangan ROLEX.

“I’m sorry… I’m really-really sorry…”Manis diam dan tidak bertanya kenapa Suhana berkata begitu padanya.Suhana memeluknya lagi, masih belum melepaskan pelukkan itu. Dia memang amat sayangkan Manis sehingga dia juga sanggup buat apa sahaja untuk kakak kembarnya itu. Cuma Manis sahaja dalam dunia ini yang memahaminya, termasuk juga Fareez. Dia tidak mahu kehilangan Manis, dia tidak mahu Manis hidup sengsara dan susah. Dia mahu Manis berjaya dalam kehidupan dan untuk itu dia akan lakukan banyak perkara yang boleh juga dia kategorikan sebagai pengorbanannya untuk Manis.

Zarul baru sahaja selesai mandi, dia berjalanan menuju ke biliknya yang di kongsi bersama-sama dengan Kimi. Zarul memerhatikan lama sebuah potret yang separuh siap oleh Kimi. Dia tersenyum dan ketawa kecil, terlakar gambar seorang gadis sedang berdiri sambil menarik beg dan sebelah tangannya lagi memegang sesuatu. Walaupun seketika namun Zarul dapat cam wajah itu. Zarul keluar dari bilik dan menuju ke luar rumah, dia Nampak Kimi sedang merokok sambil termenung jauh.

“Kau tak nak balik rumah kau ke?” Zarul bersuara,Kimi diam sahaja. Zarul menyambung,

“Kau masih muda Kimi, macam sia-sia je nanti masa depan kau, kalau kau terus di sini…” Kimi ketawa kecil dan memandang Zarul,

“Kau cakap macam umur kau dah berpuluh benar… padahal kau pun sebaya dengan aku…”kata Kimi. Zarul mengeluh,

“Kau lain… Family kau sayang kau dan akan menerima kau bila-bila masa-masa je… lagipun kau boleh belajar apa-apa yang kau suka pun… mereka mampu nak tanggung kau… tapi aku lain… aku ni anak buangan, family aku tak mahu aku…”Kimi diam mendengar kata-kata Zarul, dia tidak bermaksud untuk membuatkan Zarul terasa hati seperti itu,

“Aku ni anak yang tak patut di lahirkan…” kata Zarul lagi.

“Semua orang yang lahir kat dunia ni, Allah dah pilih dan dah tentukan untuk lahir… Ada sebab… tak wujud istilah ‘tak patut di lahirkan’” celah Kimi. Zarul ketawa kecil mendengar Kimi menyejukkan hatinya. Sepanjang mereka berkawan, memang Zarul tak pernah menceritakan tentang latar belakang keluarganya. Namun, entah kenapa hari itu, dia rasa mahu meluahkan apa yang terbuku di hatinya itu.

“Aku tinggal dengan nenek aku… aku tak pernah tengok muka mak aku…”Kimi diam mendengar. Zarul menyambung lagi,

“Aku sayang sangat kat nenek aku, nenek aku baik… dia penyabar… tapi satu hari tu… aku dah buat nenek aku betul-betul marah pada aku… sampai dia tercakap, patutlah mak aku tak nak aku…”Zarul mengeluh dan menyambung,

“Nenek tak sengaja tercakap macam tu, dia kalau boleh memang tak mahu cakap benda macam tu…”Kimi masih lagi diam mendengar. Zarul menyambung lagi,

“Bapa aku lelaki tak guna… itu yang selalu nenek aku cakap kat aku…”


13 April 2003, Sabtu
12.00PM
Sunway Pyramid

Manis dan Fareez sedang ketawa sambil meluncur bersama-sama di dalam gelanggang ice-skating. Ramai pengunjung sebaya mereka di situ, Suhana hanya memerhatikan dari luar sahaja. Selain itu, Carol, Azhar dan kawan-kawan yang lain turut bersama-sama mereka datang bermain di situ. Fareez menggenggam erat tangan Manis sambil berbual-bual bersama, ceria. Suhana tidak mengalihkan pandangannya dari kedua pasangan yang bahagia itu. Dia akui memang dia turut tidak suka perhubungan mereka itu. Ada banyak perkara yang membuatkan dia tidak suka hubungan mereka itu. Fareez tahu dirinya sedang di perhatikan Suhana. Beberapa ketika kemudian Manis bersama Carol pula meluncur bersama, Fareez meminta diri untuk berehat. Dia menuju kepada Suhana yang sudah mengalihkan pandangan pada Manis yang sedang bergembira. Fareez duduk di bangku di sebela Suhana,

“Kau pun nak juga ke?” Suhana mendengus perlahan mendengar sapaan Fareez itu, namun dia tidak menoleh kepada Fareez. Fareez ketawa kecil,

“Kau pun nak juga rasa istimewa macam Manis rasa ke?”Suhana memandang kepada Fareez,

