17 June 2006,
Sabtu10.30AM
London.
Matahari agak panas memancar, bahang namun nyaman musim panas mula di rasai di kota London itu. Sofia memerhatikan dedaun yang bertaburan di atas rumput di taman yang di bina oleh Munzir di tepi rumah itu. Sofia kemudiannya mendongakkan kepalanya ke langit memandang matahari, dia membiarkan matanya disilaui cahaya matahari yang menembusi celah jarinya. Angin musim panas bertiup menerbangkan rambutnya dan blouse putih yang di pakainya. Fikiran Sofia kosong, dia sekadar menikmati angin yang bertiup dan cahaya matahari pagi yang memancar ketika itu . Seseorang menyapanya,
“Sofia…” Sofia tidak menjawab, mahupun menoleh. Dia masih lagi memandang ke matahari. Suara itu menyapanya lagi sambil menghampirinya,
“Sofia… buat apa kat sini?” Sofia tidak menjawab, dia kemudiannya mengalihkan pandangannya kepada bunga-bunga di taman itu. Seorang gadis manis dan ayu duduk di sebelahnya, dan bertanya lagi,
“Abang Munzir ada kat rumah?” Sofia diam lagi, dia tidak memberi apa-apa respon. Linda, sudah masak dengan sikap Sofia itu, sejak kali pertama dia bertemu Sofia pun Sofia memang tidak pernah bersuara apa-apa. Malah, dahulu keadaan Sofia lebih teruk dari itu, dia tidak mahu bangun dan berjalan, hanya terbaring sahaja. Bukan kerana Sofia tidak mampu tapi kerana dia tidak mahu. Linda duduk bersama dengan Sofia, dan melayan perasaannya juga sambil memerhatikan bunga-bunga yang di tanam oleh Munzir di sekitar taman itu. Beberapa ketika kemudian, dia disapa,
“Linda… bila sampai?” Linda tersenyum manis,
“Baru je sampai…” jawab Linda sambil bangun dari atas rumput,
“You ada planning apa-apa ke hari ni? Jom kita makan sama-sama…” Tanya Linda pada Munzir,
“Ok…” Linda rasa sangat gembira mendengar jawapan ringkas Munzir, jarang sekali mereka dapat makan bersama-sama sejak Munzir balik dari Malaysia 2 tahun lalu, malah Munzir sudah banyak berubah sejak tragedy menimpa keluarganya. Munzir bersuara pada Sofia,
“Sayang… jom kita pergi makan…” Sofia hanya diam sahaja, dia masih lagi berteleku di atas rumput memerhatikan bunga-bunga di taman itu. Munzir kemudiannya memegang lembut lengan Sofia dan menariknya perlahan untuk bangun,
“Jom sayang, kita keluar?” Sofia akhirnya bangun, Munzir menarik Sofia ke kereta. Linda rasa sedikit kecewa kerana Sofia ikut sama, bukan dia benci atau tidak suka dengan Sofia namun dia rasa seperti tidak mendapat privacy dengan Munzir. Munzir membukakan pintu depan untuk Sofia, Linda pula terus masuk di tempat duduk belakang. Dia sudah tahu di mana dia perlu duduk sekarang bila dia keluar bersama Munzir dan adiknya. Bukan mereka sahaja yang pergi, beberapa pengawal keselamatan di upah Munzir turut mengekor kereta mereka dari belakang. Munzir memandu kereta menuju ke Café Spreads, berhampiran dengan Trafalgar square. Sepanjang perjalanan itu, tiada sebarang perbualan antara mereka semua. Masing-masing hanya melayan perasaan mereka sendiri. Sampai sahaja di sana, mereka terus masuk dan Munzir memesan hidangan untuk Sofia kerana Sofia tidak mahu menjawab apa pun pertanyaan dari Munzir. Linda mula untuk berbual dengan Munzir, untuk mengisi masa mereka bersarapan itu. Walaupun agak dingin namun Munzir masih menjawab setiap pertanyaan dari Linda. Entah kenapa, Linda sendiri masih sabar dengan keadaan itu. Dia yakin yang Munzir pasti akan kembali kepada dirinya yang asal seperti dahulu yang dia kenali. Mereka sama-sama belajar dalam bidang Engineering di Oxford, London dan di situlah mereka mula berkenalan, berkawan dan akhirnya bercinta. Namun kerana keadaan yang sangat rumit dan tragedy yang berlaku dalam keluarga Munzir 2 tahun lalu, mereka hampir berpisah sehinggalah akhirnya Munzir mengambil keputusan untuk bertunang dengan Linda. Linda menerima Munzir kerana dia sangat sayangkan hubungan mereka dan juga sayangkan Munzir, walaupun dia tahu, selagi Munzir tidak melepaskan Sofia, dan selagi Sofia tidak berubah, maka ketegangan hubungan mereka sentiasa akan ada. Linda masih lagi mahu bersabar dengan keadaan itu walaupun dia memang sudah jelak. Seketika kemudian, Linda mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya dan diletakkan di atas meja di hadapan Sofia,
“Lupa pula… Happy birthday Sofia…” Sofia memandang kotak hadiah yang sangat cantik berbalut itu, namun tiada reaksi darinya. Beberapa ketika kemudian air mata Sofia menitis. Linda terkejut melihat Sofia menangis bila melihat hadiah itu. Munzir mengambil hadiah itu dan memberikannya kepada pengawal mereka, dia kemudiannya bersuara pada Linda sambil memegang tangannya,
“Thank you Linda… for the present… don’t worry…” Linda menarik nafas panjang dan bersuara pada Munzir,
“I’m sorry… if Linda ada menyakitkan hati Sofia…”
“No… Kita yang kena bantu dia… let her face this off… kalau tak, sampai bila pun she’ll stay like this…” Linda rasa sangat lega mendengar kata-kata Munzir, dia bimbang kalau-kalau Munzir akan marah dengan apa yang dia buat. Namun dia mengeluh dengan sikap Sofia yang masih lagi berkabung dan tidak mahu berubah. Selesai makan, mereka menuju ke pusat beli belah berdekatan dengan kawasan itu.