“Kenapa kau ni sarkastik sangat?” Fareez ketawa sambil menjawab,

“Sarkastik? Siapa? Aku? Kau ni buat kelakarlah Suhana… aku Tanya kau betul-betul kau cakap aku sarkastik… Interesting…”

“Kau jangan berdrama dengan aku… aku tahu diri kau yang sebenarnya… aku tahu…” Fareez ketawa sinis dan menjawab,

“Kau dah cukup kenal aku lah macam tu?”Suhana rasa marah mendengar sindiran-sindiran Fareez, semakin lama layanan lelaki itu terhadapnya semakin menyakitkan,

“Aku tak mahu kau kecewakan Manis… Aku tak suka kau tipu dan berpura-pura dengan dia…” Fareez mengeluh perlahan,

“Bukan kau ke, orang yang pertama sekali mengecewakan Manis? Kau yang tipu dia, kau yang berpura-pura…”Suhana merenung tajam ke dalam anak mata Fareez.

“Aku buat demi kebahagian dia… tapi kau pulak untuk kepentingan diri sendiri…” Jawab Suhana tegas, Fareez ketawa,

“Kenapa kau kata aku tipu Manis? Apa yang aku tipu dia? Apa benda yang aku buat untuk kepentingan diri aku? Aku tak pernah tipu dia… Nampaknya kau dah salah menilai aku…”jawab Fareez.

“Kau tak tunjuk diri kau yang kau sebenar pada dia… mungkin juga perasaan sebenar kau pun, kau tak tunjuk…”balas Suhana pula.

“Kau jangan nak perasanlah… Jangan berangan sebab apa yang fikirkan tu tak mungkin berlaku sampai aku mati pun…” Suhana rasa terhina mendengar kata-kata Fareez itu.

“Kau silap tentang itu Suhana… kau salah… Aku akan pastikan kau tahu yang apa yang kau fikirkan tentang perasaan aku tu, salah…” Fareez menyambung lagi. Senyuman Fareez hilang, dia dan Suhana saling merenung tajam. Suhana memang rasa geram mendengar kata-kata pedas Fareez itu. Manis meluncur kepada mereka dan menegur,

“Suhana, jomlah sekali…” Suhana Cuma menggelengkan kepalanya sahaja sambil tersenyum ringkas. Fareez tersenyum lebar sambil menghulurkan tangannya kepada Manis. Manis menyambut tangan Fareez.

“Fareez dah letih ke?” Tanya Manis.

“Belum lagi, saje nak duduk sekejap… Manis dah letih ke?” Fareez menjawab lembut. Manis menggeleng dan senyum. Suhana beralih sedikit, memberikan ruang untuk Manis. Manis duduk di sisi fareez. Mereka memerhatikan kawan-kawan mereka yang lain, diam seketika, tiada bualan antara mereka. Namun beberapa ketika kemudian, Fareez memegang tangan Manis sambil memerhatikan corak sarung tangan Manis,

“Manis… Kalau satu masa nanti kita dah kahwin… Manis suka rumah yang macam mana?” Dia bersuara pada Manis lembut. Manis senyum malu, namun dia menjawab,

“Manis suka rumah yang luas dan tinggi… Rumah yang ada banyak tingkap… rumah yang terang…”Fareez mengangguk, kemudian dia bersuara lagi,

“Manis ada Claustrophobia ke?” Manis menggeleng dan dia menjawab,

“Manis tak ada Claustrophobia tapi Manis memang tak suka tempat sempit… dan gelap…” Fareez tersenyum. Dia kemudian menggenggam tangan Manis dan bersuara,

“Fareez akan binakan sebuah rumah untuk Manis, rumah yang luas, tinggi, banyak tingkap dan cermin supaya rumah tu terang, lepas tu ada halaman depan rumah dan taman belakang rumah… mungkin rumah tu tak lah besar sangat…”

“Rumah luas dan tinggi tak semestinya besar…” Manis mencelah,Fareez terkebil-kebil mendengar kata-kata Manis. Dia kemudiannya tersenyum. Itulah yang membuatkan hatinya terpaut pada Manis, kadang-kala Manis mampu membuatkan dirinya kagum dengan kata-katanya. Ternyata kewujudan Manis sendiri adalah istimewa untuk diri Fareez.

“Manis… kita mesti kahwin satu hari nanti tau…” Fareez bersuara pada Manis, Manis rasa terharu mendengar, dia tidak menjawab, Cuma membalas dengan senyuman sahaja. Suhana meninggalkan kedua mereka berbual bersama sambil menuju kepada kawan-kawan mereka yang lain.