Kimi menyandang begnya, dia baru sahaja tiba di kota London malam tadi bersama dengan Zarul. Kini keluarganya akan menetap di sana memandangkan ayahnya kini bekerja di bahagian Kastam di sana. Dia baru sahaja kembali ke pangkuan keluarganya beberapa bulan yang lalu, dia membawa sekali Zarul bersamanya. Pada mulanya Zarul menolak kerana tidak mahu menyusahkan keluarga Kimi namun ayah Kimi sendiri Dato’ Ramli mahu Zarul ikut bersama. Kimi dan Zarul di bawa bersiar-siar di sekitar kawasan London itu dan di bawa oleh kakak Kimi, Fazlina. Dia memang sudah berada di sana terlebih dahulu bersama keluarganya sebelum Kimi. Keadaan jalan raya tidak sesak, namun banyak manusia sedang berlegar-legar di sekitar kota itu. Fazlina berhenti kereta di suatu dataran,
“Ini Trafalgar Square… macam tempat lepak kat sini… banyak tourist suka datang ambil gambar kat sini…” kata Fazlina. Mereka semua keluar dari kereta dan meninjau-ninjau kawasan sekitar itu. Kimi memerhatikan beberapa pelancong yang sedang sibuk mengambil gambar di kawasan air pancut, gelagat yang sudah biasa di lihatnya kerana sudah biasa di pasar seni memerhatikan mereka semua. Beberapa ketika kemudian salah seorang dari pelancong itu menggamitnya, Kimi teragak-agak namun dia pergi juga, pelancong itu bersuara,
“I’m sorry; could you please help me taking picture?” Kimi terkebil-kebil, Zarul dan Fazlina menghampiri Kimi dan tersenyum. Kimi kemudiannya tersenyum dan menjawab,
“Sure…” Pelancong-pelancong itu masing-masing bergaya sambil Kimi menangkap gambar mereka. Berbagai aksi dan gelagat mereka membuatkan Zarul dan Fazlina turut ketawa melihat. Kimi rasa gembira pula melayan pelancong itu kerana mereka agak peramah, Kimi mengfokus lensa kamera ke kawasan sekitar sementara menunggu pelancong itu berbincang mahu bergaya sesama mereka, seketika kemudian lensa kamera itu menyorot pada suatu wajah yang agak di kenali Kimi. Kimi terkedu seketika, dia terpandang wajah seorang gadis yang tidak pernah hilang di fikirannya. Dia menyerahkan kamera kepada Zarul sambil berlari ke arah gadis yang di lihatnya itu. tercungap-cungap Kimi menyapa,
“Hai…” Gadis itu Cuma diam sahaja memandang Kimi.
“Awak mungkin tak kenal saya, tapi saya pernah Nampak awak…” sapa Kimi lagi. Gadis itu masih tidak menjawab, wajahnya kosong. Zarul dan Fazlina sampai di sisi Kimi, Zarul terkedu juga melihat wajah gadis itu.Kimi tersenyum gembira kerana dia tidak menyangka akan melihat wajah itu lagi.
“Saya Kimi… awak?” gadis itu masih diam dan tidak memberikan sebarang reaksi. Beberapa ketika kemudian seorang lelaki menyapa mereka,
“Kamu siapa?” Kimi memandang kepada lelaki itu,
“Maaf, saya Kimi… saya just menyapa cik ni…”
“You kawan Sofia ke?” Kimi terkebil-kebil mendengar kata-kata lelaki itu,
“Oh… Cik Sofia… saya bukan kawan dia tapi saya pernah Nampak dia kat pasar seni lebih kurang 2 tahun lalu…” Munzir diam sahaja mendengar kata-kata Kimi itu, dia berasa agak lega kerana itu bukan antara kawan-kawan sekolah Sofia.
“Maaflah… tapi kami nak cepat dan terpaksa beredar…” Kata Munzir sambil membawa Sofia pergi dari situ. Kimi hanya tersenyum sahaja namun matanya masih lagi kepada Sofia. Zarul bersuara pada Kimi sambil memerhatikan mereka beredar,
“Wow… kebetulan sungguh dunia ni, tak sangka akan jumpa dia di sini…”
31 July 2004,
Sabtu 11.00AM
Kediaman Manis
Genap 44 hari kematian Datin Zaharah, suasana di rumah banglo itu sangat murung. Semua masih meratapi pemergian permaisuri dalam rumah itu. Adila hanya berkurung dalam biliknya, dia masih merasai kehilangan mamanya dalam kejadian yang menimpa keluarganya bulan lalu. Segalanya masih lagi segar dalam ingatannya. Munzir dan abangnya Munir sedang sibuk menguruskan kenduri arwah yang akan di adakan malam nanti di rumah mereka itu. Banyak juga sanak-saudara yang sudah tiba untuk membantunya melancarkan majlis itu.walaupun agak riuh namun penghuni rumah itu tidak ceria. Munzir berjalan ke bilik Manis, di katil itu terbaring kaku seorang gadis yang masih bergantung kepada mesin bantuan pernafasan. Di sisi katil itu, masih setia Suhana menunggu kembar yang amat disayanginya itu sedar dari tidur yang sudah menjangkau 44 hari itu. Suhana akui, memandang Manis dalam keadaan sebegitu benar-benar menyiat hatinya. Dia sangat rasa tertekan melihat tangan dan kaki Manis yang masih bersimen. Manis mengalami patah tangan kanan dan patah kaki kanan setelah terjatuh dari tingkat satu dari balkoni bilik itu bulan lalu, di mana dalam hari yang sama mereka semua kehilangan mama kesayangan mereka semua, membuatkan papanya bermurung dan berduka dalam tempoh masa yang agak lama. Akibat terlalu terkejut Datin Zaharah diserang sakit jantung yang teruk sehingga membuatkannya sesak dada dan menghembuskan nafas terakhirnya ketika melihat Manis terjun ke halaman rumah mereka. Munzir masuk dan menghampiri Manis dan perlahan menyentuh tangan kiri Manis,
“Kenapa Manis… Kenapa Manis nak jadi macam ni…” Suhana hanya diam sahaja, dia sendiri masih terkejut dengan tindakan Manis itu,
“Abang takkan maafkan Fareez… sampai abang mati pun…” kata Munzir. Suhana memejamkan matanya dan entah kenapa air mata mengalir di pipinya. Kakak ipar mereka, mengetuk pintu sambil meminta Munzir turun melayan tetamu penting mereka baru sahaja tiba. Munzir meninggalkan Manis dan Suhana. Suhana menghembuskan nafas berat sambil mengesat air mata dan menenangkan dirinya. Beberapa ketika kemudian telefon bimbitnya berbunyi, dia menjawab dengan berat,
“Hello…”
“Jangan mungkir janji… aku tunggu kau kat sana hari ni…” Suhana menelan air liurnya mendengar kata-kata lelaki yang ada di hatinya itu. Lelaki itu masih tidak tahu apa yang terjadi pada keluarganya. Suhana menghampiri Manis dan menyentuh lembut tangan Manis dan bersuara pada lelaki itu,
“Fareez… sekarang tak boleh… tapi malam nanti aku janji dengan kau… aku janji…” Fareez tidak menjawab, talian itu terus terputus begitu sahaja.Farah dan Carol baru sahaja tiba, mereka terus menghampiri Manis. Farah duduk di birai katil Manis dan mengusap lembut rerambut Manis, dia sedang dalam persedian untuk melanjutkan pelajarannya ke luar Negara tika itu, manakala Carol pula akan memulakan pengajiannya beberapa minggu lagi di Universiti Putra Malaysia dalam bidang kejuruteraan awam. Mereka masing-masing meluangkan hari sabtu itu untuk melawat keluarga Manis. Entah kenapa apa yang telah berlaku membuatkan mereka turut rasa sedih. Farah tidak dapat menahan sebak melihatkan keadaan Manis koma seperti itu, Fareez pula hilang entah ke mana, lansung tidak menghubungi dia mahupun rakan mereka yang lain. Farah mengalirkan air mata.
“Kenapa jadi macam ni sekali… Manis…” suara Farah tersekat-sekat ketika bersuara pada Manis. Carol yang turut rasa sebak melihat Manis duduk di sisi Farah, sejak kejadian itu, itu adalah kali pertama mereka melawat Manis. Farah dan Carol berpelukkan kerana rasa sedih melihat keadaan Manis serta rasa simpati atas apa yang telah berlaku antara Manis dan Fareez. Mereka sendiri tertanya-tanya kenapa Fareez membuat tindakan seperti itu. Farah tidak sampai hati mahu bertanya apa-apa lagi pada Suhana, memang terpancar di wajah itu sedang dalam kekusutan. Farah akhirnya mencium dahi Manis sambil bersuara,
“Sabar ya sayang… Kuatkan semangat ya, Manis, jangan macam ni… Manis kena kuatkan semangat… jangan patah semangat, jangan putus harapan, kena bangkit…” Suhana bersuara perlahan pada Farah,
“Doktor beritahu… Manis… sendiri yang tak nak bangun… tak nak berusaha untuk buka matanya…” Suhana bersuara kembali,
“Seakan-akan dia sendiri tak mahu lagi teruskan hidup ni… tak mahu lagi buka matanya sendiri… membuatkan otaknya menghantar isyarat pada seluruh tubuh supaya berada dalam keadaan koma…” Gugur lagi air mata Farah mendengarnya. Manis yang di kenali mereka sangat kuat semangat dan sentiasa positif. Carol memegang pipi Manis dan bersuara,
“Manis… kenapa? Manis kena bangkit, bangun Manis! Jangan kerana seorang lelaki Manis macam ni! Fareez tu lelaki tak guna! Dia buat Manis sampai macam ni sekali! Manis kena bangun dan cari dia, Manis kena tumbuk muka dia sebab dia berani buat macam ni!” Carol rasa marah. Dia rasa tidak adil untuk diri Manis dan tidak patut Manis jadi seperti itu. Tiada sebarang reaksi dari Manis, mereka masih lagi di sisi Manis dan berbual sesama mereka. Seketika kemudian, Haiqal, Badrul dan juga Azhar masuk ke dalam bilik Manis dan melawatnya. Semua turut berduka atas apa yang telah berlaku terhadap Manis. Mereka sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang telah terjadi antara Manis dan Fareez, kerana mereka sendiri tidak dapat menghubungi Fareez kini. Malah sebelum peristiwa itu terjadi, mereka sudah mengalami kesukaran menghubungi Fareez kerana Fareez sering bertukar nombor telefon bimbit dan sering mengelak dari bertemu dengan mereka semua. Lama juga mereka di dalam bilik itu, mereka Cuma berbincang dan bertanya berkenaan Manis dengan Suhana itupun Suhana banyak menjawab yang dia tidak pasti apa yang terjadi sebenarnya dan mendiamkan diri sahaja. Azan zuhur berkumandang, mereka kemudian keluar dari bilik Manis dan masing-masing menunaikan solat.
Majlis bacaan yasin dan tahlil telah pun selamat di lakukan, semua tetamu juga sudah mula mengosongkan rumah itu sedikit demi sedikit. Kebanyakkan mereka tidak bermalam di situ, saudara jauh tinggal di hotel sekitar kawasan Cheras itu. Jam juga sudah menunjukkan jam 1 pagi. Suhana berada di dalam bilik Manis, dia masih lagi di sisi Manis. Seikhlas hatinya dia memang sangat sayangkan kakaknya itu, dia memang tidak suka melihat keadaan Manis seperti itu. Dia duduk di birai katil sambil menyentuh lembut tangan Manis. Hujan mulai turun di luar rumah itu, kesejukkan mula terasa. Suhana membelai rerambut Manis. Kemudian dia bersuara perlahan,
“Manis, Suhana sayang sangat-sangat dengan Manis… Suhana mahu Manis bahagia selamanya… Suhana tak mampu lihat Manis menderita macam ni…” Suhana mula rasa sebak,
“Maafkan Suhana… Suhana tak dapat membenci Fareez walaupun dia buat Manis macam ni… Suhana tak dapat benci dia walaupun dia buat kita kehilangan Mama…” Air mata Suhana jatuh berderaian membasahi pipinya, hatinya sangat sebak.