17 April 1994, Ahad
10.00AM
Kediaman Manis

Manis keluar dari pagar rumahnya, dia melihat sebelah rumahnya telah ada penghuni baru, setelah berbualan-bulan rumah itu kosong. Manis berdiri di hadapan pagar rumah itu sambil melihat-lihat penghuni baru itu. Beberapa ketika kemudian seorang budak lelaki menghampiri pagar rumah itu dengan senyuman yang lembut,

“Awak tinggal sebelah ke?” Budak lelaki itu menyapa, Manis terkebil-kebil seketika sambil kemudian menjawab,

“Haah… Manisah tinggal kat sebelah… Awak baru tinggal sini ea?”

“Semalam saya sampai sini… Saya Fareez…”Fareez tersenyum mendengar Manis membahasakan dirinya dengan nama, malah nama itu juga sangat klasik baginya.

“Awak darjah berapa? Saya darjah 3…”sambung Fareez.

“Manisah darjah 1… nanti awak sekolah kat sekolah Manisah ke?”

“Mungkin… saya pun tak tahu… mama yang buat nanti…”

“Papa awak orang putih ke? Mama awak orang cina ea?”Fareez ketawa kecil,

“Papa saya orang belanda, Mama saya orang Jepun…” jawab Fareez.

“Manisah pun rasa awak bukan orang melayu, muka awak macam orang putih juga sikit-sikit… Macam cina sikit-sikit…”

“Saya orang melayu…”Manisah mengerutkan dahinya. Fareez bersuara lagi,

“Manisah suka arnab?”Manis menjawab,

“Suka…” Manis sendiri tidak pernah melihat yang sebenar, namun dia tahu arnab itu seperti apa. Fareez membuka pintu pagar kecil, Manis melangkah masuk setelah di pelawa oleh Fareez. Fareez membawanya ke sangkar arnab di tepi rumahnya, Manis gembira dan teruja dapat melihat arnab itu, Fareez mengeluarkan seekor arnab dan di berikan pada Manis,

“Tak mau… Manisah takut…”

“Tak pe… arnab ni baik… cubalah pegang…”

“Manisah takut…” Fareez tersenyum. Manis menyentuh bulu arnab itu perlahan-lahan. Dia kemudiannya ketawa bila sudah mula berani menyentuh arnab itu. lama Manis bermain-main dengan arnab itu sehinggakan dia sudah berani memegang dan mengangkatnya. Manis sendiri tidak sangka yang arnab itu sangat jinak. Beberapa ketika kemudian, mama Fareez, Puan Dalilah memanggil Fareez dan Manis untuk minum. Manis kagum dengan kecantikkan Puan Dalilah,

“Cantiknya auntie…”Puan Dalilah menjawab,

“Manisah pun comel sangat, mesti dah besar nanti Manisah jadi sangat cantik…” sedang Manis sibuk minum air yang di hidangkan Puan Dalilah, dia terdengar suara mamanya memanggil. Manis segera menghabiskan airnya dan bersuara,

“Terima kasih auntie, mama Manisah dah panggil…”Fareez menghantar Manis sehingga ke pintu pagar

“Awak nak datang main arnab lagi nanti?” Tanya Fareez. Manis tersenyum,

“Manisah nak datang lagi esok, dan esok-esok… Manisah suka arnab, Manisah nak main-main dengan arnab…”

“Manisah… boleh kita jadi kawan?” Fareez bertanya lagi sambil menghulurkan tangannya pada Manis, Manis kemudian menyambut dan bersuara,

“Kita kawan!” Manis tersenyum dan segera beredar balik ke rumahnya. Datin Zaharah sangat risau kerana Manis tiba-tiba hilang dari rumah. Bila sahaja Manis sampai di rumah, Datin Zaharah rasa lega, dia bimbang kalau-kalau anaknya di culik kerana sejak akhir-akhir itu ada banyak kes penculikkan kanak-kanak di laporkan di dalam Negara.

17 February 1999, Rabu
3.30PM
Kediaman Manis

Tangisan Manis menyentuh hati Fareez, dia tahu betapa sedihnya Manis ketika itu. Dia cuba memujuk Manis,

“Tak pe lah Manisah, Manisah tak fikir ke ada eloknya dia pergi, tak lagi dia menderita…”Manis rasa sedih,

“Tapi Manisah sayang sangat dekat Fifi…”Jawab Manis. Fareez memujuk lagi,

“Tak apa, Fifi tahu Manisah sayang dia…”

“Lagipun… Fifi hadiah dari Fareez…”

“Manisah… tak pe nanti Fareez hadiahkan lagi yang lain untuk Manisah…”

“Manisah tak nak yang lain, Manisah nak Fifi” Manis sangat sedih sebab kehilangan arnab yang dihadiahkan oleh Fareez dua tahun yang lalu. Manis masih lagi menangis.

“Tawarlah hari Fareez hari ni…” Manis terkebil-kebil mendengar kata-kata Fareez itu, Fareez menyambung lagi,

“Sepanjang hari ni mesti tawar… tanpa senyuman Manisah yang manis sangat tu…” Manisah tersenyum mendengar kata-kata Fareez.