“Maafkan Suhana, Suhana sayang sangat dengan Manis… Suhana nak Manis tahu, walau apapun yang terjadi selepas ini, dan segala tindakan Suhana ni, semuanya untuk Manis, dan kerana Manis… Suhana mengerti dan faham perasaan Manis… dan apa yang sebenarnya Manis mahukan…” Suhana mencium dahi Manis dan bersuara,
“Suhana mahu Manis tahu yang Manis adalah insan yang paling memahami Suhana, maafkan Suhana sebab tak beritahu Manis tentang perasaan Suhana pada Fareez… Fareez seorang lelaki yang baik… dia…” Suhana diam seketika, dia memandang wajah Manis,
“Suhana rasa benci dengan diri sendiri sebab Suhana rasa cemburu dengan Manis…” Suhana mengesat air matanya, setelah menerima satu panggilan telefon. Dia menjawab perlahan,
“Hello…”
“Aku dah sampai dah…” Suhana menjawab kembali,
“Aku akan keluar dalam masa 5 minit…” talian itu di matikan. Suhana memandang Manis dan bersuara sambil menyentuh pipi Manis,
“Maafkan Suhana… Suhana faham apa yang Manis mahukan sebenar-benarnya…” Suhana berdiri dan kemudian perlahan mengalihkan alat bantuan pernafasan dari mulut Manis, dia kemudiannya berjalan perlahan meninggalkan Manis dan menuju ke pintu bilik Manis. Buat kali terakhirnya dia menoleh ke arah Manis dan menahan sebaknya, itu adalah tatapan kali terakhir dia akan melihat wajah itu. Suhana berjalan menuju ke biliknya dan mengambil sebuah beg besar dan beberapa beg lain. Dia berjalan perlahan keluar dari rumah yang semua penghuninya sudah masuk ke kamar masing-masing kerana kepenatan. Suhana berjalan masuk ke dalam sebuah teksi yang menanti beberapa meter dari rumahnya, beg pakaiannya dan barang-barang lain telah di masukkan ke dalam bonet oleh pemandu teksi, Suhana duduk bersebelahan dengan seorang lelaki yang amat di cintainya. Lelaki itu bersuara tegas padanya,
“Kau lewat 1 minit…” Suhana hanya diam, seketika kemudian teksi itu di pandu menuju ke lapangan terbang antarabangsa, Fareez menghulurkan sekeping tiket kapal terbang kepada Suhana. Suhana mengambilnya lambat, dia membaca destinasi penerbangan itu,
“Wellington International Airport…”Dia ketawa sendirian, dan bersuara lagi,
“Jauh betul kau bawa aku pergi…”Fareez menjawab lambat,
“Tak lama pun kat sana…” sepanjang perjalanan itu tiada sebarang perbualan antara mereka. Hampir satu jam perjalanan, akhirnya mereka tiba di lapangan terbang antarabangsa, kedua mereka turun dari teksi itu. Penerbangan itu hanya akan berlepas dalam masa kurang dari satu jam, memang itu yang mereka rancangkan. Sampai sahaja di tempat kaunter, Fareez segera membuat pendaftaran, Suhana hanya menunggu dari jauh. Dia rasa agak pelik melihat gelagat Fareez, namun dia diam dan mengikut sahaja Fareez ke pintu menuju ke arah balai pelepasan. Sampai sahaja di situ, Fareez kemudian berhenti dan berdiri di hadapan Suhana dengan muka yang agak serius. Dia kemudiannya menyerahkan dokumen perjalanan kepada Suhana. Suhana mengambilnya perlahan sambil memandang Fareez yang kemudiannya menyelukkan kedua-dua tangannya ke dalam baju sejuk yang di pakainya.Suhana memandang Fareez menagih penjelasan,
“Kau tunggu je kat sana…”
“Takkan aku nak pergi seorang diri?” Suhana menjawab,
“Dua-tiga hari je kau kat sana, buat apa nak takut… Kau turun je dari flight, amik teksi minta hantar kat hotel terdekat… apa susahnya…” bentak Fareez. Suhana mendengus tidak puas hati,
“Apa lagi kau nak buat kat sini?”
“Aku ada urusan aku lagi yang belum selesai…”
“Apa lagi urusan kau? Manis? Kau nak jumpa dia lagi ke?” Fareez rasa marah bila mendengar kata-kata Suhana itu,
“Kau jangan sibuk dengan hal aku lah!” Suhana terkedu di jerkah Fareez, itu kali pertama Fareez begitu marah, seketika kemudian Suhana diam dan berpusing meninggalkan Fareez, namun beberapa langkah kemudian dia berhenti dan menoleh kembali pada Fareez yang masih lagi berdiri sambil memandangnya dengan pandangan yang sangat tidak menyenangkan, Suhana bersuara,
“Kami sekeluarga bukan sahaja kehilangan mama… kami turut kehilangan Manis buat selama-lamanya…” Fareez terkebil-kebil mendengar kata-kata Suhana, Suhana menyambung,
“Manis… dia dah tak ada lagi kat dunia ni…” Fareez terkejut mendengar kata-kata Suhana, berita itu seperti telah merentap jantungnya. Lidah Fareez kelu, tidak dapat berkata apa-apa. Suhana kemudiannya berjalan masuk ke pintu pemeriksaan ke balai pelepasan, meninggalkan Fareez yang masih lagi terkejut, tanpa menoleh lagi kepada Fareez.
17 July 2002
Rabu1.05AM
Kediaman Fareez
Fareez duduk diam di dalam biliknya, menahan diri dari keluar dan memasang telinga. Di luar, kekecohan sedang berlaku antara ibu dan ayahnya. Setelah lama semua itu tersimpan akhirnya malam itu segalanya terbongkar. Ayah Fareez mempunyai hubungan sulit dengan seorang perempuan melayu yang juga merupakan setiausahanya sendiri. Memang sudah lama mamanya mengesyakki tentang hal itu namun dia masih lagi mempercayai suaminya itu yang sudah di nikahinya sejak 20 tahun lalu namun setelah dia menjumpai beberapa barang-barang yang memusykilkannya dia mula curiga. Mereka selalu juga bertengkar sejak dua menjak itu kerana mamanya sering menyoal ayahnya setiap kali dia mula mengesyakki suaminya itu namun ayahnya sentiasa menyangkal dan menafikan tuduhan itu. Malam itu memang tidak boleh di elakkan lagi kerana akhirnya setiausaha itu sendiri sudah berjumpa dengan mamanya dan mengakui yang dia sudah pun hamil 2 bulan anak kedua, dan sudah ada seorang anak perempuan berumur 5 tahun dan mahukan ayah Fareez bertanggungjawab. Setiausaha tersebut tidak mahu bermadu dengan mamanya, oleh kerana itulah dia sendiri pergi berjumpa dengan mama Fareez untuk minta mamamnya itu melepaskan ayah Fareez. Ayah Fareez berat untuk melepaskan isterinya kerana mereka sudah berkahwin selama itu dan sudah pun menempuh banyak rintangan bersama seawal mereka berkahwin dahulu. Fareez sangat kecewa dengan ayahnya, dia mulai membenci ayahnya itu. Selama ini ayahnya memang selalu lewat pulang ke rumah dan selalu juga tiada di rumah dengan alasan sibuk bekerja. Ayahnya merupakan satu-satunya idolanya namun kerana keadaan itu dia rasa sangat tertipu dan marah dengan ayahnya. Fareez akhirnya keluar dari biliknya setelah mendengar ibunya menjerit dan seperti bunyi di pukul. Dia keluar dan berlari terus kepada ayahnya dan menahan ayahnya dari memukul ibunya,
“Jangan sentuh mama!” Ayahnya terhenti dan terkejut melihat Fareez tiba-tiba berada di situ. Dia kemudiannya bersuara pada Fareez,
“Please stay out of this Fareez... or else you gonna get some too!” Fareez rasa marah mendengar kata-kata ayahnya itu, lelaki yang di kenalinya sejak lahir itu sudah mula berubah menjadi lelaki tak guna dalam masa beberapa bulan itu,
“Ini mama saya, dan tugas saya sebagai anak adalah melindungi mama saya…” Jawab Fareez tegas, ayah Fareez bersuara lagi,
“I don’t want to hurt you, so you please stay out of this…” Fareez rasa sangat marah,
“Fareez tak sangka ayah sanggup buat macam ni, ayah menipu kami dan kemudian ayah tergamak lagi nak pukul mama, why?” Ayah Fareez mendengus marah,
“She’s insulting my girlfriend too much…” Fareez mencelah,
“Your girlfriend? Huh… tapi this is your wife! Why you choose that bitch over her!” Ayah Fareez menampar muka Fareez. Fareez terkejut dengan tindakan ayahnya itu, lelaki yang di kenali sebagai ayah itu tidak pernah sekali pun menampar mukanya sebelum itu, lelaki yang di kenali dengan penuh kelembutan dan sabar melayan kerenahnya ketika kecil itu telah bertukar kepada seorang lelaki yang kasar dan garang.Fareez memandang tepat mata ayahnya dan bersuara,
“Who are you? You’re not my father… My father is not like this…” Ayah Fareez sendiri agak terkejut dengan tindakannya itu. Dia kemudiannya berundur dan Fareez bersuara lagi,
“Ayah, bawa mengucap dan ingat tuhan…” Ayah Fareez menekup mukanya dan kemudian dia terus berjalan keluar dari rumah. Fareez membiarkan sahaja dan kemudian memujuk mamanya yang masih lagi sedih dan menangis. Fareez cuba menahan emosinya sendiri, hatinya terasa seperti dicarik-carik bila melihat tangisan hiba mamanya itu. Fareez kemudiannya membawa mamanya ke bilik tidur setelah tangisan mamanya agak reda. Seketika kemudian dia masuk ke biliknya setelah mamanya tidur. Dia kemudian duduk di kerusi di meja belajarnya, termenung panjang di situ.
28 September 2003
Sabtu, 1.30AM
Kediaman Fareez
Fareez sedang sibuk membantu mamanya mengangkat semua barang-barang masuk ke dalam lori kecil yang di sewa mereka. Separuh barang sudah pun berada di kediaman baru mereka di Kampung Baru. Hari itu adalah hari terakhir Fareez akan berada dalam rumah itu, ayahnya tidak lagi membiayai kos pembelian rumah itu, mamanya memang sudah bekerja namun mana mampu untuk menanggung kos pembayaran bulanan untuk harga rumah itu. Rumah itu sudah di tarik kembali oleh pihak bank dan mereka kini sedang mengemas barang-barang dalam rumah itu. Setengah jam kemudian semua barang telah siap naik di atas lori. Fareez masuk ke biliknya yang kosong, dia kemudiannya mencangkung dan menekup mukanya, dia rasa sangat sebak. Seketika kemudian telefon bimbitnya berbunyi, dia kemudiannya membaca sms dari kekasih hatinya, Manis.