“Manisah… jangan menangis lagi tau, nanti Fareez pun rasa sedih tengok Manis menangis…” Manis mengesat air matanya. Manis dan Fareez akhirnya berkemas-kemas untuk keluar dari kebun di belakang sekolah menengah Fareez itu. Fareez sudah berada di tingkatan dua tahun itu, dan hari itu sekolah di tutup kerana perayaan tahun baru cina yang kedua. Manis dan Fareez keluar dari kawasan sekolah itu, mereka berjalan ke tempat menunggu bas, Manis masih lagi sedih atas kehilangan arnab kesayangannya, Fifi. Fareez menggenggam erat tangan Manis dan menariknya melintas jalan raya. Entah kenapa Manis tiba-tiba rasa segan pula dengan Fareez yang sudah sekian lama di anggap seperti abangnya sendiri. Mereka selamat sampai di tempat menunggu bas di seberang jalan. Fareez masih lagi menggenggam tangan Manis, beberapa ketika kemudian hujan turun lebat. Mereka berdua menunggu bas datang, sambil berpegang tangan.

“Manisah… boleh Fareez panggil Manisah, Manis?” Manis memandang Fareez mendengar permintaan lelaki itu,

“Kenapa nak panggil Manis?” Tanya Manis. Fareez memandang kepada Manisah,

“Sebab Manisah special bagi Fareez…”Manis terkedu mendengar kata-kata Fareez itu. sedang asyik mereka berpandangan antara satu sama lain, mereka di kejutkan oleh beberapa suara,

“Wow… romantiknya Fareez? Ada apa-apa ke ni?”Azhar dan Badrul baru tiba di situ, beberapa ketika kemudian Suhana, Carol, Haiqal dan Farah pula tiba. Fareez dan Manisah segera meleraikan pegangan tangan mereka masing-masing. Azhar bersuara lagi,

“Kau ingat aku tak Nampak apa yang kau buat tadi ke?” Fareez ketawa sahaja, Manis menjawab,

“Fareez mana ada buat apa-apa la!”Azhar ketawa mendengar, Carol menyampuk,

“Fareez kau buat apa dengan dia sebenarnya ni?”Fareez ketawa dan menjawab,

“Kau kan dah dengar, aku mana ada buat apa-apa…”Suhana diam sahaja, dia hanya mencuri pandang sikit-sikit sahaja.

“Kau tanam dah ke Fifi?” Tanya Azhar. Fareez menagngguk,

“Kat belakang sekolah…”Jawab fareez pendek. Fareez sebaya dengan mereka semua kecuali Manis, Suhana dan juga Haiqal yang sebaya. Haiqal juga merupakan adik kepada Farah. Badrul tua dua tahun dari Fareez dan jarak 4 tahun tua dari Manis. Haiqal mencuri pandang Suhana, di matanya Suhana sangat istimewa, berbeza dari Manis.

“Walaupun korang kembar, tapi Manis dan Suhana banyak beza…” Haiqal bersuara.

“Kau baru perasan diorang tak sama ke?” Fareez mencelah pantas.

“Ye lah.. orang kata kembar seiraskan, sama…” jawab Haiqal kembali.

“Kat mana yang bezanya kami?” Suhana mencelah pula sambil berdiri sebelah Manis. Muka mereka memang seiras, Cuma gaya rambut dan baju yang di pakai sahaja yang lain. Saiz badan, dan juga bentuk badan sama sahaja keduanya. Fareez ketawa,

“Manisah berbeza sebab dia Manis…”

“Amboi… Fareez, kau pula ke nak buat skandal kat sini…” kata Carol, Fareez ketawa lagi,

“Aku bosan asyik kena skandal dengan orang yang aku tak kenal je…” Carol ketawa mendengar, memang Fareez sangat popular di sekolah, ramai gadis cuba mendekatinya namun dia sering menolak mereka dengan cara yang baik. Dia baik dan peramah dengan banyak orang di sekolah, namun sungguh pun begitu dia tidak begitu rapat dengan mereka semua. Bila di rumah, dia memang ada banyak terima panggilan telefon dari perempuan namun dia hanya memilih beberapa panggilan sahaja, yang lainnya dia akan menyuruh mamanya mengatakan dia tiada. Ada ketikanya sampai Puan Dalilah turut rasa tidak senang dengan panggilan telefon dari mereka semua.,

“Aku sakit gigi kalau duduk dekat dengan Manis…” Fareez bersuara pada Carol membuatkan semua tersenyum dan ketawa mendengar nama Manis itu, dan dari situlah Manis mendapat nama yang amat dia sukai itu.