‘Manis mimpi indah…’ Fareez mengesat air matanya, dia rasa amat sedih untuk meninggalkan rumah itu, dia membesar di rumah itu dan banyak kenangan di situ bersama Manis dan keluarganya sendiri. Fareez tidak membalas, dia bimbang kalau Manis menelefonnya jikalau dia masih belum tidur.. Memang Manis sudah tahu yang Fareez akan berpindah namun belum tahu bila kerana dia tidak mahu Manis melihatnya lagipula dia tidak beritahu Manis dia pulang pada minggu itu. Dia tidak mahu Manis melihatnya berpindah begitu. Manis menghantar sms lagi,
‘Manis sayang Fareez. Walauapapun berlaku, Manis mahu Fareez tahu yang Manis sentiasa sokong Fareez… walau di mana sekalipun Fareez berada… Kalau malam ni, Fareez pindah, bukan beerti kita akan berpisah selamanya… Ikatan hati kita ini, akan kekal…’ Fareez terkebil-kebil membaca sms itu, dia kemudiannya berjalan keluar dari biliknya dan keluar dari rumah. Dia terkejut bila melihat Manis sedang berdiri bersandar pada dinding di pagar kecil rumahnya,
“Belum tidur lagi?” Tanya Manis tanpa menoleh. Fareez tidak dapat menahan perasaan gembiranya melihat Manis, dia terus meluru memeluk Manis, Manis terkejut kerana selama ini Fareez tidak pernah memeluknya,
“Fareez minta maaf…” Kata Fareez. Manis menepuk perlahan belakang Fareez,
“Fareez di maafkan…” jawab Manis pula, Fareez kemudian meleraikan pelukannya, dia menahan sebak di matanya dan memberikan senyuman lebar untuk Manis. Manis mencebik,
“Fareez dah nak pergi dah ke?” Fareez mengangguk. Dia kemudiannya mengajak Manis masuk dan Manis menyapa Mama Fareez. Barang semuanya sudah siap dan pintu rumah Fareez telah di kunci. Fareez akan bertolak pergi bersama dengan lori dalam masa beberapa minit lagi, entah kenapa Manis rasa sangat sedih, dia akhirnya menitiskan air matanya. Fareez kemudiannya menarik tangan Manis dan menuju ke depan rumah Manis, dia menyeka air mata Manis,
“Manis… Kita bukannya takkan jumpa lagi... nanti bila Fareez cuti hujung minggu, kita jumpalah ya…” Manis cuba menenangkan dirinya, dia di beritahu oleh Fareez bahawa keadaan ekonomi keluarga Fareez tidak berapa baik dan ayah Fareez sendiri terpaksa bekerja di luar kawasan lain untuk beberapa ketika dan malam itu Fareez dan mamanya sahaja yang ada kerana ayah Fareez terpaksa bekerja di tempat lain. Fareez bersuara lagi,
“Manis masuk dulu, lebih baik kalau Manis tak hantar Fareez pergi…” Manis mengangguk tanda faham, dia tahu bila dia buat begitu nanti dia sendiri akan rasa sangat sedih. Manis menggenggam erat tangan Fareez dan bersuara,
“Please… contact me lepas sampai sana… Manis akan tunggu Fareez call Manis…” Fareez tersenyum lembut dan kemudian dia menyentuh lembut pipi Manis,
“Baik Manis ku sayang… nanti Fareez call ok… Manis masuk dulu…” Manis melangkah berat masuk ke dalam rumahnya, dia perlahan menutup pintu pagar sambil melihat lagi senyuman manis dan lembut Fareez itu untuknya. Dia sangat sedih hendak melihat Fareez pergi. Fareez kemudiannya berjalan menuju ke rumahnya semula setelah Manis menutup pintu. Fareez masuk ke dalam lori dan beberapa minit kemudian lori itu meninggalkan rumah itu. Manis keluar semula dari rumahnya dan berdiri di atas jalan raya sambil melihat lori itu berjalan meninggalakan kawasan rumah itu. Manis menangis melihat lori itu pergi. Fareez melihat kelibat Manis dari cermin sisi lori itu, kelibat Manis semakin lama semakin kecil dan jauh. Dari kejauhan itu dia lihat Manis duduk di atas jalan raya. Fareez sebak dan akhirnya setitis lagi air mata menitis di tubir matanya, dia berbisik sendirian,
“Kan Fareez dah cakap jangan tengok… kan kita sama-sama dah sakit…” semakin lama kelibat Manis semakin hilang dari cermin itu, dan lori yang di naiki terus bergerak meninggalkan tempat itu. Fareez mengesat air matanya perlahan dan kemudian melihat mamanya yang lesu bersandar di kerusi tengah lori itu, di sebelahnya.
17 June 20032.00PM
Mahkamah Syariah, KL
Selasa
Fareez menunggu di luar bangunan mahkamah itu. Dia mendail satu nombor yang sememangnya selalu dia hubungi,
“Fareez…” Fareez tersenyum lebar mendengar suara empunya nombor itu,
“Manis…” Manis tersenyum mendengar namanya di sebut,
“Kat mana ni? Dah habis kelas ke?”,
“Dah… petang ni dah tak ada kelas lagi…” jawab Fareez agak lambat. Manis diam sahaja mendengar.
“Manis… kalau satu masa nanti kita kahwin… kita jangan bercerai ya…” Manis terkebil-kebil mendengar kata-kata Fareez itu,
“Kalau jodoh kita panjang, kita akan bersama selamanya…” Fareez mengeluh mendengar kata-kata Manis tu, entah kenapa dia ada rasa sedikit tidak senang dengan jawapan itu.
“No… apapun… Fareez tak nak bercerai dengan Manis…”
“Macam mana tu?”