17 December 2001, Isnin
4.00PM
Kediaman Fareez

Manis duduk berdua dengan Fareez di belakang halaman rumah Fareez yang mempunyai sebuah pondok yang di litupi dengan pokok-pokok yang memang di buat oleh papanya. Ada sebuah kolam ikan juga di situ, di penuhi dengan berbagai jenis ikan perhiasan di dalamnya. Hari itu hari pertama hari raya aidil fitri, mereka masing-masing tidak balik ke kampung halaman. Manis sengaja datang ke rumah Fareez kerana dia malas mahu duduk di rumahnya yang kini sedang penuh dengan tetamu mama dan papanya, mereka buat rumah terbuka pada petang itu. Fareez juga turut tidak ke mana-mana petang itu hanya menghabiskan masa di rumah sahaja kerana dia juga tidak mempunyai saudara lain kerana ibu bapanya mualaf dan juga perantau. Fareez merenung ke dalam kolam ikan sambil memerhatikan sepasang ikan koi sedang berenang bersama-sama.

“Ikan tu pasangan…” Fareez bersuara pada Manis, Manis memandangnya,

“Mana Fareez tahu?” Fareez tidak menjawab. Dia hanya tersenyum sahaja memandang wajah Manis. Beberapa ketika kemudian dia memegang tangan Manis lembut dan merenung mata Manis. Manis terkebil-kebil dan berdebar-debar dengan tindakan Fareez itu,

“Manis… jom kite couple…” Fareez bersuara lembut. Manis terkedu mendengar kata-kata Fareez. Memang dia sudah ada hati dengan Fareez, namun dia tidak berapa pasti perasaan Fareez terhadapnya. Tapi sekarang dia sendiri tidak tahu Fareez bergurau atau benar-benar jujur dengannya. Manis bersuara perlahan,

“Fareez bergurau ke… atau…”

“I’m serious…” Manis diam seketika, dia sendiri tidak tahu samada ianya benar atau tidak. Manis menarik nafas panjang, Fareez menggenggam erat tangan Manis,

“Fareez, betul-betul ni…” Manis melihat ke dalam anak mata Fareez, Nampak kesungguhan dalam renungan itu,

“Fareez… memang dah tahu kan perasaan Manis?” Fareez tersenyum mendengar jawapan Manis itu,

“Fareez tahu… tapi Fareez tak pasti apa jawapan Manis pada Fareez…”Manis diam dan menundukkan mukanya, entah kenapa dia rasa sangat gembira sehingga malu untuk menatap wajah Fareez.

“Fareez sukakan Manis… dah lama sangat dah… Fareez rasa dah tak boleh nak pendam lagi perasaan Fareez ni…” sambung Fareez.

“Fareez rasa, kalau Fareez tak cakap dengan Manis, Fareez rasa jauh dari Manis… Fareez tahu, Manis keliru dengan tindakan Fareez tapi… ni benar-benar dari hati Fareez yang sememangnya sukakan Manis…”Manis akhirnya memandang ke dalam anak mata Fareez.

“Manis, terus-terang dengan Fareez… kita, ada perbezaan ketara dari rupa par…” belum sempat Manis menghabiskan ayatnya, Fareez mencelah pantas,

“That is not the logic issue to me…” Manis mengetap bibirnya.

“but… its just…” ayat Manis tergantung.

“Come on Manis… you know it… You know how I feel inside my heart… you can feel that, I like you all along… it’s impossible that my strong affection towards you, didn’t reach you…” Manis rasa malu mendengar kata-kata Fareez. Dia akui, dia memang dapat rasakan perasaan Fareez terhadapnya. Sangkaannya selama ini memang tidak salah tentang perasaan Fareez itu, namun dia kembali sedar kembali tahap dirinya jika nak dibandingkan dengan Fareez.

“Manis ada satu impian… sejak Manis lihat Fareez kali pertama…” Fareez diam mendengar kata-kata Manis,

“You’re just like a prince charming to me… semua yang tengok Fareez, suka pada Fareez, banyak perempuan sukakn Fareez and dreamed to be your girl… somehow, inside… I do also dream to be yours…”

“I also, dream… to be yours…”Manis rasa terharu mendengar kata-kata Fareez. Dia lansung tidak menyangka hari itu, dia dan Fareez, akhirnya akan meluahkan isi hati mereka itu.

“Manis rasa nak kahwin dengan Fareez… tapi… tentulah perkahwinan tu terlalu besar untuk kita sekarang…” Fareez ketawa mendengar kata-kata Manis itu,

“Fareez pun ada impian sejak jumpa Manis…”Manis diam seketika,

“Fareez nak bina kehidupan dengan Manis…” Manis ketawa kecil,

“Fareez betul-betul ke ni? Macam mana satu masa nanti kita berubah hati?” Fareez diam lama, kemudian dia memegang pipi Manis,

“Fareez bukan orang yang macam tu… Fareez akan buktikan pada Manis… Fareez pun takkan biarkan Manis berubah hati terhadap Fareez…”

“Harap kita ni memang takdir yang Allah dah tetapkan…” kata Manis.