“Fareez tak nak… Fareez nak bersama dengan Manis… sampai rambut kita dah beruban, sampai tulang Fareez cerna dalam tanah pun… Fareez nak bersama dengan Manis…” Manis diam seketika sebelum menjawab Fareez, dia merasa terharu mendengar,
“Manis pasti akan jadi seorang perempuan yang paling bertuah dalam dunia ni kalau kita dah berkahwin nanti… terima kasih Fareez…” Fareez rasa sebak, hari itu merupakan hari yang paling sedih dalam hidupnya tika itu. Fareez bersuara,
“Ini adalah hadiah harijadi Fareez yang sangat indah… mendengar kata-kata indah dari Manis…” Manis tersenyum,
“Ini pun akan jadi hadiah harijadi Manis yang paling indah…” Fareez kemudiannya menamatkan panggilan telefon dengan Manis. Dia menekup mukanya dan menahan sebak. Akhirnya, mama dan ayahnya berpisah setelah hampir 20 tahun berkahwin. Dia benci ayahnya kerana menduakan mamanya, melukakan hati mamanya. Dia sendiri tidak sangka ayahnya sanggup dan tergamak melukakan hati wanita yang di cintainya sendiri. Fareez tidak tahu apa akan terjadi pada masa hadapan nanti namun dia tika itu dan di saat itu tidak mampu melukakan hati insan yang di cintainya dan dia sanggup buat apa saja ter mampu untuk bersama dengan gadis yang di cintainya. Baginya, Manis adalah segalanya selain dari mamanya kini. Mungkin juga dia masih lagi muda untuk memahami konsep berbahagi hati dan cinta seperti yang kebanyakkan lelaki dalam dunia ini mampu buat, dia masih belum boleh menyintai sesiapa lagi selain dari Manis. Dia tidak masuk ke dalam mahkamah, dia tak sanggup untuk mendengar perbicaraan cerai keluarganya itu, dia hanya tunggu di luar sahaja. Sebelum itu lagi ayahnya sudah tidak lagi pulang ke rumah mereka. Mamanya sendiri telah mula bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat. Gaji kecil itu tidak mampu menampung perbelanjaan mereka berdua, namun mujur ada duit simpanan dia dan mamanya mampulah mereka menampung serba sedikit perbelanjaan. Kehidupan dia dan mamanya beberapa bulan itu agak tidak baik, namun kesemuanya itu di rahsiakan dari pengetahuan Manis. Dia tidak berkongsi cerita sedih itu dengan Manis. Fareez akui, dia merasa sangat tertekan dengan keadaan keluarganya sekarang, namun mujur ada Manis dalam hidupnya maka dia bolehlah merasa sedikit kegembiraan dengan mencintai gadis yang sudah lama dia sukai dan sayangi itu.
17 April 2004 Sabtu
10.00am
Di kediaman Fareez
Fareez terkedu seketika, barang di tangannya terlepas, melihat ibunya terbaring kaku di atas lantai. Dia kemudiannya berjalan perlahan menghampiri tubuh mamanya yang kaku terbaring di lantai itu. Fareez menyentuh tubuh mamanya, tubuh yang sudah lama menanggung kesakitan itu terasa semakin sejuk dan kaku. Fareez menggongcang tubuh itu,
"Mama..." tiada jawapan dan Fareez sudah tahu apa yang sedang berlaku itu. Dia kemudiannya duduk dan hanya merenung sahaja jasad kaku itu. Dia terlalu terkejut dengan kehilangan yang baru sahaja dia alaminya itu. Air mata Fareez mengalir laju dari tubir matanya, dadanya berombak dan dia menarik nafas berkali-kali. Itu adalah minggu terakhirnya di Matrikulasi, dia balik pada minggu itu untuk membawa sedikit demi sedikit barang-barangnya kerana pada minggu depan dia akan tamat belajar di sana. Fareez terduduk di sisi mamanya dan menekup kedua mukanya sambil dia bersuara perlahan-lahan,
"Tak... tak mungkin... ini tak mungkin... mama... tak mungkin" Fareez akhirnya menangis sekuat hatinya, satu-satunya saudaranya kini telah meninggalkannya buat selama-lamanya. Fareez buntu dan tidak tahu apa yang harus dia lakukan ketika itu. Setelah beberapa jam kemudian, dia bangun dan berjalan ke rumah jiran, dia memberitahu pada jiran-jiran yang sentiasa mengambil berat tentang keluarganya. Fareez mengumpulkan seluruh tenaganya untuk menghadapi kenyataan itu. dia tahu ketika itu dia memang sudah bersendirian dan apa yang mampu dia buat adalah tabah dan menghadapi segalanya ketika itu. Dia mengambil beberapa helai kain dan bantal. Walaupun perit dan tak sanggup namun dia perlu menguruskan jenazah mamanya itu sebelum ketibaan jiran yang telah dia beritahu. Mak cik Zainab tiba bersama-sama dengan cucu perempuannya Dania yang sebaya dengan Fareez. Dania memberikan ucapan takziah kepada Fareez sambil kemudian Mak Cik Zainab bersuara pada Fareez,
"Sabarlah Fareez... sekarang kamu pergi bersiap-siap. Mak Cik dah beritahu beberapa orang surau, nanti mereka akan buat persiapan untuk menguruskan jenazah mama kamu ni... kamu ikut pak cik Yusof ke balai polis, buat laporan kematian." Fareez akur sahaja mendengar, dia masuk ke biliknya untuk bersiap. Telefonnya berbunyi, dia melihat di skrin telefon itu, tertera nama 'sayangku Manis' membuatkan hatinya bertambah sebak. Dia kemudiannya membiarkan sahaja panggilan itu tak berjawab, dia takkan mampu bercakap dengan Manis ketika itu. Dia terus bersiap dan kemudiannya dia menhantar satu pesanan ringkas kepada Manis mengatakan bahawa dia sedang sibuk berkemas dan akan menghubunginya nanti kemudian. Fareez siap dan terus keluar dari rumah ke rumah Pak Cik yusof dan mereka ke balai polis. Selesai membuat laporan di balai, dia balik dan bersama-sama dengan mak cik Zainab untuk menguruskan jenazah mamanya itu. Jam 1.15pm, mamanya sudah siap di kapankan. Dia duduk di sisi mamanya buat kali yang terakhir dia menatap wajah pucat itu buat terakhir kali sebelum mereka semua menutup mukanya. Fareez menangis sedih, tidak tersangka yang dia akan kehilangan mamanya terlalu awal. Fareez mencium dahi mamanya itu. Dia bersuara perlahan,
“Fareez bersumpah… Fareez… takkan maafkan papa… Fareez takkan lupakan apa yang dia telah lakukan kepada mama… Fareez takkan maafkan perempuan tu… yang telah merampas semuanya dari Fareez, yang telah merampas mama dari Fareez…”. Mamanya memang sudah 3 bulan sakit. Namun sangka Fareez mamanya hanya demam biasa dan mengalami tekanan perasaan namun pihak hospital tadi mengesahkan mamanya menghidap paru-paru berair. Dia sangat terkejut dan tidak sangka yang mamanya menderita sakit begitu. Pak Cik Yusof menyabarkannya dan memujuknya supaya bertenang. Jenazah mamanya di kapankan dan beberapa ketika nanti jemaah di surau akan mengerjakan solat jenazah selepas Zohor dan seterusnya mengebumikan jenazah itu segera. Fareez duduk bersandar di tiang surau sambil menghayati azan zuhur yang baru sahaja berkumandang menandakan sudah masuk waktu zuhur. Fareez kemudiannya bangun dari duduknya sebaik azan tenghari itu berhenti. dia mengambil wudhu' dan kemudiannya segera berjalan dan berdiri di saff paling depan sekali, sejak masuk ke matrikulasi, dia sudah mula belajar sedikit-sedikit bagaimana nak solat dan sebagainya. Dia akui, dalam keluarganya mereka semua boleh dikatakan tidak pernah dan jarang menunaikan solat seperti itu. Mama dan ayahnya masing-masing warga asing yang memeluk islam dan kurang didikan agama setelah keluarga angkat ayahnya itu meninggal dunia. Mereka hanya menunaikan solat hari raya dan sesekali bersolat di surau. Fareez juga cuma mendapat pendidikan agama di sekolah. Fareez bersama-sama dengan semua jemaah surau menunaikan solat zohor dan kemudian mereka semua menunaikan solat jenazah bersama-sama.