“Jodoh takkan berubah…”Manis mengangguk mendengar kata-kata Fareez,

“Kita tak tahu siapa jodoh kita…”

“Tapi… Fareez dapat rasakan Manis jodoh Fareez dan kita akan bersama sampai tua…” celah Fareez pantas. Manis rasa gembira mendengar,

“Kenapa Fareez sukakan Manis?”,

“Manis istimewa… bila bersama dengan Manis Fareez rasa tenang, Fareez rasa gembira…” Manis tersenyum mendengar jawapan Fareez.


20 January 2002, Sabtu
Puncak Perdana

Fareez, Carol, dan Azhar baru sahaja tiba di rumah Farah, mereka akan mula belajar dan mengulangkaji bersama-sama sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan SPM hujung tahun nanti. Bad pula sudah 2 tahun meninggalkan zaman persekolahan dan kini berada di salah satu intitut pengajian tinggi dan mengambil pengkhususan perubatan kerana keputusannya yang cemerlang semasa di program Matrikulasi. Itu kali pertama mereka semua ke rumah Farah setelah sekian lama berkawan. Kedatangan mereka di sambut oleh pembantu rumah, mereka semua kemudiannya berada di bilik menunggu. Seketika kemudian, muncul seorang wanita pertengahan umur, sangat cantik dan bergaya walaupun sudah agak berusia. Wanita itu bersuara dan menyapa,

“Kamu semua ni kawan-kawan Farhiyah ye?” semua terkebil-kebil.

“Maaf… aunty ni mak Farhiyah…” Wanita itu bersuara lagi, semua tersenyum. Farah muncul dan mencelah,

“Mama… diorang semua panggil Farhiyah, Farah…”Datin Sarah mengangguk,

“Oh ya ke…. maaflah aunty tak tahu…” Datin Sarah memandang kepada Fareez,

“Ni anak Mr.James Anderson ke?”Fareez tersenyum dan mengangguk mendengar pertanyaan Datin sarah itu. Datin Sarah bersuara lagi,

“Handsomenya kamu, mesti bapa kamu pun handsome… mesti mak kamu cantik…”

“Terima kasih… kami biasa-biasa je…” Fareez menjawab perlahan. Seketika kemudian, mereka semua mula belajar. Sepanjang masa itu, Datin Sarah kerap memerhatikan mereka semua, dia paling suka memerhatikan Fareez. Setelah hampir 2 jam mereka berbincang mengenai pelajaran, mereka berhenti rehat. Datin Sarah memanggil Farah bersendirian,

“Farah… kawan kamu yang Fareez tu, dah ada girlfriend ke?”Farah ketawa,

“Kenapa mak Tanya?”

“Kamu… tak suka dia?” Farah ketawa besar,

“Ma… itu kawan baik Farahlah… Farah tak de perasaaan kat dia…” Datin sarah bertanya lagi,

“Takkanlah kamu lansung tak suka dia? Handsome, pastu putih melepak lagi… datang dari keluarga yang berada juga”

 “Ma… please, Farah rasa gelilah…”

“Takkanlah kamu tak pernah suka dia… tipulah…” Farah diam agak lama, seketika kemudian dia menjawab,

“Fareez tu… ada someone dah… and he seems to be crazily in love dengan girlfriend dia tu, head over heel…”Datin Sarah mengangguk-angguk perlahan,

“Jadi, sebab tu Farah tak dekati dia?” Tanya datin Sarah.

“Mama…”Farah terkebil-kebil memandang Datin Sarah.

“Alah… belum tentu dia akan kahwin dengan girlfriend dia tu lagi…”
“Mama… dia memang suka sangat kat girlfriend dia tu… lama dah dia suka… tapi baru-baru ni je dia berjaya couple… which is… expected” Datin sarah mengangguk perlahan lagi.

“Lelaki ni… kalau kita selalu baik dengan dia dan layan dia dengan baik, dia akan berubah hati…”

“Mama…!”

“Farah… dia tu lelaki yang ok…”

“Mama… girlfriend dia tu anak Dato’ Jamaluddin…”Datin Sarah terkebil-kebil,

“Mana ada anak Dato’ Jamaluddin yang cantik-cantik?”

“Mama ni kan… sampai hati cakap kawan Farah macam tu…”

“Betullah ni, Mama tahulah… bukan mama tak pernah tengok anak-anak Dato’ tu… bukannya cantik pun… kamu lagi cantik dari mereka…”

“Mama ni kan… Manis tu comel je…”

“Manisah ke?”

“Haah… Manisah lah girlfriend dia…”

“Dia tak waras kot masa dia pilih Manisah tu… itu lagi lah… macam lelaki… berjemur je…”

“Mana ada la mama… dia aktif bersukan…”Datin sarah menggelengkan kepalanya.

“Macam mana kamu boleh kalah dengan Manisah tu… Yang Fareez dan Manisah tu pun, pelik macam mana boleh couple…”

“Ya Allah mama ni… Farah tak de perasaanlah kat Fareez tu… lagipun memang dari kecil lagi kami semua ni dah berkawan… tak terfikir pun untuk semua tu… lainlah Fareez tu… dia memang lagi lama kenal dengan Manis, dan memang sejak dulu lagi Fareez tu suka kat Manis… semua orang tahu hal tu… semua orang tak pelik pun masa Fareez beritahu kami semua yang dia dah couple dengan Manis…”Datin Sarah diam seketika.


17 December 2003, Rabu
11.30AM
Pasar Seni, Kuala Lumpur

Manis dan Fareez duduk di tembok kecil yang di bina mengelilingi pokok yang di bina di sekitar dataran pasar seni itu. Mereka memerhatikan orang yang lalu-lalang di situ. Sekarang musim cuti sekolah, banyak juga pelajar yang berada di sekitar kawasan itu, Fareez mengambil cuti kecemasan dari matrikulasinya semata-mata ingin bersama dengan Manis hari itu. Mereka duduk setelah hampir setengah jam sampai di situ. Seketika kemudian Manis dan Fareez berpimpinan tangan menuju ke dalam bangunan pasar seni itu. Ramai orang di situ sedang melihat-lihat barang-barang, namun mereka berdua naik ke tingkat paling atas bangunan itu, terdapat sebuah food court di situ. Walaupun agak panas namun Fareez memang cukup suka makan ABC di salah sebuah gerai menjual air di situ, milik seorang lelaki melayu Nampak seperti kacukkan. Banyak juga pengunjung lain di situ, ramai yang memerhatikan Fareez, namun Fareez tidak menghiraukan mereka. Selesai makan ABC di situ mereka berdua bergerak keluar dari bangunan itu dan masuk ke dalam Restoran Segera di hujung deretan bangunan berhadapan dengan pasar seni itu. Agak ramai juga orang di situ, mereka masing-masing menempah hidangan istimewa, Manis memang suka hidangan itu walaupun Cuma di berikan daging cheese burger sahaja, namun dia suka mengumpul hadiah yang boleh di dapati dengan membeli set itu. Mereka kemudian membawa hidangan ke tingkat dua dan memilih tempat duduk di hujung sudut restoran itu yang menghadap ke pasar seni. Manis memerhatikan Fareez yang sedang mengunyah burgernya, Fareez mengangkat keningnya dan memberikan senyuman pada Manis.

“Rambut Fareez dah panjang kat depan…” Tanya Manis.

“Manis nak Fareez potong ke? Fareez memang saje biarkan panjang kat depan…”

“tak de lah… ok je rambut kat depan tu panjang…”

“Manis dah Nampak putih…” Manis mencebik mendengar,

“Tak la putih macam Fareez, makin lama makin putih…”Fareez ketawa kecil, memang kulit Fareez Nampak lebih halus dari kulit Manis, dan Nampak lebih cantik dari kulit Manis. Fareez tersenyum,

“Rambut Manis pun dah panjang… ada fringe kat depan…” Manis senyum sahaja mendengarnya. Fareez meletakkan sebuah kotak di depan Manis,

“Happy Second year Anniversary!”Manis tersenyum, hari itu mereka menyambut ulang tahun couple mereka yang kedua. Manis mengambil kotak itu dan meneliti seutas rantai silver. Manis tersenyum, kemudian dia pula meletakkan sebuah kotak di hadapan Fareez,

“Hadiah Manis tak semahal hadiah Fareez…” Fareez kemudian mengambil rantai itu dari tangan Manis dan memakaikan rantai itu di leher Manis, kemudian dia pula membuka kotak hadiah dari Manis, dia tersenyum dan bersuara,

“Fareez suka sangat… terima kasih, sayang”sebuah wallet berjenama crocodile di dalamnya. Manis tersenyum malu mendengar Fareez memanggilnya sayang.

“Terima kasih juga kat Fareez, cantik sangat-sangat rantai ni…” Mereka berdua kemudiannya menghabiskan makanan yang masih lagi bersisa. Lebih kurang setengah jam kemudian, mereka keluar dari restoran itu dan berjalan ke dataran pasar seni. Pengunjung tempat itu sudah memenuhi kesemua ruang di situ, terdapat beberapa penyanyi jalanan baru tiba di situ mahu mula membuat persembahan. Manis bersuara pada Fareez,

“Fareez tunggu kat sini sekejap, Manis nak ke toiletlah… tiba-tiba sakit perut…”

“Jomlah kita pergi sama-sama…” kata Fareez pula,

“Tak apa, Manis boleh pergi sendiri, Fareez tunggu kat sini…”

“Fareez risau Manis pergi seorang diri…”

“Tak pe… Fareez jangan risau…”

Manis kemudiannya pergi menuju ke restoran makanan segera itu semula untuk ke tandas. Fareez duduk berhampiran dengan beberapa orang pemuzik jalanan yang sedang memeriksa nada gitar mereka masing-masing. Fareez rasa kagum melihatnya.