Selesai menunaikan solat jenazah mereka semua segera menuju ke kawasan perkuburan di kawasan itu. Fareez menguatkan semangatnya dan dia memang kelihatan tabah melnghadapi segalanya. Dari kejauhan memang ada mata yang memerhatikan ketabahan Fareez itu, Dania. Dia memang sudah agak lama menyimpan perasaan pada Fareez. Sejak Fareez mula-mula pindah di sebelah rumahnya 7 bulan lalu. Paras rupa Fareez yang tampan memang menambat hatinya, setelah beberapa lama itu dia berkenalan dengan Fareez dia memang benar telah tertarik dengan budi bicara Fareez itu lagi pula Fareez memang kerap balik ke rumah. Selesai segala urusan di kubur itu, mereka semua berangkat pulang ke rumah. Fareez memeriksa telefon bimbitnya, banyak mesej dari Manis masuk. Fareez hanya memandang kosong, kehilangan mamanya masih lagi memeranjatkannya walaupun dia kelihatan tabah dan tenang menghadapinya namun sebenarnya dia tidaklah sekuat yang semua orang sangka. Fareez mengalirkan air mata, dia memang sangat sedih untuk menghadapi segala itu. Malam itu akan ada bacaan tahlil untuk mamanya, namun masa masih panjang lagi sebelum masuk waktu malam. Fareez duduk di dalam rumahnya sendirian, di rumah mak cik Zainab sedang sibuk memasak, mahu menyiapakn juadah untuk tahlil malam nanti. Daria memberanikan dirinya ke rumah Fareez sambil membawa beberapa bekalan makanan. Fareez mendengar ketukan di pintunya, dia perlahan berjalan melangkah ke pintu utama rumahnya. Satu wajah manis berdiri di depan pintu itu sambil tersenyum manis kepadanya,
"Ini ada makanan..." Fareez hanya diam, kemudian dia mengambilnya dari tangan Dania. Dania memberikannya. Fareez kemudiannya tersenyum,
"Terima kasih, Dania dan keluarga banyak dah bantu Fareez..." Fareez kemudiannya hendak menutup pintu semula, namun tiba-tiba sahaja Dania memegang pintu menahan dari pintu itu tertutup, Fareez terkedu sambil memandang Dania dengan mata terkebil-kebil,
"Boleh Dania masuk?" Fareez diam agak lama, dia sendiri agak terkejut mendengar kata-kata Dania itu, namun setelah hampir seminit diam, dia akhirnya meluaskan bukaan pintu dan mengajak Dania masuk ke dalam rumah. Fareez kemudian menuju ke dapur dan meletakkan bekalan makanan yang di berikan Dania di atas meja. Fareez kemudiannya berjalan semula ke ruang tamu dan duduk di sofa berhadapan dengan Dania. Dania menarik nafasnya dan bersuara pada Fareez,
"Fareez ok?" Fareez diam sambil merenung ke wajah yang sememangnya manis dan cantik itu. Dania memang seorang gadis yang menawan, dia tidak sambung belajar selepas habis SPM dan kini telah pun bekerja. Walaupun keluarga Dania nampak seperti orang yang kuat agama, namun Dania nampak agak bebas dan sosial, dia tidak bertudung dan rambutnya sedikit di highlight keperangan. Fareez diam agak lama,
"Manisah... nama dia Manisah..." kata Fareez. Dania terkedu seketika, dan tersenyum kerana Fareez tahu apa yang dia fikirkan,
"Tak rasa pelik pun kalau Fareez dah ada someone..."
"Saya sayangkan dia... Dia pun sayangkan saya… Kami sangat-sangat mencintai satu sama lain… Kami, dah lama bercinta, sejak sekolah lagi…" Daria ketawa kecil, seketika kemudian dia berdiri dan berjalan menuju ke sebelah Fareez dia kemudiannya duduk di sebelah Fareez. Dia memegang tangan Fareez,
"Then... why she's not here?" Fareez menelan air liurnya, dia tidak menjawab. Dania kemudiannya memegang erat tangan Fareez,
"I can see that you love her very much..." kata Dania lagi sambil melentokkan kepalanya di bahu Fareez, dan Fraeez hanya membiarkan sahaja,
"I can hear your heartbeat..." kata Dania seakan berbisik. Fareez diam. jiwanya memang sedang kelam dan fikirannya kacau bilau. dia memang berdebar, namun fikirannya masih lagi ada Manis.