“You love music?” salah seorang dari mereka menegur Fareez.

“Minat dengar…”terkejut lelaki itu mendengar Fareez bertutur dalam bahasa melayu. lelaki itu kelihatan seperti umur dalam lingkungan dengannya.

“Melayu ke?”Fareez Cuma mengangguk mendengar lelaki itu, dia tidak mahu bercerita berkenaan asal-usul keturunannya dengan lelaki yang baru dikenalinya itu. Fareez kemudiannya bersuara pula,

“Lama dah menyanyi di sini?”

“Saya baru je lagi join diaorang… dalam 4-5 bulan macam tu…” Fareez mengangguk sahaja mendengar.

“Belajar lagi?” Tanya lelaki itu lagi.

“Matrikulasi Negeri Sembilan…” jawab Fareez ringkas.

“Baguslah macam tu… terjamin masa depan…”

“Saya pun minat juga main muzik, Cuma tak ada kesempatan nak belajar…”kata Fareez. Lelaki itu tersenyum,

“Asalkan ada minat, pasti senang belajar… mana tahu, esok-esok ada masa…” Fareez ketawa kecil.

“Sebelum ni buat apa?”Lelaki itu tersenyum mendengar pertanyaan Fareez,
“Ambil SPM…” Fareez mengangguk, kemungkinan lelaki itu sebaya dengannya amat tinggi. Namun belum sempat dia bertanya apa-apa, salah seorang kawan lelaki itu bersuara,

“Kimi… jomlah mula…”sebelum Kimi meminta diri dia sempat bersuara kepada Fareez,

“Jumpa lagi…” Fareez mengangguk dan tersenyum. Dia pun kemudiannya bangun dan masuk semula ke dalam restoran makanan segera itu semula untuk mencari Manis.


17 June 2004, Khamis
10.00AM
Kediaman Manis
Hari ini

Manis berdiri di balkoni biliknya sambil memandang ke langit yang agak mendung. Munzir masuk ke dalam bilik Manis dan berdiri di di hadapannya,

“Manisah… cukuplah tu… kesiankan lah kat Mama yang terseksa tengok Manisah macam ni…” Manis tidak menjawab apa-apa.

“Please stop Manisah… abang dah tak tahan tengok Manisah macam ni…” Munzir bersuara lagi, Manis masih lagi diam, dia masih lagi memandang ke langit dan memerhatikan awan. Hujan rintik-rintik mula turun membasahi halaman rumahnya. Semakin lama hujan semakin lebat. Munzir memegang kedua-dua lengan Manis,

“Tengok sini Manisah… lupakan dia!” Manis memandang Munzir yang sudah hilang sabar. Munzir bersuara lagi,

“Cukuplah Manisah, abang dah bosan tengok Manisah macam ni… sampai bila Manisah nak jadi macam ni! Lupakan lelaki bedebah tu! Lelaki tak guna tu!”Manis diam sahaja, semua ahli keluarga Manis datang ke bilik Manis bila mendengar kekecohan itu kecuali Suhana yang masih duduk diam di dalam biliknya. Dia sedang mengemas beberapa barangan peribadinya sambil memasukkannya ke dalam beg. Datin Zaharah menangis lagi melihatkan keadaan itu. Munzir bertambah amarah bila melihat ibunya kembali menangis sedih, Munzir kemudiannya merampas jam tangan ROLEX yang berada dalam genggaman Manis itu dan mencampakkannya ke luar rumah,

“Hentikan semua kegilaan ni, Manisah! Lupakan lelaki tu!”Manisah terkedu melihat tindakan Munzir, dia menjerit kuat sambil mengejar jam tangan di baling Munzir, ke halaman rumah mereka dari balkoni itu,

“Jangan!!!” Seluruh isi rumah itu terkejut dengan tindakan Manis itu. Datin Zaharah pengsan melihat anaknya terjun dari tingkat satu rumah itu. Keadaan jadi sangat serabut pagi itu, Suhana terkejut mendengar suara Manis dan segera berlari keluar dari biliknya, dia menuju ke halaman rumah dan sebaik sahaja dia membuka pintu rumah itu, dia terkedu melihat Manis terbaring di atas rumput di halaman rumah.



~Terima Kasih kerana sudi membaca. Mengharapkan komen membina untuk perbaiki kesilapan. ~Elliot Berry